Posts Tagged ‘Minisite’


 Powered by Max Banner Ads 

Bagaimana cara membina template minisite dengan photoshop?

Perisian adobe photoshop sememangnya sudah dikenali sebagai perisian yang paling banyak digunakan oleh grafik designer di seluruh dunia. Apa yang menyebabkan ramai grafik designer memilih perisian ini ialah kerana perisian hebat ini mampu menghasilkan grafik memukau yang beresolusi tinggi. Hasil grafik yang berkualiti menggambarkan produk yang berkualiti. Itu adalah ”first impression” bagi pelawat yang melayari laman web perniagaan anda.

Soalan penting, bagaimana cara membina template minisite dengan adobe photoshop? Susahkah membina template minisite dengan photoshop ?

Penting untuk sesiapa pun mengetahui rahsia menggunakan adobe photoshop iaitu anda tidak perlu mempunyai kemahiran yang tinggi dalam adobe photoshop untuk menghasilkan grafik yang memukau. Cukup dengan mengetahui ASAS sahaja anda sudah dapat menghasilkan grafik minisite yang berkualiti. Jadi jawapannya ialah, mempelajari adobe photosho senang sahaja!

Asas membina template minisite dengan photoshop hanyalah permulaan kepada diri anda untuk mengetahui pelbagai lagi trik dan rahsia menghasilkan grafik minisite yang hebat.

Selepas anda mengetahui asas menghasilkan grafik template minisite dengan photoshop, anda akan membina pelbagai lagi template baru dengan style yang berbeza!

Sebagai contoh, ada beberapa skill yang anda boleh pelajari dalam membina template minisite dengan photoshop seperti

[+] Teknik membina body template
[+] Teknik membina header & footer template
[+] Teknik membina order button
[+] Teknik blend imej
[+] Dan sebagainya…

Jika anda belajar sendiri asas-asas menggunakan adobe photoshop melalui manual atau help file perisian ini, anda akan gagal menguasainya. Mengapa ? Kerana ada banyak tools yang anda akan pelajari dalam manual photoshop sedangkan tidak semua tools tersebut akan digunakan untuk membina template minisite. Anda akan bingung, stress, dan akhirnya tinggalkan adobe photoshop. Betul bukan ?

Satu teknik yang saya sendiri gunakan untuk mempelajari adobe photoshop ialah melalui tutorial / sample yang dapat digunakan terus untuk projek minisite saya. Contohnya, katakan saya ingin mengetahui teknik membina Glossy Button untuk kegunaan laman web saya. Maka saya akan search tutorial tentang membina Glossy Button di seluruh pelusuk internet dan cuba mengikuti tutorial tersebut sehingga berjaya menghasilkan grafik tersebut.

Samalah konsepnya dengan pembinaan template minisite. Jika anda ingin membina template minisite menggunakan adobe photoshop, anda perlukan tutorial yang mengajar anda bagaimana membina template minisite. Dengan cara ini, pembelajaran akan lebih berkesan dan anda akan ingat teknik tersebut dengan mudah.

Jika dibuat perbandingan, adakah tutorial melalui ebook atau artikel lebih baik berbanding melalui video? Saya pasti lebih ramai memilih tutorial video. Ini kerana teknik mempelajari adobe photoshop yang berkesan ialah melalui video tutorial kerana anda nampak sendiri bagaimana teknik-teknik pembinaan template tersebut dilakukan disamping mendengar sendiri audio yang disampaikan oleh designer.

Berita baik untuk anda yang mahu mempelajari teknik membina template minisite dengan adobe photoshop, saudara Bearnerd Bondly telah menghasilkan satu produk yang dapat membantu anda mengetahui rahsia membina template minisite dengan adobe photoshop. Produk beliau iaitu Pakej Video Minisite yang telah dilancarkan pada 3 July 2009 yang lepas. Secara ringkasnya, produk ini banyak membantu anda mempelajari teknik membina template minisite dengan adobe photoshop melalui video tutorial. Apa kelebihan mengetahui teknik membina grafik template minisite?

