Posts Tagged ‘Buat Duit’


 Powered by Max Banner Ads 

Buat Duit Di Internet: Wajib Ada Akaun Paypal

Paypal Oh Paypal. Kalau sebut buat duit di Internet, nama Paypal pasti akan disebut paling kurang sekali. Agaknya mengapa? Mudah sahaja jawapannya, sebab akaun Paypal amat mudah untuk dibuka dan digunakan.

Jika mahu buat duit di Internet terutama di pasaran luar, sama ada menjual produk digital, produk fizikal, servis atau program buat duit, Paypal amat-amat membantu. Boleh dikatakan 85% kebanyakan program dan usaha buat duit menggunakan Paypal.

Masakah tidak, anda mampu menerima bayaran daripada pelanggan dalam masa beberapa saat sahaja! Dan anda dapat menggunakan wang itu terus tanpa menunggu tempoh bertenang. Menarik bukan? Tapi ia tidak menarik jika anda tidak mempunyai akaun Paypal. :)

Jika anda masih belum ada akaun Paypal yang sah (verified), usah gusar dan pening kepala kerana ada panduan yang boleh membantu anda, iaitu Panduan Asas Paypal.

Walaupun ia boleh membantu, ia sekadar membantu proses kefahaman anda dan menjelaskan langkah demi langkah yang perlu anda lakukan. Ia tetap memerlukan usaha dan tindakan daripada anda. Sedikit sebanyak panduan ini menunjukkan jalan apa yang perlu dilakukan dengan tertib dan teliti.

Dapatkan panduan ini dengan segera, beserta material-material tambahan yang disediakan bersama seperti video penerangan ringkas. Video ini adalah bahan tambahan sahaja agar apa yang dibaca pada ebook akan lebih difahami. Pergi ke http://www.duitdigital.com untuk mendapatkan keterangan lanjut.

Teknik mudah affiliate

Saya baru sahaja selesai mendownload dan melihat secara sepintas lalu produk terbaru smartzul iaitu Teknik Mudah Affiliate. Ini bukanlah produk pertama daripada smartzul saya beli. Sebelum ini saya sudah membeli ftpcaramudah, Panduan Kit Blogger, dan sistem DPP. Mengapa saya tidak pernah terlepas mendapatkan hasil kerja saudara Smartzul adalah kerana produk yang dihasilkan oleh beliau sangat bagus. Bukan memuji sangat dengan smartzul tapi kalau bukan kerana panduan kit blogger beliau, belum tentu saya dapat membangunkan blog ini. Lagipun memang produk beliau memenuhi citarasa saya…

Begitu juga dengan produk terbaru yang diperkenalkan oleh Smartzul. Walaupun baru tengok-tengok tapi saya yakin dengan teknik yang dinyatakan oleh smartzul berkesan untuk menjana pendapatan melalui program affiliate secara berterusan. Tidak perlulah saya kongsikan teknik beliau disini kerana saya sendiri melabur sebanyak RM60 untuk mendapatkan teknik tersebut. Kalau mahu mengetahui teknik yang diajar oleh Smartzul kenalah beli sendiri Teknik Mudah Affiliate di http://smartusaha.com/teknikmudah. Secara ringkasnya saya berikan gambaran tentang teknik dalam pakej TMA ;

[+] Diberikan material untuk segera bermula.
[+] Didedahkan produk sebenar yang boleh dipromosi.
[+] Baca, faham dan terus boleh buat.
[+] Teknik yang boleh diduplikasi untuk produk-produk lain.
[+] Mampu menjana komisen affiliate secara ’santai’.

Jika anda mengatakan pakej ebook ini sama dengan ebook lain, anda silap. Kebanyakan ebook lain hanya memberikan
anda kaedah tanpa membantu anda terus bermula. Tetapi tidak untuk pakej TMA ini. Anda akan diberikan panduan termasuk material serta cadangan produk untuk anda promosi.

Kalau berminat dengan Teknik Mudah Affiliate ni, dapatkan segera kerana smartzul bagi kuota untuk 150 orang sahaja. Setelah mencapai 150 orang pembeli, jualan akan ditutup. Bonus yang di tawarkan pun menarik juga tu. Dapatkan Teknik Mudah Affiliate sekarang..

Jana wang besar dengan affiliates

Contoh Komisyen Affiliate

Mengambil tajuk daripada iklan banner EruwanGerryAffiliates.Com yang membuka keahlian menjadi agen affiliates terhadap beberapa produk Eruwan Gerry. Jana wang besar sesuai dengan komisyen yang tinggi diberikan kepada agen affiliate. Sepintas lalu saya dapati ada produk yang komisyennya sehingga RM50 bagi setiap jualan. Bayangkan jika melakukan 2 jualan, agen sudah dapat komisyan RM100.Itu jika dua jualan, jika lebih daripada itu???  Huhh..ni yang semangat untuk melakukan promosi.

