Posts Tagged ‘Blog Wordpress’


 Powered by Max Banner Ads 

Bina blog dengan wordpress

Wordpress adalah salah satu daripada banyak pilihan yang tersedia untuk blogger yang mencari perisian yang sangat mudah untuk dikendali membina blog sendiri. Artikel ini sebenarnya sudah banyak ditulis oleh blogger yang membincangkan kelebihan wordpress. Sekadar menulis pengalaman sendiri sebagai pengguna wordpress, saya cuba menerangkan mengapa mesti memilih wordpress..

Mengapa pilih wordpress

Blogger sudah tentu mempunyai alasan yang berbeza mengapa ia memilih blogspot ataupun wordpress bagi memulakan membina blog sendiri. Jika sekiranya sekarang ini anda menggunakan tapak lain membina blog seperti blogspot, anda perlu mengetahui beberapa ciri-ciri yang ada pada wordpress. Blog wordpress sangat mudah kerana segala-galanya sudah tersedia daripada template sehinggalah kepada sokongan lain seperti plugin, cuma pilih sahaja yang berkenan di hati. Plugin ini adalah seperti mekup yang boleh mencantikkan lagi paparan blog. Mungkin sebab itulah ada yang berpendapat blog wordpress hanya sesuai bagi yang baru dalam dunia blog kerana dalam wordpress, semuanya sudah tersedia. Wordpress lebih lengkap dengan widget yang mudah digunakan. Terdapat juga widget yang tidak ada pada tapak blog lain seperti widget anti spam. Dalam wordpress, setiap artikel yang di publish mempunyai ruang komen kecuali ruang komen itu ditutup. Daripada ruang komen tersebut, admin boleh berinteraksi dengan pembaca artikelnya. Ruang komen di blog seperti blogspot juga ada tetapi tidak sehebat dengan wordpress. Selain daripada itu blog wordpress juga lebih mesra pengguna disamping mempunyai aplikasi auto ping.  Ini adalah sedikit maklumat  daripada banyak kehebatan blog wordpress.

Mulakan membina blog wordpress sama ada percuma atau yang berbayar. Kedua-duanya mempunyai aplikasi yang sama kecuali dari segi ciri-cirinya. Kemudahan themes dan plugin di wordpress percuma adalah terhad berbanding dengan menggunakan yang berbayar. Jika anda mempunyai kelebihan kewangan, anda boleh dapatkan blog wordpress berbayar.

Tingkatkan pendapatan adsense dengan kuasa autoblog

Blog boleh update sendiri ? Saya percaya rata-rata blogger di Malaysia mengupdate blog wordpress secara manual. Ini bermakna apabila blogger itu mempunyai idea atau bahan yang hendak dikongsikan kepada pembaca  barulah blog dapat diupdate. Adakalanya ketika idea datang mencurah-curah tidak dapat update blog juga jika ada gangguan lain seperti sibuk dengan kerja lain, internet slow, komputer meragam atau apa juga halangan untuk mengupdate blog. Jika blog itu adalah mesih penjana pendapatan melalui program adsense, ini adalah satu kerugian besar. Pengunjung biasanya suka dengan blog yang sentiasa update.

Sebenarnya blog wordpress boleh diupdate secara auto. Ini bermakna artikel yang anda bina akan dipost secara auto. Hanya dengan beberapa klik maka blog anda sudah mula bekerja untuk anda dan bukannya anda bekerja untuk blog. Autoblog sangat sesuai digunakan jika anda mempunyai blog menjana adsense yang banyak. Mempunyai blog yang banyak sudah tentu menggunakan masa yang banyak juga untuk mengupdatenya jika dilakukan secara manual. Dengan menggunakan script autoblog, anda hanya perlu melakukan setting sekali sahaja dan blog anda akan update secara auto. Ini bermakna anda tidak perlu lagi login ke blog anda untuk melakukan update kecuali untuk mengupdate komen-komen pengunjung blog anda. Huhh.. ini sudah tentu menjimatkan masa anda diblog anda.

Bagaimana autoblog ini bekerja ?

Autoblog sangat mudah dikendalikan. Dapatkan script autoblog feeder kemudian uploadkan diplugin anda. Login ke admin blog anda kemudian aktifkan plugin autoblog. Hanya dua langkah seterusnya maka blog wordpress anda sudah mula bekerja untuk anda. Anda boleh dapatkan script autoblog feeder di sini.

Dari mana dapatkan artikel ?

