Posts Tagged ‘azam baru’


 Powered by Max Banner Ads 

2010 jadikan lebih bermakna

Salam sejahtera semua. Hari ini sudah hari ketiga kita berada dalam tahun 2010. Hari ini juga saya baru dapat online selepas tidak seminggu mengalami gangguan internet. Rasanya belum terlambat saya mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2010 kepada semua usahawan internet.

Setiap kali tahun baru biasanya setiap orang akan memperkatakan tentang azam baru. Tahun baru sudah tentu semangatpun baharu. Macam-macam perancangan yang diatur semata-mata untuk mencapai azam baru. Bagaimana pula dengan azam pada tahun lepas ? tercapai atau bagaimana ?

Bagi saya, saya masih meneruskan azam saya yang tidak tercapai pada tahun lepas. Saya kena berusaha lebih keras lagi agar azam saya akan menjadi kenyataan sebelum penghujung tahun ini. Jika sesuatu yang kita inginkan bagus untuk diri sendiri mengapa pula buka azam baru jika azam pada tahun lepas belum tercapai. Hanya tambah teknik, perancangan kemudian berusaha melaksanakan setiap perancangan yang dirancang.

Saya mengharapkan tahun ini adalah tahun yang lebih bermakna bagi saya. Walau bagaimanapun mengharap sahaja tidak cukup jika tidak disusuli dengan usaha. Kemudian usaha itu bukan pada awal tahun sahaja tetapi berpanjangan sehinggalah azam itu tercapai. Adakalanya saya terfikir, apakah bezanya tahun lepas dengan tahun ni ? Nama tahun sahaja memang sudah berbeza tetapi hari dan bulan tetap sama. Yang pastiĀ  usia saya semakin tua.huhh..dan begitu juga dengan anda..

Sebagai usahawan internet marilah kita sama-sama melakukan yang terbaik pada tahun ini, dengan semangat yang baru dari awal tahun hingga akhir tahun. Jika kurang disiplin melaksanakan perancangan pada tahun lepas yang menjadi punca kegagalan tercapainya azam 2009, semoga tahun 2010 ini akan menjadi lebih bermakna.


 Powered by Max Banner Ads 

Recommended: Panduan Minisite | List Produk Usahawan | Webmaster And Software | DataKL Hosting
Namecheap Hosting | Panduan Affiliate | Namsahaz Hosting | OneBytes Hosting | JomHosting | Video Online | Digital