Posts Tagged ‘Perniagaan’


 Powered by Max Banner Ads 

Tips pemasaran email marketing

Pemasaran email merupakan bentuk pemasaran langsung yang menggunakan email sebagai bentuk komunikasi terhadap penerima email. Setiap email yang dikirimkan ke bakal pelanggan boleh dianggap email pemasaran.

Pemasaran email adalah cara terbaik untuk memberikan keyakinan kepada pelanggan agar teringatkan anda apabila mereka bersedia untuk membuat pembelian sesuatu produk. Namun, anda harus melakukannya dengan cara yang betul. Ini bererti bahwa email anda adalah pemasaran email yang sah, bukannya spam.
Anda perlu memahami perbezaan antara spam dan bukan spam. Spam adalah apabila anda tidak meminta email, anda tidak tahu si pengirim, subjek perbincangan yang menyesatkan, dan tidak relevan dengan kandungan, dan tidak dapat menyekat si pengirim daripada terus menghantar email kepada anda.

Untuk menjayakan sistem pemasaran email, anda hendaklah terlebih dahulu mendapatkan sistem autoresponder yang boleh mendapatkan list dengan cara yang sah. Tanpa list yang ramai, pemasaran email tidak akan berlaku. Jika anda mahu berjaya dalam pemasaran email, jangan berlengah lagi untuk mendapatkan autoresponder. Anda boleh mendapatkan perkhidmatan autoresponder daripada aweber pada kadar sewa bulanan yang berbaloi. Anda juga boleh mendapatkan sistem autoresponder yang dipasang sendiri dihosting anda iaitu easyautores. Ia mempunyai kelebihan iaitu tanpa yuran bulanan. Ia mempunyai fungsi yang sama iaitu sistem autoresponder.

Disini adalah beberapa tips untuk newsletter email :

  • Pastikan masa anda efektif dengan mengatur kandungan folder newsletter pada PC anda.
  • Mempelajari tentang minat pembaca anda, dengan menggunakan laporan analisa tentang jumlah orang yang membuka email anda atau yang mengklik link.
  • Memantau newsletter pesaing anda untuk mendapatkan lebih banyak idea.
  • Gunakan search engine untuk mencari tema dan topik yang relevan mengenai perniagaan anda, produk dan perkhidmatan.
  • Cari rakan perniagaan di newsletter yang lain atau perniagan yang bukan pesaing anda.
  • Selalu galakkan pembaca anda untuk memberikan maklum balas.
  • Kurangkan kekerapan atau panjang newsletter bagi mengelakkan para pembaca daripada hilang minat.

Pemasaran email adalah kaedah yang terbaik untuk mempromosikan produk berbanding dengan kaedah blog. Usahawan internet yang berjaya sendiri mengakui akan kuasa pemasaran email. Guru usahawan sentiasa berkata, wang ada dalam mailing list. Jadi jangan berlengah lagi untuk mendapatkan sistem autoresponder anda. Salam kejayaan.

Panduan Menjana Pendapatan di eBay

Rahsia menjana wang besar di eBay

Salam sejahtera dan salam hormat. Semoga kunjungan anda ke blog saya pada kali ini membawa manfaat kepada anda. Namun untuk mendapatkan sesuatu info daripada blog saya, saya meminta agar anda mengambil sedikit masa untuk membaca dan diharap anda membaca sehingga ke akhir muka surat.

Kali ini saya menerangkan sedikit mengenai eBay atau lelong. Saya percaya, mungkin selama ini anda hanya mendengar kehebatan mereka menjual produk di eBay atau di lelong kemudiannya meraih keuntungan beribu-ribu ringgit sebulan. Anda juga pasti pernah mendengar mereka ini menjalankan perniagaan internet dari rumah (SOHO) menjual produk tanpa mengenali siapa pelanggan mereka malah mereka juga tidak pula berhenti kerja semata-mata meraih pendapatan lumayan di internet.

Hari ini, seorang pakar eBay yang telah pun membuktikan kejayaannya telah membongkar segala rahsia berserta panduan bagaimana beliau dan penjual-penjual di eBay meraih pendapatan bermula RM10 sehari yang pertama kemudian meningkat kepada RM300 sehari. Anda juga akan ketahui bagaimana pendapatan mereka ini mencecah lebih RM5,000 sebulan dengan hanya menjual barangan yang mungkin tidak masuk di akal fikiran. Anda sudah tentu tidak percaya akan cerita ini bukan tetapi pernahkah anda pergi ke laman web eBay atau di lelong ? Anda mungkin pernah singgah tetapi tidak menyangka barangan yang dijual di eBay atau lelong adalah milik orang lain dan mungkin pemiliknya adalah jiran anda atau kawan anda sendiri. Mungkin juga anda telah terbeli barangan kawan anda di eBay atau di lelong.

