Bagaimana sibukpun anda, bisnes anda tidak akan terabai. Walaupun anda sedang bergembira bersama rakan-rakan, urusan bisnes masih berjalan seperti biasa. Perkara yang paling penting anda tidak perlu bersusah payah memeningkan kepala mempromosikan produk anda secara berterusan… bukan bermakna sudah putus asa tetapi kerana anda mempunyai seorang setiausaha yang sangat cekap melakukan kerja. Setiausaha yang dimaksudkan adalah autoresponder anda.
Sebelum saya menerangkan cara-cara memasang autoresponder, saya percaya masih ada yang tidak tahu apa itu autoresponder. Autoresponder adalah satu sistem maklum balas secara automatik. Apabila pengunjung web anda subscribe atau menghantar email ke sistem anda maka sistem autoresponder akan menghantar email secara berperingkat ke email pengunjung mengikut masa yang anda telah tetapkan. Email yang dihantar adalah yang sudah anda siapkan semasa anda memasang autoresponder.
Kebiasaannya sistem autoresponder ini sangat berguna untuk membuat follow-up kepada pengunjung mengenai produk anda. Bukannya semua pengunjung membeli produk yang ditawarkan dengan serta merta jadi buatlah follow-up. Cara ini akan membolehkan pengunjung akan lebih mengetahui produk yang dipasarkan. Jika anda mempunyai ramai pelanggan, sudah tentu anda tidak mempunyai cukup masa menghantar follow-up ke setiap email pelanggan anda. Ini sudah tentu menyusahkan anda tapi dengan sistem autoresponder anda tidak akan menghadapi kesukaran.
Terdapat banyak sebab anda harus memiliki autoresponder sendiri jika anda mempunyai produk yang hendak dipasarkan secara online.
Autoresponder, selain daripada menghantar email mengikut masa yang anda tetapkan, anda juga harus menyedari bahawa promosi berterusan dapat membantu anda melakukan jualan produk anda. Pergilah dimana-mana pasaraya, jika anda terserempak dengan promoter yang sedang bising mempromosi sesuatu produk, kali pertama anda mendengar celotehnya hati anda masih belum tergerak tapi kali kelima anda melintas ditempat sama, anda pasti akan membelinya. Begitulah juga kuasa autoresponder.
Memasang autoresponder bukanlah susah sangat jika mempunyai panduan yang lengkap. Jika anda mahu memiliki autoresponder, anda mempunyai beberapa pilihan iaitu dengan cara percuma atau berbayar. Cara berbayar adalah dengan menyewa daripada pengendali autoresponder seperti Aweber dan Gateresponse. Cara percuma andalah anda setup dalam hosting anda sendiri. Walau bagaimanapun keberkesanannya tidak ada beza kecuali kos.
Untuk memasang secara percuma di hosting anda, pertama sekali masuk ke Cpanel anda. Kalau tidak tahu apa itu Cpanel sila download disini. Oklah untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana cara setting autoresponder anda sendiri sila baca http://panduanasaweb.com/autoresponder



November 1st, 2008
admin
Posted in
Tags:










