Salam sejahtera semua. Sekali lagi menyentuh tentang pemasaran email dan duit. Seperti yang saya tulis dalam artikel terdahulu, ramai usahawan berjaya melalui pemasaran email. Fakta senarai email adalah duit memang ada kebenarannya. Bagaimana senarai email itu dikatakan sama dengan duit ?? Huhh.. bayangkan seseorang itu mempunyai senarai email yang banyak, katakan senarai paling sedikit 500 senarai email. Sudah tentu pemilik senarai email itu sentiasa berhubung dengan 500 orang tadi dari semasa ke semasa. Daripada situ anda sudah membayangkan faedah yang dinikmati dengan mempunyai senarai email yang banyak.
Berapa ramai yang mengindahkan kuasa sebenar pemasaran email ini ? Sebenarnya di Malaysia tidak ramai yang mengindahkan kuasa pemasaran email. Kebanyakan usahawan lebih percaya dengan kuasa pengiklanan dan juga blogging. Mungkin salah satu sebabnya adalah kerana kurang pendedahan tentang kuasa pemasaran email.
Dapatkan sistem autoresponder sama ada yang berbayar seperti aweber ataupun yang percuma seperti easyautoresponder kemudian mulakan kempen mengumpul senarai email. Mengumpul senarai email dengan menggunakan sistem autoresponder adalah sangat penting kerana cara ini adalah sah dan email anda tidak dianggap SPAM. Katakan anda mula mengumpul 1 email sehari, sebulan 30 email dan setahun 365 email. Itu target yang paling sempoilah. Jika anda mengumpul 10 email dalam sehari, setahun sudah 3650 ? Cuba bayangkan pula anda diam-diam dalam masa setahun tanpa mengumpul senarai email.. anda sudah banyak kerugian.
Apabila seseorang itu mempunyai senarai email yang banyak sudah tentu ia lebih mudah memasarkan produk. Bayangkan jika mempunyai 3650 senarai email, hanya dengan satu klik maka promosi sudah dihantar kepada 3650 orang pelanggan dalam masa yang singkat. Pemasaran email juga boleh digunakan untuk mempromosi affiliate anda. Anda boleh menghantar email secara berkala kepada senarai email anda untuk memberikan perangsang kepada pelanggan. Anda mungkin membuat review di blog tetapi tidak bermakana pelawat blog terus membeli produk tersebut. Mungkin mereka masih berfikir sebelum membuat keputusan untuk membeli produk. Apabila pelawat blog tadi meninggalkan blog anda, mereka sudah melupakan produk yang anda promosikan. Betapa rugi jika mempromosi produk yang bagus kemudian pelanggan berfikir 50-50 terhadap produk tersebut, dan anda pula tidak meletakkan borang opt-in. Ini menyebabkan anda kehilangan pelanggan yang berpotensi membeli produk anda kerana tidak meletakkan borang opt-in untuk melakukan follow-up kepada pelanggan.
Ramai usahawan yang masih kabur dengan kuasa email dan mungkin anda juga salah seorang daripada usahawan yang tidak melakukan pemasaran email. Mungkin kerana anda belum mempunyai pendedahan mengenai dengan kuasa pemasaran email. Untuk makluman anda, Team Aspirasi Cyber telah menyiapkan sebuah ebook berkenaan pemasaran email yang anda boleh dapatkannya secara percuma di blog.panduanasasweb.com/kuasa-pemasaran-email .

June 10th, 2009
admin
Posted in
Tags:











