Posts Tagged ‘percuma’


 Powered by Max Banner Ads 

Skrip memendekkan url

Setiap kali menyembunyikan link affiliate atau apa juga tujuan untuk memendekkan url, kebiasaannya kita akan menggunakan khidmat memendekkan url terkenal seperti TinyURL, bit.ly dan banyak lagi perkhidmatan yang memberikan perkhidmatan memendekkan url link affiliate.

Skrip memendekkan url ini selain daripada bertujuan untuk menyembunyikan link affiliate, ia juga berfungsi sebagai melakukan redirect. Kebiasaannya tujuan memendekkan url ini adalah bagi tujuan menyembunyikan link affiliate.

Oleh kerana fungsi memendekkan url ini sangat popular dan kerap digunakan, bagusnya jika sendiri memiliki perkhidmatan memendekkan url dan tidak perlu lagi bergantung kepada perkhidmatan memendekkan url dari TinyURL ataupun di bit.ly. Jika kita rajin meneroka di rumah pakcik google, terdapat banyak skrip percuma berkaitan memendekkan url ini. Pilih sahaja mana satu yang sesuai dan mudah untuk digunakan.Antara penyedia skrip memendekkan url secara percuma ialah get-shorty.com. Ada banyak lagi yang lain tetapi memandangkan saya ada menggunakan get-shorty.com, saya bercerita tentang skrip ini sahaja. Jika mahu yang berbayar pada kadar harga yang paling rendah boleh diperolehi di sini.

shorty

Skrip get-shorty mudah sahaja diinstall dihosting kerana tidak banyak setup yang diperlukan. Bagusnya skrip shorty ini ialah kita boleh mengesan rekod berapa klik setiap link yang dibena.Selain daripada itu kita juga boleh menentukan keywords bersesuaian dengan link yang dipendekkan. Anda boleh melihat sendiri keupayaan skrip ini dengan melakukan demo di get-shorty.com/shorty atau mendapatkan skrip ini secara percuma di get-shorty.com.

get-shorty

Jika anda rasa skrip ini bermanfaat, dapatkannya di get-shorty.com secara percuma atau lihat contoh yang saya sudah buat disini. Mendapatkan skrip ini, anda tidak perlu lagi menggunakan skrip redirect lain yang memerlukan fail diupload ke hosting. Ini lebih menjimatkan masa dan dapat melihat link affiliate yang berpotensi berdasarkan rekod klik.

Script menyembunyikan link affiliate

Salam sejahtera semua, hari ini saya ada masa melakukan update blog ini. Tergerak pula saya menulis dan berkongsikan mengenai tajuk di atas. Jika korang pernah menemui artikel yang berkaitan sebelum ini, anggap sahaja saya melakukan update blog saya tapi kandungan artikel ini saya tidak tiru di mana-manapun blog blogger di negara kita. Ini cuma perkongsian sahaja selepas saya membaca sales letter Ninja Link Cloaker.

Saya sebenarnya mula menggunakan link cloaker selepas mendapatkannya daripada Gobala, bonus pembelian Rahsia Clickbank. Hmm… cuba korang baca ayat di bawah yang saya terjemaah daripada bahasa orang putih.

Setiap hari anda akan kehilangan komisyen hasil jualan melalui link affiliate anda kerana orang-orang yang tidak tidak bertanggungjawab menghapuskan ID dari link anda lalu

menggantikannya dengan ID affiliate mereka sendiri.Hentikan kehilangan komisyen daripada jualan affiliate anda !