Jika mahu buat duit dengan affiliate, komisyen yang tinggi adalah salah satu ciri sebab seseorang tu menjadi agen affiliates terhadap sesuatu produk. Banyak jualan banyaklah komisyen yang diperolehi. Bagusnya menjadi agen affiliate EruwanGerryAffiliates.Com ni, anda cuma buka satu akaun dan boleh promosi pelbagai jenis produk.

Jika anda belum menyertai affiliates EruwanGerryAffiliates.Com yang memberikan komisyen yang tingggi, daftarlah secara percuma sahaja. Agen affiliates akan disediakan bahan pengiklanan seperti email dan banner yang menarik.

Cara mudah upload themes wordpress

Perisian fail Zila biasa digunakan untuk mengupload apa-apa juga fail atau dokumen ke hosting termasuk juga themes wordpress untuk blog. Tahukan anda ada cara mudah untuk mengupload themes wordpress?. Bagi yang memiliki blog dot com yang berasaskan wordpress, cuba cara mudah mengupload themes ni. Bagi yang dah mengaplikasi dan mempunyai tips tambahan, boleh tinggalkan tips diruang komen.

Untuk mengupload themes wordpress dengan langkah mudah, pertama anda login ke blog anda. Di bahagian dashboard ada banyak menu seperti posts, media, links, pages dan banyak lagi. Klik pada menu Appearance. Di bahagian Appearance tu ada themes, widget, editor dan Add New Themes bagi wordpress 2.9.1 ke atas. Klik pada menu Add New Themes atau jika tidak ada perkataan Add News Themes, klik Themes.

Selepas mengklik Add New Themes atau Themes, paparan baru akan tampil iaitu di bahagian Install New Themes. Klik perkataan upload dan seterusnya klik browse untuk cari themes anda yang terdapat di PC anda. Pastikan themes yang anda upload tu dalam format zip. Setelah memilih themes yang dikehendaki, klik install. Proses menginstall themes wordpress anda sudah selesai.

Sekiranya proses menginstall themes berjaya, paparan  seperti diatas akan muncul. Semoga panduan ringkas ini dapat membantu.

Panduan Autoresponder edisi percuma

Panduan autoresponder sudah banyak kali diperkatakan, dibincangkan dan dihuraikan oleh usahawan-usahawan internet. Sekali lagi bakal usahawan yang berminat mengembangkan pendapatan diinternet berpeluang mendapatkan ebook panduan ringkas berkaitan denganpanduan  autoresponder yang ditulis oleh saudara Rahman Basri. Walaupun saya katakan panduan ini ringkas tetapi tidak bermakna panduan yang dikongsikan itu tidak memberi manfaat kepada pembaca. Saya sudah mendownload dan membaca semua maklumat yang dikongsikan oleh saudara Rahman dan saya boleh katakan panduan autoresponder edisi percuma beliau ini cukup berinformasi. Saudara Rahman Basri ini boleh dikatakan usahawan muda kerana beliau baru sahaja menceburi keusahawanan internet sekitar Ogos 2009. Namun dalam masa yang singkat beliau talah menjana pendapatan ribuan ringgit. Dan rahsia kejayaan beliau adalah dengan mengumpul mailing list. Hasil daripada penerokaan beliau dalam pemasaran email, Saudara Rahman Basri akhirnya menulis ebook mengenai dengan panduan autoresponder sebagai panduan kepada usahawan yang masih tercari-cari panduan apa sebenarnya autoresponder dan panduan ini kini dipasaran yang diberi secara percuma pula. Ebook panduan autoresponder ini adalah pengalaman sebenar saudara Rahman Basri sendiri menggunakan dan menjana pendapatan dengan teknik mailing list dan autoresponder.

Terdapat beberapa bahagian yang telah dijelaskan dengan terperinci oleh saudara Rahman Basri dalam ebook panduan autoresponder edisi percuma seperti berikut ;

Bab 1. Mengenali Sistem Autoresponder

  • Kenali Apa itu mailing list
  • Cara mengumpul senarai email
  • Kelebihan mengumpul email secara sah
  • Maksud sistem Autoresponder
  • Sebab perlunya autoresponder
  • Jenis-jenis autoresponder

bab 2. perbezaan antara sistem autoresponder aweber,getrespon dan norabots

bab 3. Cara melanggan autoresponder berbayar

bab 4. Teknik menjana pendapatan dengan Autoresponder

  • Kita kerugian RM20,000 setahun
  • Menjana pendapatan dengan program affiliate

bab 5. Beralih autoresponder

  • Bagaimana mengekalkan subscriber asal.

Ebook panduan autoresponder edisi percuma ini sangat berinformasi khususnya bakal usahawan yang belum mengenali atau mempunyai sistem autoresponder. Untuk keterangan lanjut mengenai ebook panduan Autoresponder ini sila ke laman web panduanemail.com.

