Posts Tagged ‘Keusahawanan’


 Powered by Max Banner Ads 

Panduan Autoresponder edisi percuma

Panduan autoresponder sudah banyak kali diperkatakan, dibincangkan dan dihuraikan oleh usahawan-usahawan internet. Sekali lagi bakal usahawan yang berminat mengembangkan pendapatan diinternet berpeluang mendapatkan ebook panduan ringkas berkaitan denganpanduan  autoresponder yang ditulis oleh saudara Rahman Basri. Walaupun saya katakan panduan ini ringkas tetapi tidak bermakna panduan yang dikongsikan itu tidak memberi manfaat kepada pembaca. Saya sudah mendownload dan membaca semua maklumat yang dikongsikan oleh saudara Rahman dan saya boleh katakan panduan autoresponder edisi percuma beliau ini cukup berinformasi. Saudara Rahman Basri ini boleh dikatakan usahawan muda kerana beliau baru sahaja menceburi keusahawanan internet sekitar Ogos 2009. Namun dalam masa yang singkat beliau talah menjana pendapatan ribuan ringgit. Dan rahsia kejayaan beliau adalah dengan mengumpul mailing list. Hasil daripada penerokaan beliau dalam pemasaran email, Saudara Rahman Basri akhirnya menulis ebook mengenai dengan panduan autoresponder sebagai panduan kepada usahawan yang masih tercari-cari panduan apa sebenarnya autoresponder dan panduan ini kini dipasaran yang diberi secara percuma pula. Ebook panduan autoresponder ini adalah pengalaman sebenar saudara Rahman Basri sendiri menggunakan dan menjana pendapatan dengan teknik mailing list dan autoresponder.

Terdapat beberapa bahagian yang telah dijelaskan dengan terperinci oleh saudara Rahman Basri dalam ebook panduan autoresponder edisi percuma seperti berikut ;

Bab 1. Mengenali Sistem Autoresponder

  • Kenali Apa itu mailing list
  • Cara mengumpul senarai email
  • Kelebihan mengumpul email secara sah
  • Maksud sistem Autoresponder
  • Sebab perlunya autoresponder
  • Jenis-jenis autoresponder

bab 2. perbezaan antara sistem autoresponder aweber,getrespon dan norabots

bab 3. Cara melanggan autoresponder berbayar

bab 4. Teknik menjana pendapatan dengan Autoresponder

  • Kita kerugian RM20,000 setahun
  • Menjana pendapatan dengan program affiliate

bab 5. Beralih autoresponder

  • Bagaimana mengekalkan subscriber asal.

Ebook panduan autoresponder edisi percuma ini sangat berinformasi khususnya bakal usahawan yang belum mengenali atau mempunyai sistem autoresponder. Untuk keterangan lanjut mengenai ebook panduan Autoresponder ini sila ke laman web panduanemail.com.

Adsense for domain mesin duit mudah

Penggemar adsense nampaknya semakin rancak menerima cash daripada google adsense setelah melakukan kaedah yang lebih berkesan untuk mengaut duit daripada adsense. Apakah kaedah terbaru itu ??  Biasanya kita tahu mengenai dengan adsense content atau google search. Ini yang biasa kita orang buatlah. Ambil kod adsense kemudian tampal dimana-mana di bahagian blog.

Kaedah baru yang diperkenalkan oleh google benar-benar memberi keuntungan kepada penggiat program adsense. Kaedah yang saya maksudkan adalah Adsense For Domain.. kaedahkah namanya ni ? Apa-apalah, yang penting adsense for domain adalah salah satu cara berkesan untuk mendapatkan cash yang lebih kerap daripada google adsense.

Apa sebenarnya adsense for domain ini ? Jika anda mempunyai domain yang tidak dapat diurus atau sudah lama terabai, lebih baik settingkan untuk menjadikan ia mesih duit anda. Dengan melakukan sedikit setting, domain anda akan berfungsi sebagai mesin duit yang sangat berkuasa. Setelah semuanya selesai, anda tidak perlu melakukan post ke domain anda namun domain anda mampu memberikan anda duit mungkin lebih baik pulangannya daripada blog anda. Tiada domain bukan satu masalah kerana anda tahu dimana mendapatkan domain serendah RM3.00 setahun. Seperti yang saya beritahu dalam post yang lepas Co.CC juga ada aplikasi adsense for domain, boleh jadi anda dapat domain percuma. Walau bagaimanapun mempunyai domain untuk adsense for domain tidak sempurna jika tidak mampu menjadi mesin duit anda.