Ayat di atas sudah pasti satu peringatan kepada semua agen affiliate agar melindungi link affiliate masing-masing. Sejauh mana kebenaran seseorang boleh menukar ID link affiliate agen affiliate lain, itu saya tidak pasti kerana buat masa ini saya sendiri bukan otai dalam hal ini. Tapi kalau ada yang mengatakan ia boleh berlaku, tidak salah melakukan langkah awal melindungi link affiliate sendiri. Lihat sahaja clickbank melakukan perubahan besar terhadap link affiliate.

http://69455lme09zjfl9km9×7n5q478.hop.clickbank.net/ – link baru

http://zzzzz.ninjalink.hop.clickbank.net/ – link lama

Adalah tidak adil kita susah-susah melakukan promosi sesuatu produk, orang lain yang mendapat hasilnya. Walauapapun alasan sebab musabab keperluan link cloaker ataupun menyembunyikan link affiliate , menyembunyikan link affiliate adalah satu keperluan atas sebab “tidak mahu kehilangan komisyen”. Bukan semua pembeli suka membeli melalui link affiliate. Takut kita orang kaya padahal kita orang yang promosikan dengan dia. Sebagai contoh kita hantar url seperti http://www.namadomain.com/index.php?aff_id=72446, biasanya  pembeli yang tidak menghargai usaha kita  akan copy http://www.namadomain.com dan paste di browser jadi tiadalah dapat komisyen. Kalau  ID affiliate kena hijack pun sama juga ceritanya.

Sebenarnya terdapat banyak cara menyembunyikan link affiliate. Terdapat juga perkhidmatan percuma untuk melindungi link affiliate seperti di tinyurl.com, go-and-see.me dan banyak lagi. Jika anda menggunakan blog wordpress, anda juga boleh menggunakan plugin yang dikenali pretty link plugin.Kelebihan menggunakan pretty link adalah semua setting dilakukan di admin blog anda. Anda tidak perlu melakukan kerja mengupload ke hosting setiap kali anda melakukan promosi. Anda juga boleh mendapatkan software percuma seperti yang ditawarkan oleh smartho pakar clickbank untuk melindungi atau menyembunyikan link affiliate anda. Kali ini saya kongsikan kepada anda satu script mudah untuk menyembunyikan link affiliate anda seterusnya mengelakkan anda daripada kehilangan komisyen. Sejauh mana ia boleh melindungi link affiliate anda daripada kena hijack itu saya tidak pasti tapi yang pasti ia boleh menyembunyikan link affiliate anda. Script ini cuma untuk melakukan redirect, menyembunyikan link affiliate dan memendekkan url link affiliate anda. Script ini hanya sesuai digunakan jika anda mempunyai hosting dan domain berbayar sahaja.

Copy script di bawah. Buka notepad anda kemudian pastekan kod di bawah. Langkah seterusnya…

<!—Start Code—->

<html>
<head>

<meta http-equiv=refresh content=”0;URL=http://www.namadomain.com/index.php?aff_id=72446″>

<title>Tajuk Program Affiliate</title>
</head>

<body>
</body>
</html>

<!—-End Code—–>

Gantikan url http://www.namadomain.com/index.php?aff_id=72446 dengan link affiliate anda kemudian save atau save as. Namakan fail anda dan jangan lupa letakkan huruf html, contohnya minisite.html

Uploadkan fail tersebut ke hosting anda dan url affiliate anda akan kelihatan seperti berikut ;

http://www.namadomain.com/index.php?aff_id=72446 – link affiliate asal dijadikan seperti di bawah.

http://namadomainanda.com/minisite.html

http://namadomainanda.com/go/minisite/ – yang ini lebih kelihatan cantik

Anda kini sudah berjaya menyembunyikan link affiliate anda. Walau bagaimanapun link affiliate anda akan kelihatan seperti, contoh  http://www.namadomain.com/index.php?aff_id=72446  selepas anda mengklik url tadi. Sekurang-kurangnya anda berjaya menyelamatkan komisyen affiliate anda. Bakal pembeli tidak menghargai usaha kita juga tiada jalan copy url seperti yang saya terangkan di atas tadi. Harap perkongsian ini dapat membantu kepada semua penggiat program affiliate. Jika anda mahukan affiliate link cloaker yang lebih advance, dapatkan yang berbayar. Jika mahu affiliate yang advance tetapi percuma, boleh dapatkannya dengan Mr.Gobala di Rahsia Clickbank. Itupun jika bonus itu masih ada ditawarkan.

