Posts Tagged ‘Hosting’


 Powered by Max Banner Ads 

Cara Untuk Setup Direct Domain Ke Blogspot

Salam sejahtera semua. Hari ni hari yang ke 12 kita berada di tahun baharu. Harap semua yang dirancang berjalan dengan baik. Bagi yang merancang mahu memiliki blog dengan menggunakan domain berbayar tetapi tidak mahu mendapatkan hosting, harap panduan ni dapat membantu anda untuk mencapai impian anda.

Memiliki blog sendiri dengan menggunakan nama domain berbayar tanpa menyewa hosting boleh menjimatkan perbelanjaan anda. Mungkin anda yang belum tahu seseorang itu boleh menggunakan nama domain impian tanpa hosting.  Sebenarnya boleh dengan melakukan setup direct domain pilihan ke blogspot. Caranya mudah, pertama anda mesti mempunyai domain berbayar. Katakan anda sudah mempunyai blog di blogspot rahsiakuasaforex.blogspot.com dan mahu menjadikannya rahsiakuasaforex.com. Beli domain rahsiakuasaforex.com kemudian lakukan beberapa setup berikut ;

Login ke akaun >>>

  1. Klik Products > List Last 10 Domains
  2. Klik Domain Name – Click To Manage
  3. Klik Tab DNS
  4. Klik pada butang Activate DNS
  5. Kemudian klik butang Auto-update the nameservers for me
  6. Klik Products > List Last 10 Domains
  7. Klik Managed DNS – Click To Manage
  8. Klik Manage DNS Record
  9. Klik CNAME Record
  10. Klik Add CNAME Record
  11. Isi kan seperti berikut:
  12. Di kotak Host name,masukkan : www Di Kotak Value,
    pilih kotak ke dua dan masukkan : ghs.google.com
    TTL biarkan pada 28800
  13. Tekan Add Record
  14. Login ke akaun blogspot anda
  15. Klik pada publishing di bawah tab Settings.
  16. Klik pada Switch to custom domain
  17. Kemudian masukkan URL domain berbayar anda
  18. Kemudian save setting tersebut. Done

Kini anda sudah memiliki blog dengan menggunakan domain berbayar mengikut pilihan anda tanpa menyewa hosting . Panduan ini adalah untuk hosting Malaysia Web Hosting . Blogspot membenarkan anda meletakkan iklan adsense yang boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan untuk membantu membiayai kos domain anda. Sekiranya mempunyai masalah , baca lebih lanjut di sini.

Cara setting adsense for domain di co.cc

Salam sejahtera semua. Hari ini saya kongsikan kepada anda bagaimana menjana pendapatan melalui program adsense. Adsense  tentu sudah sabati dengan aktiviti buat duit melalui blog anda. Biasanya anda mengambil kod adsense daripada ads content kemudian meletakkan kod adsense di blog. Satu cara lagi menjana pendapatan dengan adsense adalah melalui adsense for domain. Bagi yang ada akaun adsense sudah tentu sudah tahu mengenainya tetapi berapa ramai yang sudah mempraktikkannya ?

Post saya kali ini menerangkan secara ringkas cara-cara setting adsense for domain dengan menggunakan hosting co.cc. Sebenarnya tidak rumit melakukan setting adsense for domain di co.cc. Hanya lebih kurang 5 kali klik perkataan set up, setting anda sudah selesai. Ok, mari kita mulakan menjana pendapatan program adsense for domain. Pertama sekali buka akaun di co.cc. Pilih domain kegemaran anda sebagai contoh duitraya.co.cc. Buatlah langkah seterusnya sehinggalah anda selesai buka akaun.

