Posts Tagged ‘blogging’


 Powered by Max Banner Ads 

Sumber terbaik buat duit untuk blogger

Blog adalah tempat seseorang untuk menyatakan perasaan, pandangan atau panduan untuk dikongsikan kepada pembaca artikelnya. Blog adalah serampang dua mata kerana ketika blogger itu menuliskan pandangannya, pada masa yang sama blogger menjana pendapatan atau membuat duit daripada blognya. Sememangnya ada banyak benda di internet yang boleh buat duit kepada blog blogger. Wah, blog sememangnya boleh mendatangkan wang yang sungguh lumayan. Jika seseorang blogger itu makan  gaji maka ia mempunyai pendapatan sampingan melalui blognya hanya dengan 3 jam bekerja di internet. Apapun blog itu hendaklah blog yang berinformasi yang memberikan nilai kepada pembaca blog. Blog peribadi pun berupaya memberikan duit, bergantung bagaimana pemilik blog itu menggoleh kandungan blog.

Pada asasnya buat duit dengan blog tidak semestinya seseorang blogger itu menceritakan bagaimana menjana pendapatan dengan blog. Mungkin blogger itu menceritakan apa kebaikan memiliki blog dan seterusnya memberikan sedikit panduan bagaimana membuat blog dan seterusnya bawa pembaca ke laman web  yang menjual cara-cara membuat blog. Seseorang blogger boleh mempelbagaikan tajuk artikel mengikut kepakaran blogger itu sendiri umpamanya bercerita tentang teknologi, tentang penjagaan kesihatan, atau buat duit di internet.  Apapun pembentukan sikap juga sangat penting jika benar-benar mahu menjana pendapatan dengan blogging. Teruskan menulis di blog walaupun belum mendapat apa yang diharapkan yakni buat duit dengan blog…

Sambil anda menulis di blog anda sebagai salah satu hobi anda, saya kongsikan sumber-sumber yang boleh mendatangkan duit untuk blog anda. Bagi yang sudah bergelar pakar, sudah tentu sudah mengetahui lubang-lubang sumber pendapatan di internet. Google adsense !!, Umum sudah tahu google adsense adalah lubuk duit yang memberikan keuntungan kepada peserta program adsense. Mengapa blogger mendapat keuntungan daripada adsense ? Sebabnya saya adalah salah seorang pengiklan di Google Adsense..hehee. Ini adalah antara sumber-sumber yang boleh mendatangkan duit untuk blog seorang blogger.

Buat duit dengan menempatkan iklan

1. Google Adsense

Mudah sahaja, join Google Adsense kemudian letakkan iklan Google Adsense di blog. Blogger akan dibayar setiap klik namun jumlah bayaran adalah bergantung kepada bayaran yang di bayar oleh pengiklan. Untuk buat duit dengan adsense, blog itu sebaik-baiknya mempunyai PR yang baik agar mendapat pelawat yang ramai dan seterusnya mendapat seberapa banyak klik daripada pengunjung blog. Tapi kalau pun ramai pelawat jika pelawat tidak klik iklan google adsense tidak dapat banyak income juga hehee… Tapi jika tidak ada klik Google Adsense jangan klik iklan Google Adsense sendiri nanti akaun kena banned.

[ Buka akaun Google Adsense ]

2. Bidvertiser

Jika blog anda berbahasa Melayu, Google Adsense kemungkinan besar tidak meluluskan permohonan anda. Kalaupun anda mempunyai akaun Google sadsense, kemungkinan besar juga iklan Adsense tidak akan muncul di blog anda cuma kelihatan iklan Layanan Masyarakat. Untuk itu blogger ada satu pilihan terutama yang blognya menggunakan Bahasa Melayu. Bidvertiser adalah alternetif kepada google adsense. Konsepnya sama dengan Google Adsense iaitu blogger akan dibayar jika iklan Bidvertiser diklik oleh pengunjung. Baiknya, iklan Bidvertiser tetap akan muncul walaupun bahasa yang digunakan dalam blog menggunakan Bahsa Melayu.

[ Buka akaun Bidvertiser di sini ]

3. Nuffnang

Nuffnang Malaysia adalah satu komunity pengiklanan. Nuffnang telah menjemput blogger untuk menjadi member nuffnang dan seterusnya meletakkan iklan nuffnang di blog. Buat duit dengan nuffnang agak mudah iaitu cuma letakkan iklan grafik nuffnang. Blogger akan dibayar jika sekiranya iklan nuffnang diklik oleh pengunjung. Jika anda sebagai ahli Glitterati, anda mendapat lebih banyak bayaran setiap klik berbanding dengan ahli biasa. Untuk mengetahui bagaimana menjadi ahli Glitterati, sila login ke nuffnang dan baca peraturan bagaimana menjadi ahli Glitterati.

[ Buka akaun Nuffnang di sini ]

4. Advertlets

Advertlets juga adalah satu komuniti pengiklanan yang membayar kepada setiap ahli yang meletakkan iklan Advertlets di blog. Advertlets lebih kurang sama dengan nuffnang kerana iklannya adalah dalam bentuk grafik. Advertlets banyak menawarkan pilihan grafik untuk diletakkan diblog ahlinya.

[ Buka akaun Advertlets di sini ]

Untuk kali ini, ini sahaja sumber-sumber yang saya kongsikan yang boleh mendatangkan duit blog anda. Semoga ia memberi manfaat kepada anda khususnya kepada blogger yang belum meletakkan apa-apa iklan di blognya. Rugi tidak letakkan iklan yang boleh diperolehi secara percuma tetapi boleh mendatangkan duit kepada blogger. Saya akan sambung sumber-sumber pendapatan di internet di artikel akan datang.

Matlamat seorang blogger

Kewujudan blog ini yang belum cukup setahun menunjukkan status saya sebagai orang baru dalam dunia blog… adakah saya newbie ?? Bagi saya, saya adalah usahawan, tidak kira sama ada baru semalam saya terjun ke dalam dunia bisnes internet. Sudah tentulah saya perlu banyak belajar bagaimana menghasilkan wang melalui blog saya. Buat masa ini penghasilan utama blog saya ini adalah pemasaran affiliate dengan cara membuat iklan dan review. Ranking blog ini yang masih 0 PR sudah pasti pembayang kepada pendapatan yang diperoleh daripada blog saya ini. Namun saya mempunyai keyakinan dengan kuasa blog sebagai medium untuk menjana pendapatan. Walaupun pendapatan yang saya perolehi daripada blog ini tidak mencapai 4 angka seperti yang diperolehi oleh blogger yang menggelar dirinya otai  tetapi saya tetap gembira kerana blog saya tetap menghasilkan wang. Selagi ada kesungguhan maka blog tetap akan mendatangkan hasil kepada kita. Jika mempunyai matlamat yang jelas untuk berblog, kejayaan pasti dapat dicapai. Di sini saya menulis sedikit perkongsian idea bagaimana menjana pendapatan dengan blog tatapi jika anda mahu menjana pendapatan 4 angka dalam sehari, saya minta maaf kerana saya sendiri belum sampai ke tahap itu melalui blog ini. Mungkin perkongsian ini juga tidak sesuai untuk anda jika pada masa ini anda sudah menjana pendapatan 4 angka dalam masa sehari.

Adakah anda benar-benar mahukan duit dari blog  anda ?

Saya pasti setiap blogger yang ada menulis perkataan duit atau wang diblognya sudah tentu mahu blognya menghasilkan wang. Sama ada mahu mendapatkan wang yang banyak ataupun sdikit, itu terpulang kepada usaha sendiri.Berusa mengkomesialkan blog agar ia mampu menghasilkan wang. Jika anda seorang blogger yang berfikir mengkomersialkan blog anda adalah sesuatu yang tidak baik ataupun sesuatu yang dirasakan tidak bermoral, saya berpendapat blogger tersebut sudah mengaku kalah sebelum gagal.

Menjana pendapatan melalui blog perlu difikirkan dengan serius kerana menjana pendapatan melalui blog memang banyak cabarannya. Mungkin seseorang itu akan kecewa apabila gagal menjana pendapatan melalui blognya. Untuk berjaya menjana pendapatan melalui blog, anda harus berada sentiasa berfikiran positif dan bersedia menghadapi cabaran yang mendatang.Usahawan yang berjaya ada menyatakan agar menjadikan menjana pendapatan secara online seperti blog sebagai hobi. Sebaliknya, jika anda meragui akan kemampuan blog anda untuk menghasilkan wang, Ini menunjukkan fikiran anda masih berbelah bahagi dan belum cukup serius dalam menjana pendapatan melalui blog anda.

Menjadikan blog anda yang boleh menghasilkan wang, jangan segan. Mungkin anda pernah terbaca dalam blog lain yang berpendapat meletakkan banyak iklan dalam blog menunjukkan blogger itu tamak. Mungkin dengan perkataan tamak maka anda sebagai blogger sudah berasa segan melatakkan banyak iklan banner di blog anda. Lihat blog saya yang penuh dengan banner iklan. siapa yang marahkan saya ? Anda harus ingat blog anda adalah hak anda. Apa yang anda buat terhadap blog anda adalah hak anda. Sentiasa berfikiran positif terhadap iklan yang anda pasang di blog anda kerana iklan itu adalah sumber pendapatan anda jadi tidak ada alasan berasa segan meletakkan iklan yang banyak di blog anda. Jika ia adalah mendatangkan kebaikan kepada anda, mengapa harus dielakkan ? Itu adalah keputusan anda sendiri dan bukan dipengaruhi oleh orang lain kerana anda mempunyai strategi tersendiri untuk menjadikan blog anda menghasilkan wang.