Produk percuma download

Salam kepada semua pengunjung blog ini. Sebagai menghargai kunjungan anda di blog yang tidak seberapa ini, saya memberikan hadiah kepada anda semua. Hadiah yang saya maksudkan adalah produk yang boleh di download secara percuma sahaja. Anda tidak perlu mengeluarkan sesenpun untuk mendapatkan produk tersebut walaupun mempunyai kuliti yang amat bagus.

Namun untuk makluman anda semua, produk percuma tersebut bukan semua yang diberikan oleh saya. Ada beberapa produk tertentu yang saya dapat daripada laman web IM  lain yang memberikannya secara percuma sahaja. Walau bagaimanapun untuk produk daripada laman web lain yang saya pautkan di blog ini, saya tidak dapat menjamin produk tersebut masih percuma download ketika anda pergi ke link yang saya berikan. Kemungkinan mereka mengubah terma dengan menjual produk tersebut kerana tempoh download percuma sudah t.a.m.a.t. Ketika saya letakkan link tertentu diblog ini, produk yang ditawarkan masih percuma…

Jadi dimana anda boleh mendapatkan produk percuma download ? Mungkin perkataan percuma di atas sekali terlalu kecil menyebabkan anda tidak perasan di blog ini ada banyak dipautkan dengan produk percuma. Lawatilah setiap link yang diberikan manalah tahu anda bernasib baik pemilik produk masih memberikan produk secara percuma.. Jika anda tidak melihat page percuma bolehlah klik disini.

Jika anda berpuas hati dengan produk percuma yang saya pautkan, selalulah berkunjung ke blog ini, manalah tahu lebih banyak produk percuma yang saya pautkan pada masa akan datang..heheee.

Percuma minisite tanpa photoshop

Salam sejahtera semua. Kali ini saya tidak bercerita tentang menjana pendapatan di internet dengan rahsia-rahsia hebat..huhh  tetapi saya mahu berkongsi minisite percuma kepada anda yang diberikan secara percuma oleh designer luvleey. Jika anda mahu menjimatkan masa untuk menghasilkan minisite, anda bolehlah download minisite tanpa photoshop ini. Minisite ini sudah siap sedia dan anda hanya tinggalkan masukkan isi kandungan surat jualan anda. Begitu mudah bukan ?. Selain daripada jimatkan masa anda, minisite siap sedia secara percuma ini juga dapat menjimatkan wang anda kerana template minisite ini jika dibeli adalah puluhan ringgit.

Jika anda mempunyai produk MRR atau RR, anda boleh menggunakan minisite percuma ini untuk mempromosikan produk MRR atau RR anda. Dengan minisite yang dikatakan pasang siap ini, anda boleh menyiapkan webjualan anda dalam masa beberapa minit sahaja. Dah siap, boleh upload ke hosting anda dan mulakan promosi produk anda.

Paling best sekali, template ini tidak memerlukan perisian yang canggih untuk mengeditnya. Anda bebas mengedit design template ini mengikut kesukaan anda sesuai dengan produk yang anda promosikan. Jika anda mahu menjimatkan masa anda untuk membina webjualan anda, downloadlah minisite percuma ini sekarang di minisitetanpaphotoshop.com.

Percuma download 5 PLR Minisite

Salam sejahtera semua. Semoga anda sihat selalu dan teruskan membaca artikel saya kerana anda akanmendapat sesuatu yang percuma. Kunjungan anda ke blog saya kali ini tidak sia-sia kerana anda bakal mendapat produk secara percuma. Yang bestnya lagi, produk yang anda bakal dapat ini boleh dijual semula.

Baiklah, anda berterima kasih kepada saya tetapi kepada ceo-cyber.com kerana bermurah hati memberikan 5 PLR Minisite secara percuma. Saya juga berterima kasih kepada admin ceo-cyber.com kerana sudi memberikan minisite tersebut secara percuma. Memang best sangatlah minisite yang diberikan percuma tu. Tapi yang bestnya PLR minisite tu boleh juga dijual semula jika mahu kerana ia sudah disediakan webjualan. Tinggal ubahsuai dan upload ke hosting.

Bagi yang ada produk untuk diniagakan secara online, minisite ini sangat sesuai kerana selain daripada cantik, minisite yang sudah terbina sedia juga menjimatkan masa anda. Saya sendiri menggunakan minisite percuma dan ia memang menjimatkan masa kerja saya di produk.panduanasasweb.com dan di panduanadsense. Anda juga boleh melakukan perkara yang sama kecuali anda mahukan sesuatu kelainan. Anda boleh mendapatkan panduan membuat minisite mengikut selera anda di panduanminisite.com.

Bagi yang masih baru, mungkin tertanya-tanya apa itu minisite dan kegunaannya. Berikut adalah sedikit info mengenai minisite. Minisite adalah laman pemasaran untuk memasarkan sesuatu produk atau sesuatu perkhidmatan. Pemasaran sesuatu produk dengan menggunakan minisite sangat berkuasa untuk menarik pelanggan kerana kebiasaannya ia hanya memfokuskan satu produk sahaja. Ini bermakna pelanggan hanya tertumpu kepada satu produk yang dipasarkan. Seterusnya pelanggan menumpukan perhatian kepada produk tersebut dan seterusnya membuat keputusan membeli produk yang dipasarkan. Sebaliknya jika banyak produk yang dipasarkan dalam satu laman web, pelanggan akan keliru dan hilang tumpuan untuk melakukan pilihan. Namun minisite ini cuma boleh digunakan jika anda mempunyai domain dan hosting berbayar sahaja.

Sila download PLR Minisite secara percuma di sini atau lihat contoh minisite di produk.panduanasasweb.com

Saya juga ada menyatakan tentang PLR. Mungkin ada yang masih tertanya-tanya apakah benda semuanya itu. Berikut adalah penjelasan tenteng PLR.

PLR adalah sebahagian daripada 4 jenis right (hak) dalam resale (jualan balik) iaitu:

1)Personal rights – Hak jualan individu yang bermakna pembeli anda tidak boleh menjual semula produk yang telah dibeli. Kebiasaannya,untuk kegunaan diri sendiri sahaja.Biasanya, produk sebegini dijual untuk tempoh masa dan bilangan pelanggan yang terhad sahaja.

2)Resale rights- Hak menjual produk untuk memperoleh keuntungan.Pembeli mendapat hak untuk menjual semula produk yang dibeli tetapi tidak berhak menjual resale right kepada pembelinya.

3)Master resale rights- Hak untuk menjual produk dan juga hak untuk menjual resale rights kepada pembeli produk.

4)Private label rights- Hak yang sama seperti Master resale rights tetapi kelebihan PLR memberikan anda hak kebebasan untuk mengubah, menyusun atau menukar produk mengikut apa yang anda suka.Misalnya, anda boleh menukar nama pencipta produk kepada nama anda dan sebagainya.

Di sini admin coe-cyber.com ada satu tawaran PLR Minisite untuk anda dapatkannya secara PERCUMA sahaja. Mungkin anda terfikir yang anda tidak perlukannya kerana belum mempunyai domain dan hosting berbayar. Sebenarnya itu pendapat tidak benar kerana suatu hari nanti anda mungkin akan memiliki domain dan hosting sendiri.Untuk makluman semua, saya mendapat maklumat bahawa tawaran ceo-cyber.com ini tidak lama cuma untuk beberapa waktu sahaja.