Langkah seterusnya, login ke akaun adsense anda kemudian klik adsense for domain. Anda masukkan nama domain yang anda hendak setting dalam adsense for domain sebagai contoh duitraya.co.cc. Untuk pilihan bahasa, pilih sahaja bahasa Inggeris kemudian klik submit. Anda akan dibawa ke paparan seterusnya iaitu 4 nombor ip address dan pub adsense anda. Saya cadangkan agar anda jangan keluar daripada paparan tersebut sehingga setting di DNS anda selesai. Mengapa ? Terlalu banyak ip address yang perlu diingat.

Langkah ketiga, pergi semula ke akaun co.cc yang anda baru buat sebentar tadi. Lihat perkataan manage DNS. Klik setup dan keluar arahan meminta name server. Untuk Name server anda kena minta dengan hosting yang anda sewa. Saya tidak pasti jika ada cara lain. Jika ada, bolehlah kongsikan bersama di ruang komen ya.

cpanel-co-cc

Langkah seterusnya klik Zone Records. Di bahagian ini anda akan melihat perkataan Host,TTL,Type, dan Value. Untuk proses yang pertama, isikan Host dengan www, TTL tetapkan pada kedudukan  ID, bahagian Type pilih CNAME, dan untuk Value isi pub-xxxx.afd.ghs.google.com ( copy diakaun adsense anda ), kemudian klik set up. Selesai langkah pertama di bahagian Zone Records. Ulangi langkah sama tetapi kandungan berbeza dari tadi. Host biarkan kosong, TTL tetapkan ID, Type pilih A dan Value masukkan ip address yang boleh didapati di akaun adsense anda. Itulah saya cadang supaya jangan keluar dari paparan adsense tadi..hehee. Nombor-nombor itu adalah 216.239.32.21, 216.239.34.21, 216.239.36.21 dan 216.239.38.21. Jangan masukkan sekali tau, lakukan secara berselang seli. Ingat, setiap kali selesai isi setiap item, jangan lupa klik set up. Akhirnya anda mempunyai 5 rekod di Zone Records iaitu 4 ip address dan satu CNAME google adsense anda. Sehingga disini anda sudah selesai melakukan setting adsense for domain. Jika tiada masalah, adsense for domain anda akan di approve oleh google kurang daripada 2 jam.

Sampai sini sahaja tips kali ini. Semoga ia membantu anda melakukan setting adsense for domain di co.cc.  Saya baru sahaja melakukan setting adsense for domain di Godaddy. Sudah approve pun. Saya akan tunjukkan bagaimana cara setting adsense for domain dengan godaddy dalam masa terdekat. Saya tunjukkan kepada anda bagaimana melakukan setting di godaddy yang lebih mudah berbanding co.cc. Jadi jangan ketinggalan berkunjung di blog ini.

DataKL.Com naik harga ?

Saya baru perasan harga domain dan hosting tempat saya hostkan blog ini sudah meningkat. Tidak pasti bila
dan mengapa ia dinaik. Namun yang pasti harga domain dan web space sudah naik.

setahun lepas saya beli domain di datakl cuma RM35 sahaja untuk satu tahun. Kini harga tu sudah naik
kepada RM40 untuk setahun. Mungkin datakl melihat kepada harga domain yang ditawarkan oleh penyedia hosting lain juga menawarkan harga RM40 setahun. Harga hosting juga naik RM5. Pakej datamini pada asalnya cuma RM60 kini RM65 untuk satu tahun. Pakej yang saya ambil dataone mengalami kenaikan yang agak tinggi. Masa saya beli dulu, harganya cuma RM130 setahun, kini RM145 setahun.

Walaupun ada sedikit kenaikan tetapi saya masih sukakan datakl. Selama saya duduk bersama datakl ini rasanya belum pernah saya menghadapi masalah terutama benda yang paling saya tidak suka iaitu saverdown. Buka saya blog saya ini pasti boleh mencapainya. Apapun kenaikan harga ini tidak jauh beza dengan penyedia hosting yang lain. Malah ada penyedia hosting yang mengenakan bayaran yang lebih mahal daripada ini tapi mereka tetap menjadi pilihan kerana servisnya yang baik. Hendak dapatkan hosting yang paling murah jika selalu terkeluar perkataan ” Oops! This link appears broken” di browser uncle google tidak ada erti juga. Bagi usahawan internet, itu adalah satu kerugian yang sangat besar. Jika seseorang itu atau blogger orang tu buat duit dengan adsense, entah berapa klik sudah ia kerugian.

Kalau sudah jatuh hati berblog, harga bukan lagi ukuran apa lagi jika blog itu mampu membuat duit. Asalkan servis penyedia hosting adalah yang terbaik ia tetap pilihan dihati.Ini mengikut cita rasa masing-masing. Ada yang mementingkan harga dan ada juga yang mementingkan kualiti. Tapi kalau kedua-duanya dapat dimiliki dalam masa yang sama lagi bagus. Murah + Kualiti = kepuasan

Tips memilih Web hosting 2009

Salam sejahtera semua. Kali ini saya mengambil kesempatan untuk buat sedikit informasi mengenai perkhidmatan hosting. Hendak membangunkan blog berbayar seseorang harus sewa hosting daripada penyedia hosting. Bagi yang belum memiliki hosting berbayar, teruskan membaca sebelum mengambil keputusan mendapatkan hosting berbayar.

Memilih hosting secara rambang adalah sangat mudah tetapi anda harus berhati-hati memilih hosting jika sekiranya berniat membeli web hosting. Banyak hosting di Malaysia menawarkan harga, kemudahan dan tawaran hebat. Disini saya terangkan sedikit tips-tips memilih hosting agar tidak akan menyesal dikemudian hari atau meluahkan rasa tidak puas hati di ruang forum. Sebelum anda mengambil keputusan untuk membeli ruang hosting beberapa perkara yang sepatutnya diambil perhatian.

1. Customer Service Baik

Bahagian ini sangat penting diambil perhatian. Pastikan customer service penyedia hosting adalah baik bagi memudahkan anda berurusan apabila anda menghadapi sebarang masalah di kemudian hari. Bagi mempastikan sejauh mana baiknya customer service penyedia hosting anda boleh cari review pelanggan.

2. Harga web space

Ada banyak tawaran yang di berikan oleh pengendali hosting. Buat survey sebelum melakukan pembayaran. Pastikan apa tujuan beli hosting. Jika untuk web jualan, mungkin anda memerlukan web space yang kecil. Jika anda buat blog, mungkin anda memerlukan ruang yang sederhana besar.Harga setiap MB yang ditawarkan oleh penyedia web hosting tidak sama jadi buat survey sebelum melakukan pembayaran.

3. Fungsi hosting

Saya mencadangkan mendapatkan hosting yang menggunakan control panel fungsi cpanel. Fungsi cpanel lebih mudah dan tersusun selain daripada menjimatkan masa anda. Fungsi cpanel juga mempunyai banyak function yang memudahkan kerja.

4. Unlimited features

Buat survey, anda pasti akan terjumpa banyak unlimited yang ditawarkan oleh penyedia hosting. Saya menyarankan agar anda mendapatkan hosting yang menawarkan unlimited mysql database, unlimited subdomain, unlimited bandwith  dan banyak lagi features lain. Perkara ini penting jika anda mahu buat akaun yang banyak.

Empat tips di atas sudah memadai untuk dijadikan panduan untuk mendapatkan hosting untuk blog anda. Di bawah adalah hosting-hosting yang terdapat di Malaysia. Sila buat perbandingan hosting berdasarkan tips yang diberikan di atas.

Namsahaz.com

Namsahaz menawarkan harga serendah RM0.06/MB. Anda boleh membeli web space mengikut kemampuan anda. Ciri-ciri lain adalah unlimited email, unlimited bandwith, unlimited subdomain, unlimited MYSQL database dan banyak lagi. Namsahaz menggunakan fungsi cpanel di control panelnya. Untuk makluman lanjut layari laman web http://www.Namsahaz.com.