[+] Anda boleh menjadi seorang grafik designer seperti saudara Bearnerd dan menjana pendapatan melalui
khidmat design minisite.
[+] Anda boleh berjimat membina template minisite sendiri setiap kali ingin membina laman web perniagaan
[+] Anda bakal mempelajari asas template minisite dengan photoshop dan akan menjadi asas penting kepada
anda untuk mempelajari lebih banyak rahsia menggunakan perisian adobe photoshop.

Anda mahu membina template minisite sendiri ? Dapatkannya disini !

Produk percuma download

Salam kepada semua pengunjung blog ini. Sebagai menghargai kunjungan anda di blog yang tidak seberapa ini, saya memberikan hadiah kepada anda semua. Hadiah yang saya maksudkan adalah produk yang boleh di download secara percuma sahaja. Anda tidak perlu mengeluarkan sesenpun untuk mendapatkan produk tersebut walaupun mempunyai kuliti yang amat bagus.

Namun untuk makluman anda semua, produk percuma tersebut bukan semua yang diberikan oleh saya. Ada beberapa produk tertentu yang saya dapat daripada laman web IM  lain yang memberikannya secara percuma sahaja. Walau bagaimanapun untuk produk daripada laman web lain yang saya pautkan di blog ini, saya tidak dapat menjamin produk tersebut masih percuma download ketika anda pergi ke link yang saya berikan. Kemungkinan mereka mengubah terma dengan menjual produk tersebut kerana tempoh download percuma sudah t.a.m.a.t. Ketika saya letakkan link tertentu diblog ini, produk yang ditawarkan masih percuma…

Jadi dimana anda boleh mendapatkan produk percuma download ? Mungkin perkataan percuma di atas sekali terlalu kecil menyebabkan anda tidak perasan di blog ini ada banyak dipautkan dengan produk percuma. Lawatilah setiap link yang diberikan manalah tahu anda bernasib baik pemilik produk masih memberikan produk secara percuma.. Jika anda tidak melihat page percuma bolehlah klik disini.

Jika anda berpuas hati dengan produk percuma yang saya pautkan, selalulah berkunjung ke blog ini, manalah tahu lebih banyak produk percuma yang saya pautkan pada masa akan datang..heheee.

Review: Adakah MiniOpt-In Sebaik Yang Disangka?

Jika anda mengikut perkembangan dalam dunia internet marketing tempatan, anda mungkin mengetahui tentang koleksi MiniOpt-In yang dibuat oleh saudara Iskandar Jauhari.

Tema ini lain daripada lain adalah kerana ianya mempunyai subscription form di header itu sendiri. Berbanding tema-tema lain yang tidak menggunakan taktik ini, koleksi Mini Opt-in mampu menjana lebih banyak leads atau optin untuk anda. Anda akan mendapat LIMA tema berlainan warna untuk anda gunakan.

Seperti yang anda tahu, setiap orang PASTI akan membaca daripada atas ke bawah dan pastinya akan melihat header dahulu sebelum teks lain. Jadi, dengan meletakkan optin form di dalam header itu sendiri, optin akan meningkatkan dengan mendadak.

======================================
Apa yang akan anda dapat dalam minggu pelancaran
======================================

Sekiranya anda mendapatkan MiniOpt-In dalam masa tiga minggu ini, anda akan mendapat pelbagai manfaat.

Pertama: keahlian Mini Pro secara percuma. Ini merupakan tempat di mana anda akan memuat turn (download) themes MiniOpt-in. Ianya akan diberikan percuma kepada mereka yang membeli pada minggu pelancaran (3 minggu pertama). Mereka yang mendapat keahlian ini akan mendapat tema secara percuma atau pada harga diskaun pada masa hadapan, dan akan mendapat update dari semasa ke semasa tentang projek dibuat oleh saudara Iskandar, dan diskaun-diskaun lain oleh dia.