Satu pandua adsense for domain dalam bahasa Melayu menerangkan cara-cara setting adsense for domain telah dilancarkan oleh saudara Raja Kamil. Selain daripada menerangkan cara setting adsense for domain anda juga akan ditunjukkan dimana boleh mendapat domain dot com yang paling murah. Paling best anda akan tahu bagaimana menjana pendapatan adsense for domain. Panduan berbahasa Melayu yang saya maksudkan ialah panduanafd.com. Panduan ini mendapat sambutan yang amat memuaskan dan pembeli panduan ini sudah mula menjana pendapatan dengan adsense for domain. Jika tidak percaya boleh pergi ke forum wangcyber.com

Antara lain yang anda akan ketahui dengan panduan adsense for domain ini adalah ;

  • Bagaimana cara menarik trafik ke domain anda yang hanya menampilkan iklan sahaja.
  • Cara white hat untuk menarik trafik
  • Cara blackhat ( tetap best ) untuk menarik trafik
  • Cara mahal untuk mendapatkan trafik ( tetapi berbaloi jika ada duit lebih )
  • Banyak lagi yang bakal anda ketahui.

Untuk mendapatkan makluman lanjut sila layari panduanafd.com.

Mengapa perlu memulakan bisnes Internet ?

Saya ingin kongsikan kepada anda sebuah ebook percuma iaitu Panduan Asas Internet:  Klik di sini

Ebook ini akan menerangkan Panduan asas ke arah menjana pendapatan lumayan di internet.Di sini saya senaraikan beberapa sebab kenapa anda harus memulakan perniagaan internet :

1. Modal Rendah
Anda tidak memerlukan modal yang tinggi untuk memulakan perniagaan internet seperti mana perniagaan offline yang lain. Apa yang anda perlukan hanyalah idea, domain, internet akses, dan juga hosting. Semua ini hanya berharga kurang dari $100 sahaja!

2. Waktu Kerja Yang Fleksibel
Anda tidak perlu lagi bekerja dari 9-5 apabila memulakan perniagaan internet ini. Anda tidak perlu lagi bangun seawal pagi untuk tiba di tempat kerja. Anda boleh memilih masa bekerja yang anda suka. Segalanya anda tentukan sendiri.

3. Bekerja Dari Rumah
Di mana komputer anda, di situlah tempat anda bekerja. Anda boleh bekerja dari rumah anda sendiri. Anda tidak perlu terperangkap lagi dalam kesesakan jalan raya setiap pagi untuk ke tempat kerja. Dengan bekerja dari rumah, anda telah menjimatkan masa 2 jam setiap hari, iaitu masa yang anda ambil untuk sampai ke tempat kerja. Ini bermakna, dalam setahun anda mempunyai lebihan masa 730 jam!.Banyak tu, macam-macam boleh buat untuk tambah pendapatan

4. Pasaran Antarabangsa
Hanya dengan komputer dan internet akses, apa sahaja di dalam dunia ini berada di hujung jari anda. Internet ibarat dunia tanpa sempadan. Anda boleh mempromosikan produk anda ke seluruh dunia 24 jam sehari 7 hari seminggu. Gunakan kelebihan internet ini sebaiknya!

5. Perniagaan Yang Automatik/Autopilot
Perniagaan internet ini anda boleh automasikan segala proses tanpa anda perlu berada di depan komputer setiap masa. Duit akan masuk walaupun anda sedang tidur!

6. Tidak Perlu Bekerja 8 Jam Sehari
Menjalankan perniagaan internet memberikan anda kebebasan untuk memilih waktu anda bekerja. Anda tidak perlu lagi wajib bekerja 8 jam sehari. Segalanya terletak di tangan anda. Apabila perniagaan online anda boleh berjalan secara automatik,anda hanya perlu meluangkan masa mengikut keperluan perniagaan anda seperti menyemak email, mempromosikan website anda dan mengembangkan lagi perniagaan tersebut. Semuanya mungkin boleh diselesaikan dalam 3-4 jam sahaja.

7. Meluangkan masa bersama keluarga dan rakan
Menjalankan perniagaan online juga dapat memberi anda lebih masa bersama keluarga dan rakan-rakan. Malah, anda dapat melihat anak-anak membesar di depan mata anda. Anda mempunyai masa yang lebih berkualiti dengan orang-orang yang anda sayangi.

Dan banyak lagi sebenarnya faedah menjalankan perniagaan internet. Saya sarankan anda dapatkan segera Ebook percuma Panduan Asas Internet ini sekarang: Klik di sini untuk muat turun.


 Powered by Max Banner Ads 

Recommended: Panduan Minisite | List Produk Usahawan | Webmaster And Software | DataKL Hosting
Namecheap Hosting | Panduan Affiliate | Namsahaz Hosting | OneBytes Hosting | JomHosting | Video Online | Digital