BENAR!

Apa yang saya kongsikan ini wajar dipraktikkan dan selepas ini anda lihat bagaimana ledakan wang masuk ke dalam akaun anda.

Sebelum anda pergi kepada teknik memperolehi pendapatan mencecah RM30,000 sebulan atau RM1,000 sehari…

Amat penting untuk anda ketahui adalah walaupun tanpa sebarang pengetahuan teknikal komputer, tiada kemahiran berbahasa Inggeris dan tiada asas perniagaan internet, sesiapa juga layak untuk memulakan bisnes di eBay dengan modal yang kecil. Sekecil 20 sen!

Saya percaya bahawa panduan dan rahsia yang akan dibongkarkan ini bakal membantu anda. Saya sentiasa percaya bahawa barang siapa yang mengikuti segala panduan di dalam laporan ini pasti akan berjaya. Tetapi, sesiapa sahaja boleh mempercayainya dengan apa yang mereka usahakan, yang memberi perbezaan adalah hasilnya!

Setelah setahun saya mendiamkan diri dari bergiat secara serius di eBay, bulan September lalu saya kembali ‘mencuba nasib’ mengejar kejayaan dan keuntungan. Itu pun selepas mendapatkan panduan menjalankan bisnes di eBay yang saya akui begitu mudah difahami dan diikuti. Nampaknya produk pertama saya berjaya terjual dalam masa 7 hari sahaja. Dan ianya berterusan sehingga kini! Saya percaya saya akan terus melakukan jualan di eBay. Saya yakin anda juga harus berkongsi rahsia kejayaan saya anda terus memerhatikan kejayaan saya dan rakan-rakan lain di eBay atau di Lelong.

Nak tahu?

Pakej lengkap perniagaan internet

Salam sejahtera semua, harap semuanya sihat. Huhh.. sudah semestinya sihat, jika tidak sudah tentu sedang terbaring..hehee. Apa pun semoga semuanya baik sama ada kesihatan mahupun bisnes anda. Bagi yang sedang mencari-cari pakej lengkap memulakan bisnes diinternet, teruskan membaca kerana tajuk catatan ini memang menerangkan pakej lengkap memulakan bisnes diinternet.

Monakas.com atau Mohd. Najib ada produk terbaru untuk para usahawan internet. Produk beliau ni dikenali sebagai “Pakej Lengkap Perniagaan Internet”. Pakej iniĀ  memang lengkap seperti namanya juga. Lihat kandungan Pakej Lengkap Perniagaan internet ;

  • MODULE 1 – Asas Perniagaan Internet
  • MODULE 2 – Idea Perniagaan dan Kajian Pasaran
  • MODULE 3 – Pembinaan Laman Web Perniagaan
  • MODULE 4 – Surat Jualan dan Kandungan Laman Web
  • MODULE 5 – Proses Jualan Menerusi Internet
  • MODULE 6 – Automasi dan Sistem Perniagaan
  • MODULE 7 – Pemasaran Efektif Perniagaan Internet
  • MODULE 8 – Menjana Keuntungan Berterusan

Bagi seseorang usahawan internet, sudah tentu memerlukan item-item di atas. Seperkara lagi yang peling menarik, saudara Mohd. Najib mengeluarkannya dalam versi DVD. Ini bermakna anda boleh menonton pada bila-bila masa yang anda fikirkan sesuai. Menonton guna player DVD pun boleh. Bagi yang selalu mengalami gangguan internet, versi DVD merupakan satu penyelesaian. Menonton video secara online adalah sesuatu yang membosankan jika talian internet bermasalah. Untuk mengetahui lebih lanjut produk ini, sila ke monakas.com.

Your Ad Here
 Powered by Max Banner Ads 

Recommended: Panduan Minisite | List Produk Usahawan | Webmaster And Software | DataKL Hosting
Namecheap Hosting | Panduan Affiliate | Namsahaz Hosting | OneBytes Hosting | JomHosting | Video Online | Digital