Script autoblog feeder adalah script berbayar. Anda akan diberikan lebih 15 ribu plr artikel pelbagai niche. Anda tidak perlu memikirkan bagaimana menulis artikel kerana semuanya disediakan untuk membolehkan blog dapat diupdate secara auto. Anda juga boleh mengubah suai artikel agar tidak 100% sama dengan artikel orang lain. Anda juga boleh mendapatkan artikel percuma diinternet kemudian rewrite artikel tersebut kemudian upload ke hosting anda. Mudah kan ?

Bagaimana autoblog ini membantu ?

Autoblog adalah dimana blog kita akan diupdate secara auto. Katakan anda ada satu domain dan 10 subdomain. Untuk mengupdate kesemua blog ini secara manual sudah tentu menggunakan masa yang banyak. Untuk menyelesaikan masalah ini sudah tentu script autoblog feeder boleh membantu. Kini anda boleh menumpukan perhatian blog berbahasa Malaysia.

Alternetif lain autoblog wordpress

Blog wordpress juga boleh diupdate secara auto dengan menggunakan kaedah RSS. Cuma ambil RSS blog orang lain kemudian lakukan sedikit setting di blog anda. Setiap kali blog yang mana RSS anda ambil diupdate maka blog anda juga akan diupdate secara auto. Ini bermakna apa juga kandungan blog orang tu sama kandungan dengan blog anda.. jika anda suka dengan cara ini, anda boleh memembaca dengan lebih lanjut bagaimana cara ini disetting diblog anda di sini

Panduan lengkap memasang blog wordpress

Salam sejahtera kepada semua. Terima kasih kerana melawat blog saya yang tidak seberapa ini. Jika anda tersesat diblog saya, sila ambil sedikit masa membaca artikel saya..hehee..Mungkin dari mata kasar anda nampak blog saya ini agak tidak terurus tapi dari segi kandungannya, saya cuba memberikan yang terbaik untuk anda.

Mengenai tajuk artikel saya pada kali ini, saya akan menerangkan sedikit kandungan ebook yang ditulis oleh smartzul iaitu Panduan Pasang Blog Wordpress. Sebenarnya saya sudah menulis artikel yang berkaitan sebelum ini yang bertajuk Panduan blog wordpress wajib dimiliki tetapi saya cuma menerangkan fungsi blog sebagai kuasa menjana pendapatan secara online. Seperti yang saya janjikan, saya akan menerangkan secara ringkas kandungan ebook tersebut. Tidak boleh saya terangkan secara detail kerana ia sangat panjang untuk diterangkan. Kalau mahu penjelasan yang lebih detail sila download ebook Panduan memasang blog wordpress.

Pembaca sekalian, kandungan ebook panduan memasang blog wordpress sangat mudah difahami dan diikuti walaupun tidak mempunyai asas dalam internet. Ini adalah kerana ebook tersebut diterangkan dengan menggunakan cara penyampaian yang begitu mudah difahami. Seseorang boleh memasang blognya sendiri sambil membaca penerangan daripada ebook tersebut. Akhirnya blog anda akan siap seperti yang dirancangkan.

Antara kandungan ebook panduan memasang blog wordpress adalah bagaimana anda menggunakan blog sebagai sumber pendapatan. Anda harus percaya bahawa anda boleh membuat duit dengan sebuah blog dengan menyertai google adsense. Pertama sekali anda mesti ada blog, sebaik-baiknya menggunakan blog wordpress kerana banyak fungsinya berbanding dengan blog lain. Kemudian letakkan kod adsense di blog anda. Apabila iklan google adsense anda diklik, anda akan dibayar mengikut kadar yang ditetapkan oleh google. Jangan klik sendiri tau.. Untuk mengetahui bagaimana letakkan kod adsense, tidak dapat saya jelaskan kerana ia melibatkan grafik. Jadi dapatkan ebook ini dilaman web smartzul. Ada banyak lagi penerangan dalam ebook ini bagaimana membuat duit dengan blog.

