Posts Tagged ‘link cloaker’


 Powered by Max Banner Ads 

Skrip memendekkan url

Setiap kali menyembunyikan link affiliate atau apa juga tujuan untuk memendekkan url, kebiasaannya kita akan menggunakan khidmat memendekkan url terkenal seperti TinyURL, bit.ly dan banyak lagi perkhidmatan yang memberikan perkhidmatan memendekkan url link affiliate.

Skrip memendekkan url ini selain daripada bertujuan untuk menyembunyikan link affiliate, ia juga berfungsi sebagai melakukan redirect. Kebiasaannya tujuan memendekkan url ini adalah bagi tujuan menyembunyikan link affiliate.

Oleh kerana fungsi memendekkan url ini sangat popular dan kerap digunakan, bagusnya jika sendiri memiliki perkhidmatan memendekkan url dan tidak perlu lagi bergantung kepada perkhidmatan memendekkan url dari TinyURL ataupun di bit.ly. Jika kita rajin meneroka di rumah pakcik google, terdapat banyak skrip percuma berkaitan memendekkan url ini. Pilih sahaja mana satu yang sesuai dan mudah untuk digunakan.Antara penyedia skrip memendekkan url secara percuma ialah get-shorty.com. Ada banyak lagi yang lain tetapi memandangkan saya ada menggunakan get-shorty.com, saya bercerita tentang skrip ini sahaja. Jika mahu yang berbayar pada kadar harga yang paling rendah boleh diperolehi di sini.

shorty

Skrip get-shorty mudah sahaja diinstall dihosting kerana tidak banyak setup yang diperlukan. Bagusnya skrip shorty ini ialah kita boleh mengesan rekod berapa klik setiap link yang dibena.Selain daripada itu kita juga boleh menentukan keywords bersesuaian dengan link yang dipendekkan. Anda boleh melihat sendiri keupayaan skrip ini dengan melakukan demo di get-shorty.com/shorty atau mendapatkan skrip ini secara percuma di get-shorty.com.

get-shorty

Jika anda rasa skrip ini bermanfaat, dapatkannya di get-shorty.com secara percuma atau lihat contoh yang saya sudah buat disini. Mendapatkan skrip ini, anda tidak perlu lagi menggunakan skrip redirect lain yang memerlukan fail diupload ke hosting. Ini lebih menjimatkan masa dan dapat melihat link affiliate yang berpotensi berdasarkan rekod klik.

Script menyembunyikan link affiliate

Salam sejahtera semua, hari ini saya ada masa melakukan update blog ini. Tergerak pula saya menulis dan berkongsikan mengenai tajuk di atas. Jika korang pernah menemui artikel yang berkaitan sebelum ini, anggap sahaja saya melakukan update blog saya tapi kandungan artikel ini saya tidak tiru di mana-manapun blog blogger di negara kita. Ini cuma perkongsian sahaja selepas saya membaca sales letter Ninja Link Cloaker.

Saya sebenarnya mula menggunakan link cloaker selepas mendapatkannya daripada Gobala, bonus pembelian Rahsia Clickbank. Hmm… cuba korang baca ayat di bawah yang saya terjemaah daripada bahasa orang putih.

Setiap hari anda akan kehilangan komisyen hasil jualan melalui link affiliate anda kerana orang-orang yang tidak tidak bertanggungjawab menghapuskan ID dari link anda lalu

menggantikannya dengan ID affiliate mereka sendiri.Hentikan kehilangan komisyen daripada jualan affiliate anda !

Ayat di atas sudah pasti satu peringatan kepada semua agen affiliate agar melindungi link affiliate masing-masing. Sejauh mana kebenaran seseorang boleh menukar ID link affiliate agen affiliate lain, itu saya tidak pasti kerana buat masa ini saya sendiri bukan otai dalam hal ini. Tapi kalau ada yang mengatakan ia boleh berlaku, tidak salah melakukan langkah awal melindungi link affiliate sendiri. Lihat sahaja clickbank melakukan perubahan besar terhadap link affiliate.

http://69455lme09zjfl9km9×7n5q478.hop.clickbank.net/ – link baru

http://zzzzz.ninjalink.hop.clickbank.net/ – link lama

Adalah tidak adil kita susah-susah melakukan promosi sesuatu produk, orang lain yang mendapat hasilnya. Walauapapun alasan sebab musabab keperluan link cloaker ataupun menyembunyikan link affiliate , menyembunyikan link affiliate adalah satu keperluan atas sebab “tidak mahu kehilangan komisyen”. Bukan semua pembeli suka membeli melalui link affiliate. Takut kita orang kaya padahal kita orang yang promosikan dengan dia. Sebagai contoh kita hantar url seperti http://www.namadomain.com/index.php?aff_id=72446, biasanya  pembeli yang tidak menghargai usaha kita  akan copy http://www.namadomain.com dan paste di browser jadi tiadalah dapat komisyen. Kalau  ID affiliate kena hijack pun sama juga ceritanya.

Sebenarnya terdapat banyak cara menyembunyikan link affiliate. Terdapat juga perkhidmatan percuma untuk melindungi link affiliate seperti di tinyurl.com, go-and-see.me dan banyak lagi. Jika anda menggunakan blog wordpress, anda juga boleh menggunakan plugin yang dikenali pretty link plugin.Kelebihan menggunakan pretty link adalah semua setting dilakukan di admin blog anda. Anda tidak perlu melakukan kerja mengupload ke hosting setiap kali anda melakukan promosi. Anda juga boleh mendapatkan software percuma seperti yang ditawarkan oleh smartho pakar clickbank untuk melindungi atau menyembunyikan link affiliate anda. Kali ini saya kongsikan kepada anda satu script mudah untuk menyembunyikan link affiliate anda seterusnya mengelakkan anda daripada kehilangan komisyen. Sejauh mana ia boleh melindungi link affiliate anda daripada kena hijack itu saya tidak pasti tapi yang pasti ia boleh menyembunyikan link affiliate anda. Script ini cuma untuk melakukan redirect, menyembunyikan link affiliate dan memendekkan url link affiliate anda. Script ini hanya sesuai digunakan jika anda mempunyai hosting dan domain berbayar sahaja.

Copy script di bawah. Buka notepad anda kemudian pastekan kod di bawah. Langkah seterusnya…

<!—Start Code—->

<html>
<head>

<meta http-equiv=refresh content=”0;URL=http://www.namadomain.com/index.php?aff_id=72446″>

<title>Tajuk Program Affiliate</title>
</head>

<body>
</body>
</html>

<!—-End Code—–>

Gantikan url http://www.namadomain.com/index.php?aff_id=72446 dengan link affiliate anda kemudian save atau save as. Namakan fail anda dan jangan lupa letakkan huruf html, contohnya minisite.html

Uploadkan fail tersebut ke hosting anda dan url affiliate anda akan kelihatan seperti berikut ;

http://www.namadomain.com/index.php?aff_id=72446 – link affiliate asal dijadikan seperti di bawah.

http://namadomainanda.com/minisite.html

http://namadomainanda.com/go/minisite/ – yang ini lebih kelihatan cantik

Anda kini sudah berjaya menyembunyikan link affiliate anda. Walau bagaimanapun link affiliate anda akan kelihatan seperti, contoh  http://www.namadomain.com/index.php?aff_id=72446  selepas anda mengklik url tadi. Sekurang-kurangnya anda berjaya menyelamatkan komisyen affiliate anda. Bakal pembeli tidak menghargai usaha kita juga tiada jalan copy url seperti yang saya terangkan di atas tadi. Harap perkongsian ini dapat membantu kepada semua penggiat program affiliate. Jika anda mahukan affiliate link cloaker yang lebih advance, dapatkan yang berbayar. Jika mahu affiliate yang advance tetapi percuma, boleh dapatkannya dengan Mr.Gobala di Rahsia Clickbank. Itupun jika bonus itu masih ada ditawarkan.

Your Ad Here
 Powered by Max Banner Ads 

Recommended: Panduan Minisite | List Produk Usahawan | Webmaster And Software | DataKL Hosting
Namecheap Hosting | Panduan Affiliate | Namsahaz Hosting | OneBytes Hosting | JomHosting | Video Online | Digital