DataKL.com

DataKL menawarkan beberapa pakej iaitu pakej DataMini (RM65/2GB/Year),DataOne (RM145/10GB/Year), DataSuper (RM55/35GB/Month). Setiap pakej mempunyai ciri-ciri yang sama iaitu unlimited email,  unlimited subdomain, unlimited MYSQL database. Ciri-ciri lain seperti programming,email, site control, anda boleh perolehi dengan melawati laman web http://www.datakl.com.

SempoiHosting

SempoiHosting menawarkan harga mengikut kemampuan anda. Ini bermakna pelanggan yang menentukan harga. Seperti hosting namsahaz dan datakl, sempoi hosting juga menawarkan ciri-ciri tambahan yang serupa.

Hosting lain yang popular di Malaysia adalah planhoster.com, mercumaya.net, exabytes.com.my, Onebytes.com dan banyak lagi. Untuk mendapatkan maklumat kelebihan setiap penyedia hosting ini, pergi ke laman web ni dan baca ciri-ciri yang tambahan yang ditawarkan oleh penyedia hosting.

Menjana Pendapatan Secara Online

Salam sejahtera kepada pengunjung blog saya yang saya namakan blog panduanasasweb yang dihostkan di DataKL. Mungkin anda tertanya-tanya sebab saya menggunakan domain panduanasasweb. Idea untuk mengambil nama panduanasasweb timbul apabila saya berjaya melakukan setting blog sendiri dan mungkin suatu hari nanti saya akan adakan perkhidmatan setting blog pada kadar mampu bayar disamping memberikan tips-tips setting blog secara percuma. Kejayaan saya setting blog ini adalah ekoran daripada tekad untuk mahir dalam setting blog disamping mendapatkan ebook cara-cara setting blog sendiri yang ditulis oleh smartzul. Selain daripada pandai setting blog sendiri, sedikit-sebanyak saya boleh setting bahagian cpanel. Sebelum ini, saya meminta khidmat setting blog daripada dinberamboi dengan kadar bayaran yang amat berpatutan kerana khidmat beliau bukan setakat disitu sahaja tetapi beliau sentiasa melayan setiap pertanyaan daripada pelanggannya. Saya berkecimpung dalam dunia blog apabila menyedari blog boleh manjana pendapatan secara online sehinggakan ada blogger yang mampu bergelar jutawan.

DataKL menjadi hosting pilihan setelah mengambil kira dari segi kos. Setelah membuat perbandingan harga, saya dapati DataKL memberi nilai kepada saya. Disamping harga yang murah, sokongan selepas pembelian juga sangat baik. Tanya berapa soalan pun, mereka akan memberikan respon yang sangat baik. Tidak keterlaluan saya katakan kakitangan DataKL memang sangat mesra pelanggan.

Blog ini bukanlah blog berbayar saya yang pertama. Sebelum ini saya sudah berjaya membina sebuah blog berbayar cuma menggunakan sub domain sahaja. Berdasarkan kepada pengalaman saya, blog sangat mudah dikendalikan untuk menjana pendapatan di internet. Dengan blog baru saya ini diharap dapat membantu anda untuk bersama-sama menjana pendapatan di internet.

Bagi yang belum memulakan langkah menjana pendapatan di internet, janggan tunggu kerana sesungguhnya anda akan menikmati apa yang anda mahu jika benar-benar serius dalam menjana pendapatan secara online.

Ketahui kelebihan-kelebihan hosting di DataKL jika bercadang buat laman blog sendiri.


 Powered by Max Banner Ads 

Recommended: Panduan Minisite | List Produk Usahawan | Webmaster And Software | DataKL Hosting
Namecheap Hosting | Panduan Affiliate | Namsahaz Hosting | OneBytes Hosting | JomHosting | Video Online | Digital