Posts Tagged ‘Pemasaran email’


 Powered by Max Banner Ads 

Panduan Autoresponder edisi percuma

Panduan autoresponder sudah banyak kali diperkatakan, dibincangkan dan dihuraikan oleh usahawan-usahawan internet. Sekali lagi bakal usahawan yang berminat mengembangkan pendapatan diinternet berpeluang mendapatkan ebook panduan ringkas berkaitan denganpanduan  autoresponder yang ditulis oleh saudara Rahman Basri. Walaupun saya katakan panduan ini ringkas tetapi tidak bermakna panduan yang dikongsikan itu tidak memberi manfaat kepada pembaca. Saya sudah mendownload dan membaca semua maklumat yang dikongsikan oleh saudara Rahman dan saya boleh katakan panduan autoresponder edisi percuma beliau ini cukup berinformasi. Saudara Rahman Basri ini boleh dikatakan usahawan muda kerana beliau baru sahaja menceburi keusahawanan internet sekitar Ogos 2009. Namun dalam masa yang singkat beliau talah menjana pendapatan ribuan ringgit. Dan rahsia kejayaan beliau adalah dengan mengumpul mailing list. Hasil daripada penerokaan beliau dalam pemasaran email, Saudara Rahman Basri akhirnya menulis ebook mengenai dengan panduan autoresponder sebagai panduan kepada usahawan yang masih tercari-cari panduan apa sebenarnya autoresponder dan panduan ini kini dipasaran yang diberi secara percuma pula. Ebook panduan autoresponder ini adalah pengalaman sebenar saudara Rahman Basri sendiri menggunakan dan menjana pendapatan dengan teknik mailing list dan autoresponder.

Terdapat beberapa bahagian yang telah dijelaskan dengan terperinci oleh saudara Rahman Basri dalam ebook panduan autoresponder edisi percuma seperti berikut ;

Bab 1. Mengenali Sistem Autoresponder

  • Kenali Apa itu mailing list
  • Cara mengumpul senarai email
  • Kelebihan mengumpul email secara sah
  • Maksud sistem Autoresponder
  • Sebab perlunya autoresponder
  • Jenis-jenis autoresponder

bab 2. perbezaan antara sistem autoresponder aweber,getrespon dan norabots

bab 3. Cara melanggan autoresponder berbayar

bab 4. Teknik menjana pendapatan dengan Autoresponder

  • Kita kerugian RM20,000 setahun
  • Menjana pendapatan dengan program affiliate

bab 5. Beralih autoresponder

  • Bagaimana mengekalkan subscriber asal.

Ebook panduan autoresponder edisi percuma ini sangat berinformasi khususnya bakal usahawan yang belum mengenali atau mempunyai sistem autoresponder. Untuk keterangan lanjut mengenai ebook panduan Autoresponder ini sila ke laman web panduanemail.com.

Kesalahan biasa pemasaran email

salam sejahtera kepada pembaca blog ini. Hmmm sekali lagi saya menulis artikel berkaitan dengan pemasaran email. Dalam artikel saya yang terdahulu, saya ada menerangkan beberapa tips pemasaran email. Seperti yang tertulis dalam tajuk artikel ini, kali ini saya menerangkan pula kesilapan biasa yang dilakukan dalam pemasaran email.

Ramai usahawan menggunakan pemasaran email untuk memasarkan produk mereka. Sebabnya hanya dengan satu klik, usahawan sudahpun mempromosikan produknya kepada berpuluh malah beratus-ratus individu. Ini bergantung kepada berapa banyak email yang ada dalam contact anda. Anggapan pemasaran email untuk semua jenis email menguntungkan adalah satu anggapan yang salah. Ini adalah tidak benar sama sekali kerana dengan sedar atau tanpa disedari usahawan melakukan beberapa kesalahan dan kesilapan. Antara kesalahan yang mungkin anda lakukan adalah email promosi anda dianggap SPAM, target anda tidak sampai kepada sasaran, dan tiada promosi susulan sesuatu produk selepas email pertama.