Panduan Adsense untuk blogger

Salam sejahtera semua dan semoga anda baik-baik sahaja. Hmm.. jika anda berkunjung ke blog ini, sudah tentu anda seorang blogger juga peminat adsense. Saya tahu semua orang suka adsense kerana ia boleh memberikan wang secara percuma. Cuma dengan sebuah blog maka anda boleh menjana duit dengan adsense. Sebelum anda meneruskan membaca, cuba renungkan kata-kata di bawah sebagai perangsang, manalah tahu masih gagal dalam adsense.

” Thomas Edison gagal dalam lebih 1,000 eksperimen dalam mencipta lampu mentol sebelum menjumpa formula sebenar cara menyalakan lampu mentol! “

Terdapat banyak panduan menjana wang dengan adsense di pasaran sama ada dalam versi Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. Untuk versi Bahasa Malaysia anda boleh dapatkan dengan saudara Munawar di jana-wang-adsense.com atau dengan saudara Sham di Rajaadsense.com.

Dalam post saya kali ini, saya akan perkenalkan anda panduan adsense untuk blogger dalam dwi bahasa iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Namun panduan ini tidak mempunyai video tutorial seperti dalam Rajaadsense.com. Panduan adsense untuk blogger ini cuma dalam bentuk pdf  dan audio sahaja. Walaupun begitu tidak bermakna ebook ini tidak berkualiti. Penerangan dalam ebook ini cukup jelas dan terperinci walaupun seseorang itu tidak mempunyai asas blogger. Jika anda mahu melihat kandungan ebook ini dengan lebih jelas pergi ke Panduanasasweb.com/panduanadsense . Untuk makluman awal, ebook ini dijual dalam harga RM30.

Hadiah Khas Untuk Anda.

Wang bukanlah segala-galanya dalam hidup, walaupun tidak dinafikan tanpa wang memang susah untuk hidup. Jika saya masih mampu mengurus blog ini bermakna saya masih boleh meneruskan kehidupan. Oklah.. apa hadiah khas saya untuk anda ? seperti yang saya nyatakan tadi panduanadsense versi BM dan BI tu berharga RM30. Kalau tak percaya pergi ke panduanasasweb.com/panduanadsense. TAPI anda akan mendapat panduan adsense untuk blogger dengan percuma sahaja daripada saya dengan dua langkah sahaja. Hmm.. mungkin ada yang anggap saya dah gila atau kecewa dalam bisnes online kerana berikan ebook ini secara percuma. Apa pun ikuti langkah dibawah untuk dapatkan ebook ini secara percuma.

Langkah pertama # adalah mengisi borang langganan yang saya sediakan sama ada di sidebar atau pop up. Pastikan anda mengisi dengan menggunakan alamat email yang betul supaya mendapat link download.

Langkah kedua # Selepas anda klik butang “download now”, anda periksalah email anda dan kalau tiada di inbox, mungkin dalam bulks atau spam. Pengesahan email diperlukan kerana ada orang yang tidak bertanggung jawab sengaja memasukkan email orang lain. Selepas anda melakukan pengesahan, maka link download akan dihantar kepada anda.

Paling best, ebook ini berserta dengan MRR. Bermakna anda boleh menjual ebook ini seberapa banyak yang anda suka dan keuntungan 100% milik anda. Anda juga berpeluang mendapat 12 ebook percuma berserta MRR yang anda perolehi di ruang download.

Jika anda takut mengisi borang download percuma, anda ada pilihan lain mendapatkan ebook panduan adsense untuk blogger ini dengan membayar RM30 dan emailkan bukti pembayaran kepada saya.

p.s : Jika anda berpuas hati dengan ebook ini, sila beritahu kawan-kawan.


 Powered by Max Banner Ads 

Recommended: Panduan Minisite | List Produk Usahawan | Webmaster And Software | DataKL Hosting
Namecheap Hosting | Panduan Affiliate | Namsahaz Hosting | OneBytes Hosting | JomHosting | Video Online | Digital