Posts Tagged ‘email’


 Powered by Max Banner Ads 

Senarai email adalah duit

Salam sejahtera semua. Sekali lagi menyentuh tentang pemasaran email dan duit. Seperti yang saya tulis dalam artikel terdahulu, ramai usahawan berjaya melalui pemasaran email. Fakta senarai email adalah duit memang ada kebenarannya. Bagaimana senarai email itu dikatakan sama dengan duit ?? Huhh.. bayangkan seseorang itu mempunyai senarai email yang banyak, katakan senarai paling sedikit 500 senarai email. Sudah tentu pemilik senarai email itu sentiasa berhubung dengan 500 orang tadi dari semasa ke semasa. Daripada situ anda sudah membayangkan faedah yang dinikmati dengan mempunyai senarai email yang banyak.

Berapa ramai yang mengindahkan kuasa sebenar pemasaran email ini ? Sebenarnya di Malaysia tidak ramai yang mengindahkan kuasa pemasaran email. Kebanyakan usahawan lebih percaya dengan kuasa pengiklanan dan juga blogging. Mungkin salah satu sebabnya adalah kerana kurang pendedahan tentang kuasa pemasaran email.

Dapatkan sistem autoresponder sama ada yang berbayar seperti aweber ataupun yang percuma seperti easyautoresponder kemudian mulakan kempen mengumpul senarai email. Mengumpul senarai email dengan menggunakan sistem autoresponder adalah sangat penting kerana cara ini adalah sah dan email anda tidak dianggap SPAM. Katakan anda mula mengumpul 1 email sehari, sebulan 30 email dan setahun 365 email. Itu  target yang paling sempoilah. Jika anda mengumpul 10 email dalam sehari, setahun sudah 3650 ? Cuba bayangkan pula anda diam-diam dalam masa setahun tanpa mengumpul senarai email.. anda sudah banyak kerugian.

Apabila seseorang itu mempunyai senarai email yang banyak sudah tentu ia lebih mudah memasarkan produk. Bayangkan jika mempunyai 3650 senarai email, hanya dengan satu klik maka promosi sudah dihantar kepada 3650 orang pelanggan dalam masa yang singkat. Pemasaran email juga boleh digunakan untuk mempromosi affiliate anda. Anda boleh menghantar email secara berkala kepada senarai email anda untuk memberikan perangsang kepada pelanggan. Anda mungkin membuat review di blog tetapi tidak bermakana pelawat blog terus membeli produk tersebut. Mungkin mereka masih berfikir sebelum membuat keputusan untuk membeli produk. Apabila pelawat blog tadi meninggalkan blog anda, mereka sudah melupakan produk yang anda promosikan. Betapa rugi jika mempromosi produk yang bagus kemudian pelanggan berfikir 50-50 terhadap produk tersebut, dan anda pula tidak meletakkan borang opt-in.  Ini menyebabkan anda kehilangan pelanggan yang berpotensi membeli produk anda kerana tidak meletakkan borang opt-in untuk melakukan follow-up kepada pelanggan.

Ramai usahawan yang masih kabur dengan kuasa email dan mungkin anda juga salah seorang daripada usahawan yang tidak melakukan pemasaran email. Mungkin kerana anda belum mempunyai pendedahan mengenai dengan kuasa pemasaran email. Untuk makluman anda, Team Aspirasi Cyber telah  menyiapkan sebuah ebook berkenaan pemasaran email  yang anda boleh dapatkannya secara percuma di blog.panduanasasweb.com/kuasa-pemasaran-email .

Tips pemasaran email marketing

Pemasaran email merupakan bentuk pemasaran langsung yang menggunakan email sebagai bentuk komunikasi terhadap penerima email. Setiap email yang dikirimkan ke bakal pelanggan boleh dianggap email pemasaran.

Pemasaran email adalah cara terbaik untuk memberikan keyakinan kepada pelanggan agar teringatkan anda apabila mereka bersedia untuk membuat pembelian sesuatu produk. Namun, anda harus melakukannya dengan cara yang betul. Ini bererti bahwa email anda adalah pemasaran email yang sah, bukannya spam.
Anda perlu memahami perbezaan antara spam dan bukan spam. Spam adalah apabila anda tidak meminta email, anda tidak tahu si pengirim, subjek perbincangan yang menyesatkan, dan tidak relevan dengan kandungan, dan tidak dapat menyekat si pengirim daripada terus menghantar email kepada anda.

Untuk menjayakan sistem pemasaran email, anda hendaklah terlebih dahulu mendapatkan sistem autoresponder yang boleh mendapatkan list dengan cara yang sah. Tanpa list yang ramai, pemasaran email tidak akan berlaku. Jika anda mahu berjaya dalam pemasaran email, jangan berlengah lagi untuk mendapatkan autoresponder. Anda boleh mendapatkan perkhidmatan autoresponder daripada aweber pada kadar sewa bulanan yang berbaloi. Anda juga boleh mendapatkan sistem autoresponder yang dipasang sendiri dihosting anda iaitu easyautores. Ia mempunyai kelebihan iaitu tanpa yuran bulanan. Ia mempunyai fungsi yang sama iaitu sistem autoresponder.

Disini adalah beberapa tips untuk newsletter email :

  • Pastikan masa anda efektif dengan mengatur kandungan folder newsletter pada PC anda.
  • Mempelajari tentang minat pembaca anda, dengan menggunakan laporan analisa tentang jumlah orang yang membuka email anda atau yang mengklik link.
  • Memantau newsletter pesaing anda untuk mendapatkan lebih banyak idea.
  • Gunakan search engine untuk mencari tema dan topik yang relevan mengenai perniagaan anda, produk dan perkhidmatan.
  • Cari rakan perniagaan di newsletter yang lain atau perniagan yang bukan pesaing anda.
  • Selalu galakkan pembaca anda untuk memberikan maklum balas.
  • Kurangkan kekerapan atau panjang newsletter bagi mengelakkan para pembaca daripada hilang minat.

Pemasaran email adalah kaedah yang terbaik untuk mempromosikan produk berbanding dengan kaedah blog. Usahawan internet yang berjaya sendiri mengakui akan kuasa pemasaran email. Guru usahawan sentiasa berkata, wang ada dalam mailing list. Jadi jangan berlengah lagi untuk mendapatkan sistem autoresponder anda. Salam kejayaan.

Your Ad Here
 Powered by Max Banner Ads 

Recommended: Panduan Minisite | List Produk Usahawan | Webmaster And Software | DataKL Hosting
Namecheap Hosting | Panduan Affiliate | Namsahaz Hosting | OneBytes Hosting | JomHosting | Video Online | Digital