Saya mulakan perbincangan kesalahan pemasaran email dengan melakukan SPAM. Email adalah satu masalah besar dan dibenci oleh semua penerima email SPAM. Secara peribadinya, jika saya tidak mengenali pengirim email tersebut, saya akan hapuskan email tersebut tanpa membacanya. Kebiasaannya mereka yang melakukan SPAM adalah mereka yang tidak mempunyai sistem autoresponder sendiri yang membenarkannya mendapatkan email orang lain secara sah. Berapa banyak pun senarai email anda jika email anda dikategorikan sebagai SPAM, ia sebenarnya tidak membawa sebarang makna. Harus diingat email yang dikategorikan sebagai email SPAM tidak akan sampai ke penerima kerana email SPAM akan dihapuskan sebelum sempat dibaca. Jelas sekali anggapan pemasaran email jika tidak kena pada tempatnya tidaklah menguntungkan. Menghindari daripada melakukan SPAM bukanlah susah cuma dapatkan sistem autoresponder sendiri dan ini lebih menguntungkan pemasaran email anda.

Kesalahan pemasaran email lain adalah tidak melakukan promosi susulan. Apabila ada produk baru dilancarkan, sepantas kilat email promosi dilakukan. Ini biasa terjadi kerana mungkin takut ada usahawan lain melakukan promosi sebelumnya. Malangnya, selepas promosi pertama, tidak ada lagi promosi susulan. Promosi terputus begitu sahaja dan pelanggan juga melupakan produk begitu sahaja.
Prinsip pemasaran email bagi saya adalah meningkatkan minat penerima email terhadap sesuatu produk. Perlu diingat email keempat adalah sangat berpotensi untuk melakukan jualan produk anda. Mungkin email pertama anda pelanggan anda masih melakukan pertimbangan tetapi email seterusnya membuka hati pelanggan anda. Oleh itu adalah penting bagi penggiat pemasaran email meningkatkan usaha promosi susulan sesuatu produk.

Akhirnya kesalahan yang tidak dapat dielakkan oleh usahawan adalah kesukaran untuk menentukan minat penerima email secara terperinci. Ini boleh jadi menggagalkan kempen pemasaran email. Bayangkan seorang usahawan menghantar email kepada 1000 pelanggan dan cuma beberapa orang sahaja yang membeli produk yang dipromosi. Ini adalah kerana bukan semua pelanggan tersebut mempunyai minat terhadap produk yang diperkenalkan. Katakan seseorang usahawan memperkenalkan produk mengurangkan kegemukan kepada 1000 pelanggan sedangkan pelanggan yang gemuk cuma 10 orang sahaja daripada 1000 orang. Sudah pasti kempen pemasaran email tidak akan berjaya. Ini sudah tentu sesuatu yang tidak boleh dielakkan. Namun apa yang dimaksudkan disini adalah kempen pemasaran email mestilah sampai kepada sasaran. Ini sebenarnya boleh dilakukan dengan mencipta beberapa sistem autoresponder. Jika anda membuka langganan newsletter untuk produk kesihatan, adalah tidak wajar anda mempromosikan panduan membuat minisite kepada subscriber tersebut. Sebaliknya adalah tidak wajar mempromosikan produk kesihatan kepada subscriber bisnes. Hmm.. saya harap anda faham maksud saya walaupun ayat tak berapa elokk..heee

Apapun untuk mencapai kejayaan anda dalam pemasaran email haruslah disokong oleh satu sistem yang dikenali sistem autoresponder sama ada yang berbayar atau autoresponder secara bulanan tanpa yuran bulanan. Untuk melanggan autoresponder berbayar sila layari aweber.com atau autoresponder tanpa yuran bulanan boleh didownload disini.


 Powered by Max Banner Ads 

Recommended: Panduan Minisite | List Produk Usahawan | Webmaster And Software | DataKL Hosting
Namecheap Hosting | Panduan Affiliate | Namsahaz Hosting | OneBytes Hosting | JomHosting | Video Online | Digital