Posts Tagged ‘jomhosting’

Your Ad Here
 Powered by Max Banner Ads 

Cara Untuk Setup Direct Domain Ke Blogspot

Salam sejahtera semua. Hari ni hari yang ke 12 kita berada di tahun baharu. Harap semua yang dirancang berjalan dengan baik. Bagi yang merancang mahu memiliki blog dengan menggunakan domain berbayar tetapi tidak mahu mendapatkan hosting, harap panduan ni dapat membantu anda untuk mencapai impian anda.

Memiliki blog sendiri dengan menggunakan nama domain berbayar tanpa menyewa hosting boleh menjimatkan perbelanjaan anda. Mungkin anda yang belum tahu seseorang itu boleh menggunakan nama domain impian tanpa hosting.  Sebenarnya boleh dengan melakukan setup direct domain pilihan ke blogspot. Caranya mudah, pertama anda mesti mempunyai domain berbayar. Katakan anda sudah mempunyai blog di blogspot rahsiakuasaforex.blogspot.com dan mahu menjadikannya rahsiakuasaforex.com. Beli domain rahsiakuasaforex.com kemudian lakukan beberapa setup berikut ;

Login ke akaun >>>

  1. Klik Products > List Last 10 Domains
  2. Klik Domain Name – Click To Manage
  3. Klik Tab DNS
  4. Klik pada butang Activate DNS
  5. Kemudian klik butang Auto-update the nameservers for me
  6. Klik Products > List Last 10 Domains
  7. Klik Managed DNS – Click To Manage
  8. Klik Manage DNS Record
  9. Klik CNAME Record
  10. Klik Add CNAME Record
  11. Isi kan seperti berikut:
  12. Di kotak Host name,masukkan : www Di Kotak Value,
    pilih kotak ke dua dan masukkan : ghs.google.com
    TTL biarkan pada 28800
  13. Tekan Add Record
  14. Login ke akaun blogspot anda
  15. Klik pada publishing di bawah tab Settings.
  16. Klik pada Switch to custom domain
  17. Kemudian masukkan URL domain berbayar anda
  18. Kemudian save setting tersebut. Done

Kini anda sudah memiliki blog dengan menggunakan domain berbayar mengikut pilihan anda tanpa menyewa hosting . Panduan ini adalah untuk hosting Malaysia Web Hosting . Blogspot membenarkan anda meletakkan iklan adsense yang boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan untuk membantu membiayai kos domain anda. Sekiranya mempunyai masalah , baca lebih lanjut di sini.


 Powered by Max Banner Ads 

Recommended: Panduan Minisite | List Produk Usahawan | Webmaster And Software | DataKL Hosting
Namecheap Hosting | Panduan Affiliate | Namsahaz Hosting | OneBytes Hosting | JomHosting | Video Online | Digital