Panduan buat duit dengan affiliate

Salam sejahtera semua pembaca. Sejak akhir-akhir ini ada banyak panduan bagaimana buat duit dengan program affiliate. Bingung jadinya kerana tidak tahu panduan mana satu yang paling baik untuk diri sendiri dan benar-benar berkesan memberikan keuntungan  kepada peserta program affiliate. Saya akan listkan panduan-panduan buat duit dengan affiliate dan terpulanglah kepada anda pilih panduan mana satu untuk dijadikan panduan. Walaupun panduan ini ditulis oleh orang yang berbeza namun mereka mempunyai kelebihan dan kepakaran masing-masing dan mempunyai sejarah kegemilangan dalam program affiliate.  Sebelum tu saya cuba kongsikan bagaimana saya membuat duit dengan program affiliate. Saya bukanlah pakar dalam bidang ini tetapi setakat saya mengamalkan teknik-teknik ini, saya belum pernah tidak mendapat komisyen.Terdapat beberapa teknik yang biasa saya lakukan antaranya;

1. Pengiklanan.
Jika anda rajin berkunjung ke laman web Berita Harian Online ataupun di portal lelong.com.my, banyak iklan-iklan yang terdapat di situ. Iklan tersebut bukan milik Berita Harian Online mahupun lelong.com.my. Sebenarnya iklan tersebut milik para pengiklan sama ada mempromosi produk sendiri ataupun program affiliate. Pengiklan memilih portal ini sebagai tempat pengiklanan kerana portal ini mempunyai bilangan pengunjung yang ramai setiap hari. Mengiklan di Berita harian Online ataupun di lelong.com.my adalah berbayar dan kadar bayarannya pula bergantung kepada bentuk dan saiz iklan.Kesimpulannya,kalau ada seribu mengklik iklan yang anda pasang,mustahil seorangpun tidak tersangkut.

2. Program PPC.
Program pengiklanan PPC sangat popular. Antara program PPC seperti google adwords, Bidvertiser dan Adbrite. Program PPC paling popular bagi saya ialah google adwords. Saya biasanya menggunakan khidmat google adwords apabila saya mengiklankan sesuatu produk di clickbank untuk pasaran antarabangsa. Bayaran bagi pengiklanan di google adwords ni bergantung kepada nilai bid keywords. Walaupun tidak pernah menjadi super affiliate tetapi sekurang-kurangnya adalah untung sikit.

3. Blogging.
Blogging juga adalah salah satu teknik yang berkesan. Buatlah review produk dan jangan lupa letakkan link affiliate di akhir. Sukar untuk melakukan review jika sekiranya tidak mendapatkan dan menggunakan produk yang hendak dipromosikan. Untuk kes ni mungkin anda gempakkan produk baru yang ada dalam pasaran dan buat sedikit ulasan berpandukan surat jualan.

Ini sahaja teknik yang biasa saya lakukan untuk menjana pendapatan melalui program affiliate. Sebenarnya ada banyak lagi teknik-teknik lain yang saya tahu tetapi saya kurang mempraktikkanya.Ini adalah kerana saya hanya menumpukan beberapa teknik sahaja. Antara lain teknik mempromosikan link affiliate ialah teknik mailing list, forum dan banyak lagilah. Berbalik kepada panduan affiliate, sekiranya teknik yang saya jelaskan ni kurang memuaskan, anda boleh mendapatkan panduan-panduan affiliate daripada usahawan yang sudah berjaya menjana pendapatan dengan affiliate. Saya katakan diorang berjaya kerana mereka ni pernah memenangi beberapa peraduan top affiliate dan menjana ribuan ringgit melalui program affiliate dalam masa sebulan. Panduan-panduan affiliate yang saya sarankan adalah seperti di bawah ni..pilih mana satu yang berkenan di hati.

Panduan Affiliate Plus
Ditulis oleh Saudara Ammar Zahar
Rekod cemerlang top affiliate Rahsia Clickbank.
http://affiliateaplus.com/

Panduan Pakar Affiliate
Ditulis oleh zamri Nanyan
Menjana ribuan ringgit setiap bulan
melalui program affiliate
http://pakaraffiliate.com

Panduan Affiliate Kerajaan
Ditulis oleh Jamaluddin Bahari
Rekod cemerlang banyak menjuarai top affiliate
tempatan dalam cabaran affiliate.Beliau juga pernah
digelar King Of Affiliate.
http://www.affiliatekerajaan.com


 Powered by Max Banner Ads 

Recommended: Panduan Minisite | List Produk Usahawan | Webmaster And Software | DataKL Hosting
Namecheap Hosting | Panduan Affiliate | Namsahaz Hosting | OneBytes Hosting | JomHosting | Video Online | Digital