Blog tidak harus tertumpukan kepada satu sumber pendapatan sahaja. Selain daripada menjana pendapatan melalui program affiliate, anda juga menyertai program pengiklanan lain seperti google adsense. Mempelbagaikan sumber pendapatan diblog anda sudah tentu menggandakan lagi pendapatan melalui blog anda. Jika blog anda adalah sebuah blog yang popular, anda juga boleh menyewakan ruang untuk pengiklalan berbayar. Program affiliate dan google adsense adalah sumber pendapatan saya buat masa ini. Oleh kerana blog saya masih 0 PR, sudah tentu menyewakan ruang iklan adalah sesuatu yang mustahil dilakukan. Inilah program yang telah menghasilkan wang diantara blog-blog saya. Selebihnya anda boleh melakukan pemasaran email dan iklan.

Menjana pendapatan online sebagai sumber pendapatan

Itu adalah matlamat seorang blogger atau usahawan online. Namun seperti yang saya katakan di awal tadi, menjana pendapatan secara online banyak cabarannya. Walau apa strategi,cara dan teknik yang dilakukan, belum tentu boleh menjana pendapatan 4 angka dalam sebulan apatah lagi dalam sehari. Jika anda seorang otai yang mempunyai ramai subscriber, sudah tentu ia adalah salah satu kelebihan kerana setiap subscriber anda adalah bakal prospek anda. Namun sebagai blogger harus menetapkan berapa RM yang harus
dijana dalam sebulan kemudian usahakan bagaimana untuk mencapainya. Jika anda sudah mencapai pendapatan sehingga 4 angka dalam sebulan, bagi saya ia sudah cukup baik. Tidak kisah angka pertama itu adalah 1. Ini adalah permulaan yang baik bagi seorang newbie.

Sedikit tips untuk pembaca semua, untuk mencapai pendapatan 4 angka dalam sebulan, dapatkan produk yang mendapat sambutan ramai kemudian iklankan di google adwords, Berita harian atau di lelong.com. Jangan lupa iklankan juga diblog anda. Jangan sesekali mengiklankan sesuatu produk yang tidak mendapat sambutan terutama iklan berbayar kerana anda pasti akan berhadapan dengan kerugian. Dalam masa setahun lebih saya menjana pendapatan secara online, saya pasti kajian saya tidak salah kerana saya sudah mengalaminya. Saya pernah rugi dan pernah juga menjana pendapatan diluar dugaan saya. Masalahnya bagaimana menentukan produk tersebut mendapat sambutan hangat atau tidak ? ???

Mari tiru teknik usahawan berjaya

Ya ! saya tidak boleh terus dengan idea saya.Anda juga harus keluar daripada kepompong anda sendiri. Seorang newbie harus berusaha meniru atau mempelajari teknik bagaimana mereka menjana pendapatan yang begitu mengujakan. Anda boleh belajar daripada usahawan yang sudah berjaya dengan menjadi pelanggan informasi mereka atau membeli teknik-teknik bagaimana mereka usahawan yang sudah berjaya menjana pendapatan sehingga mereka bergelar seorang usahawan. Apapun anda perlu berhati-hati apabila membeli produk yang kononnya mengajar anda bagaimana menjana pendapatan sehingga beribu-ribu dalam sehari.Bagi saya itu adalah tidak benar dan sukar di jadikan kenyataan. Pastikan siapa yang menjual idea tersebut. Adakah mereka benar-benar seorang usahawan yang berjaya atau setakat menterjemaah ebook orang putih ke dalam bahasa Malaysia kemudian jual ebook tersebut kepada rakyat Malaysia. Tidak keterlaluan saya cadangkan anda mendapatkan teknik daripada Shut wangcyber, Dr.Irfan Rahsia Internet atau Eruwan Gerry Norsen Pakar Lelong Online. Hmmm… sebenarnya banyak lagi usahawan lain di Malaysia tapi terlalu ramai listkan disini. Mungkin pada post akan datang saya akan listkan usahawan-usahawan yang berjaya.

Berapa pendapatan dari blog anda ?