Hey, khabar angin bahawa Iskandar akan bina 5 lagi tema mini opt-in yang lebih mengancam lagi memang benar! BERITA BAIK! Semua ahli Mini Pro akan mendapatkannya secara PERCUMA! Al-kisahnya sekarang, adakah anda ahli Mini Pro ini? ;p

Kedua: anda akan menerima 5 tema tambahan secara percuma, tambahan daripada 5 yang asal sekarang ini. Maksudnya, anda akan menerima 10 tema keseluruhannya. Jika anda membeli selepas tempoh pelancaran, anda terpaksa membayar lebih untuk mendapatkannya.

Ketiga: anda akan menerima kad kupon daripada Iskandar sendiri supaya anda mendapat diskaun sebanyak 40% di iscandesign.com. Bayangkan jika kos anda sehingga RM100. Anda akan berjimat sehingga 40 ringgit dengan mendapatkan kupon diskaun ini.

=====================
Bonus tambahan
=====================

Jika anda mendapatkan MiniOpt-In ini, anda bukan sahaja mendapat tema daripada Iskandar, kerana anda akan mendapat:
- 15 Opt-in Box Sidebar
- 15 Opt-in Box Blog
- 50 Anak Panah Animasi
- 1 Design Contact Form Dwibahasa (anda boleh pilih mana yang anda mahu)
- Kupon Diskaun 40% (dalam 3 minggu sahaja)
- Keahlian Mni Pro (dalam 3 minggu sahaja)

Akhir kata, mungkin ramai yang berkata, “banyak tema kat luar sana” tetapi seseorang perlu ingat: jarang kita dapat lihat tema yang mempunyai opt-in form di dalam header. Saya sendiri TIDAK PERNAH menjumpai tema-tema seperti itu.

Jadi ianya memang unik dan lain daripada lain. Adakah ianya berbaloi untuk duit anda? Bagi saya ya, kerana ianya mampu menjana lebih banyak jualan untuk diri saya.  Saya sanggup untuk memberikan Iskandar RM25 untuk ini.

Jika anda berminat untuk melihat potensi sebenar tema minisite Iskandar, anda boleh layari miniopt-in.com untuk maklumat lanjut.

Percuma minisite tanpa photoshop

Salam sejahtera semua. Kali ini saya tidak bercerita tentang menjana pendapatan di internet dengan rahsia-rahsia hebat..huhh  tetapi saya mahu berkongsi minisite percuma kepada anda yang diberikan secara percuma oleh designer luvleey. Jika anda mahu menjimatkan masa untuk menghasilkan minisite, anda bolehlah download minisite tanpa photoshop ini. Minisite ini sudah siap sedia dan anda hanya tinggalkan masukkan isi kandungan surat jualan anda. Begitu mudah bukan ?. Selain daripada jimatkan masa anda, minisite siap sedia secara percuma ini juga dapat menjimatkan wang anda kerana template minisite ini jika dibeli adalah puluhan ringgit.

Jika anda mempunyai produk MRR atau RR, anda boleh menggunakan minisite percuma ini untuk mempromosikan produk MRR atau RR anda. Dengan minisite yang dikatakan pasang siap ini, anda boleh menyiapkan webjualan anda dalam masa beberapa minit sahaja. Dah siap, boleh upload ke hosting anda dan mulakan promosi produk anda.

Paling best sekali, template ini tidak memerlukan perisian yang canggih untuk mengeditnya. Anda bebas mengedit design template ini mengikut kesukaan anda sesuai dengan produk yang anda promosikan. Jika anda mahu menjimatkan masa anda untuk membina webjualan anda, downloadlah minisite percuma ini sekarang di minisitetanpaphotoshop.com.

Percuma download 5 PLR Minisite

Salam sejahtera semua. Semoga anda sihat selalu dan teruskan membaca artikel saya kerana anda akanmendapat sesuatu yang percuma. Kunjungan anda ke blog saya kali ini tidak sia-sia kerana anda bakal mendapat produk secara percuma. Yang bestnya lagi, produk yang anda bakal dapat ini boleh dijual semula.