Oklah, untuk memasang blog wordpress, anda harus mempunyai domain sendiri terlebih dahulu. Domain dan hosting sekarang agak murah iaitu sekitar RM50 hingga RM100 setahun bergantung kepada saiz hosting anda. Cuba anda buat perbandingan harga diantara Namsahaz.Com dengan DataKL.Com. Masing-masing ada kelebihan jadi pilihlah pilihan dihati. Selepas anda mempunyai domain dan hosting sendiri, anda bolehlah memasang blog wordpress anda. Caranya mudah sahaja tapi lagi mudah jika ada rujukan. Pergi ke Cpanel anda. Di situ anda akan melihat banyak ikon dengan pelbagai fungsinya. Saya pun belum arif lagi kesemuanya. Jika anda tidak tahu apa itu Cpanel sila download di sini. Di Cpanel anda, ada satu ikon yang diberi nama fantastico, klik ikon fantastico. Anda akan dibawa ke halaman lain iaitu bahagian installation perisian wordpress secara auto. Kalau nak cara manualpun boleh juga tapi mungkin agak lambat sikit, bergantung kepada internet anda. Dipaparan installation ini, klik perkataan install wordpress. Lepas tu klik new insatllation. Masukkan kesemua yang diminta dalam situ seperti username,password, tajuk blog. Akhir sekali klik finish. Cuba anda taip alamat blog anda. Jika anda melihat paparan blog anda dengan post pertama bertajuk Hello World ! , bermakna anda sudah berjaya melakukan pemasangan blog wordpress. Jika anda masih melihat paparan under contruction bermakna anda terlupa delete index empunya hosting. Untuk mencantikkan lagi blog anda, aktifkan plugin yang anda inginkan. Jika anda masih ragu-ragu memasang blog anda sendiri sila dapatkan ebook panduan memasang blog wordpress.

Selamat mencuba memasang blog sendiri. Jika anda masih ragu-ragu, jangan malu-malu minta bantuan daripada saya. Klik sini untuk bantuan.

Panduan blog wordpress wajib dimiliki

Salam sejahtera dan selamat membaca post saya kali ini. Sudah hampir dua tahun saya bergelar blogger dan menjana pendapatan sampingan secara online. Kalau disamakan dengan usia seorang kanak-kanak, sudah boleh lari seratus meter. Buat masa ini saya belum lagi dikenali oleh usahawan internet mahupun blogger-blogger di Malaysia. Buat masa ini saya cuma menjana pendapatan secara online dengan menyertai beberapa program affiliate disamping menjual ebook yang mana saya mendapat hak jualan semula.

Hmm.. mengimbau pertama kali saya memiliki blog berbayar, terlalu banyak masalah dan rintangan yang saya hadapi kerana sememangnya saya bermula dengan kosong iaitu tidak tahu apa-apa tentang blog dot com. Hoho.. anda tahu apa yang anda lakukan apabila menghadapi situasi yang sukar bukan ?! Tidaklah sampai mengalah pula kerana peluang menjana pendapatan di internet sangat berpotensi. Saya ambil keputusan meminta khidmat setting blog daripada seorang usahawan internet. Gembira apabila melihat blog dot com sendiri sudah online. Pada mulanya saya banyak bertanya kepada orang yang setting blog saya iaitu dinberamboi. Walau bagaimanapun saya fikirkan sampai bila bergantung kepada orang lain. Saya mesti belajar berjalan dan seterusnya berlari selaju yang boleh.

Memiliki sebuah blog yang cantik dengan tools-tools blog adalah impian setiap blogger. Dalam tercari-cari panduan membina blog yang lebih mantap, saya menemui panduan bina blog yang memberi panduan langkah demi langkah cara setting blog. Tanpa membuang masa saya mendapatkan ebook panduan buat blog tersebut tapi bukan percuma… harga lebih murah daripada nilai kandungan dalam ebook tersebut. Kini bukan sahaja saya setting sendiri blog kedua saya ini malah sanggup memberikan perkhidmatan setting blog orang lain..

Jika anda masih belum menguasai selok-belok buat blog sendiri atau belum mempunyai blog tetapi berminat membina blog sendiri, saya syorkan anda mendapat panduan membuat blog wordpress agar anda lebih berkeyakinan mengendalikan blog anda.Ebook panduan bina blog ini wajib dimiliki oleh setiap newbie yang belum arif tentang setting blog. Baca kandungan panduan membuat blog wordpress disini !

Maklumat yang saya kongsikan bersama kepada anda adalah blog mudah diurus dan mampu menjana pendapatan secara online walaupun anda tidak mempunyai produk untuk dijual. Bergelar jutawan bukan semestinya taukey kedai atau pemilik gedung tetapi seorang blogger juga berhak menjadi jutawan, pelik tapi memang benar.

Anda ?! Huh ! jangan terus merangkak sama seperti bayi. Rebut peluang yang ada, hanya dengan sebuah blog anda boleh membuat duit secara online. Baca apa kata penulis panduan blog wordpress disini.


 Powered by Max Banner Ads 

Recommended: Panduan Minisite | List Produk Usahawan | Webmaster And Software | DataKL Hosting
Namecheap Hosting | Panduan Affiliate | Namsahaz Hosting | OneBytes Hosting | JomHosting | Video Online | Digital