Saya sering terfikir bagaimana saya boleh menjana pendapatan sehingga 4 angka daripada blog ini dalam masa sebulan. Agak mustahil kerana bilangan orang yang memahami bahasa Malaysia cuma berapa juta sahaja. Bilangan orang yang boleh berbahasa Malaysia yang bergiat dalam perniagaan internet juga boleh dibilang dengan jari. Anda sudah tentu dapat meramal pendapatan daripada blog setiap blogger di Malaysia. Ini adalah kenyataan blog berbahasa Malaysia. Blogger masih ada satu cara menjadikan blog anda mampu menghasilkan wang adalah mewujudkan blog berbahasa inggeris kemudian letakkan iklan google adsense.
Memang tidak dapat dinafikan google adsense mampu memberikan pendapatan kepada peminat google adense. Tidak kisah berapa RM yang anda dapat diawal anda mengikuti program ini kerana pendapatan pertama anda pasti banyak mendorong anda untuk terus berusaha sehingga setanding dengan usahawan lain. Mungkin cek pertama anda sebanyak cuma RM400, bulan seterusnya sudah tentu anda meletakkan sasaran yang lebih banyak dan itulah yang harus dilakukan. Jangan terlalu membandingkan pendapatan adsense anda dengan orang lain tetapi buat sasaran pendapatan anda pada bulan seterusnya.

Sekian untuk kali ini, semoga artikel ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada pembaca khususnya yang baru dalam dunia blogging.

Panduan blog wordpress wajib dimiliki

Salam sejahtera dan selamat membaca post saya kali ini. Sudah hampir dua tahun saya bergelar blogger dan menjana pendapatan sampingan secara online. Kalau disamakan dengan usia seorang kanak-kanak, sudah boleh lari seratus meter. Buat masa ini saya belum lagi dikenali oleh usahawan internet mahupun blogger-blogger di Malaysia. Buat masa ini saya cuma menjana pendapatan secara online dengan menyertai beberapa program affiliate disamping menjual ebook yang mana saya mendapat hak jualan semula.

Hmm.. mengimbau pertama kali saya memiliki blog berbayar, terlalu banyak masalah dan rintangan yang saya hadapi kerana sememangnya saya bermula dengan kosong iaitu tidak tahu apa-apa tentang blog dot com. Hoho.. anda tahu apa yang anda lakukan apabila menghadapi situasi yang sukar bukan ?! Tidaklah sampai mengalah pula kerana peluang menjana pendapatan di internet sangat berpotensi. Saya ambil keputusan meminta khidmat setting blog daripada seorang usahawan internet. Gembira apabila melihat blog dot com sendiri sudah online. Pada mulanya saya banyak bertanya kepada orang yang setting blog saya iaitu dinberamboi. Walau bagaimanapun saya fikirkan sampai bila bergantung kepada orang lain. Saya mesti belajar berjalan dan seterusnya berlari selaju yang boleh.

Memiliki sebuah blog yang cantik dengan tools-tools blog adalah impian setiap blogger. Dalam tercari-cari panduan membina blog yang lebih mantap, saya menemui panduan bina blog yang memberi panduan langkah demi langkah cara setting blog. Tanpa membuang masa saya mendapatkan ebook panduan buat blog tersebut tapi bukan percuma… harga lebih murah daripada nilai kandungan dalam ebook tersebut. Kini bukan sahaja saya setting sendiri blog kedua saya ini malah sanggup memberikan perkhidmatan setting blog orang lain..

Jika anda masih belum menguasai selok-belok buat blog sendiri atau belum mempunyai blog tetapi berminat membina blog sendiri, saya syorkan anda mendapat panduan membuat blog wordpress agar anda lebih berkeyakinan mengendalikan blog anda.Ebook panduan bina blog ini wajib dimiliki oleh setiap newbie yang belum arif tentang setting blog. Baca kandungan panduan membuat blog wordpress disini !

Maklumat yang saya kongsikan bersama kepada anda adalah blog mudah diurus dan mampu menjana pendapatan secara online walaupun anda tidak mempunyai produk untuk dijual. Bergelar jutawan bukan semestinya taukey kedai atau pemilik gedung tetapi seorang blogger juga berhak menjadi jutawan, pelik tapi memang benar.

Anda ?! Huh ! jangan terus merangkak sama seperti bayi. Rebut peluang yang ada, hanya dengan sebuah blog anda boleh membuat duit secara online. Baca apa kata penulis panduan blog wordpress disini.


 Powered by Max Banner Ads 

Recommended: Panduan Minisite | List Produk Usahawan | Webmaster And Software | DataKL Hosting
Namecheap Hosting | Panduan Affiliate | Namsahaz Hosting | OneBytes Hosting | JomHosting | Video Online | Digital