Baiklah, anda berterima kasih kepada saya tetapi kepada ceo-cyber.com kerana bermurah hati memberikan 5 PLR Minisite secara percuma. Saya juga berterima kasih kepada admin ceo-cyber.com kerana sudi memberikan minisite tersebut secara percuma. Memang best sangatlah minisite yang diberikan percuma tu. Tapi yang bestnya PLR minisite tu boleh juga dijual semula jika mahu kerana ia sudah disediakan webjualan. Tinggal ubahsuai dan upload ke hosting.

Bagi yang ada produk untuk diniagakan secara online, minisite ini sangat sesuai kerana selain daripada cantik, minisite yang sudah terbina sedia juga menjimatkan masa anda. Saya sendiri menggunakan minisite percuma dan ia memang menjimatkan masa kerja saya di produk.panduanasasweb.com dan di panduanadsense. Anda juga boleh melakukan perkara yang sama kecuali anda mahukan sesuatu kelainan. Anda boleh mendapatkan panduan membuat minisite mengikut selera anda di panduanminisite.com.

Bagi yang masih baru, mungkin tertanya-tanya apa itu minisite dan kegunaannya. Berikut adalah sedikit info mengenai minisite. Minisite adalah laman pemasaran untuk memasarkan sesuatu produk atau sesuatu perkhidmatan. Pemasaran sesuatu produk dengan menggunakan minisite sangat berkuasa untuk menarik pelanggan kerana kebiasaannya ia hanya memfokuskan satu produk sahaja. Ini bermakna pelanggan hanya tertumpu kepada satu produk yang dipasarkan. Seterusnya pelanggan menumpukan perhatian kepada produk tersebut dan seterusnya membuat keputusan membeli produk yang dipasarkan. Sebaliknya jika banyak produk yang dipasarkan dalam satu laman web, pelanggan akan keliru dan hilang tumpuan untuk melakukan pilihan. Namun minisite ini cuma boleh digunakan jika anda mempunyai domain dan hosting berbayar sahaja.

Sila download PLR Minisite secara percuma di sini atau lihat contoh minisite di produk.panduanasasweb.com

Saya juga ada menyatakan tentang PLR. Mungkin ada yang masih tertanya-tanya apakah benda semuanya itu. Berikut adalah penjelasan tenteng PLR.

PLR adalah sebahagian daripada 4 jenis right (hak) dalam resale (jualan balik) iaitu:

1)Personal rights – Hak jualan individu yang bermakna pembeli anda tidak boleh menjual semula produk yang telah dibeli. Kebiasaannya,untuk kegunaan diri sendiri sahaja.Biasanya, produk sebegini dijual untuk tempoh masa dan bilangan pelanggan yang terhad sahaja.

2)Resale rights- Hak menjual produk untuk memperoleh keuntungan.Pembeli mendapat hak untuk menjual semula produk yang dibeli tetapi tidak berhak menjual resale right kepada pembelinya.

3)Master resale rights- Hak untuk menjual produk dan juga hak untuk menjual resale rights kepada pembeli produk.

4)Private label rights- Hak yang sama seperti Master resale rights tetapi kelebihan PLR memberikan anda hak kebebasan untuk mengubah, menyusun atau menukar produk mengikut apa yang anda suka.Misalnya, anda boleh menukar nama pencipta produk kepada nama anda dan sebagainya.

Di sini admin coe-cyber.com ada satu tawaran PLR Minisite untuk anda dapatkannya secara PERCUMA sahaja. Mungkin anda terfikir yang anda tidak perlukannya kerana belum mempunyai domain dan hosting berbayar. Sebenarnya itu pendapat tidak benar kerana suatu hari nanti anda mungkin akan memiliki domain dan hosting sendiri.Untuk makluman semua, saya mendapat maklumat bahawa tawaran ceo-cyber.com ini tidak lama cuma untuk beberapa waktu sahaja.


 Powered by Max Banner Ads 

Recommended: Panduan Minisite | List Produk Usahawan | Webmaster And Software | DataKL Hosting
Namecheap Hosting | Panduan Affiliate | Namsahaz Hosting | OneBytes Hosting | JomHosting | Video Online | Digital