Posts Tagged ‘Autoresponder’


 Powered by Max Banner Ads 

Review: Adakah MiniOpt-In Sebaik Yang Disangka?

Jika anda mengikut perkembangan dalam dunia internet marketing tempatan, anda mungkin mengetahui tentang koleksi MiniOpt-In yang dibuat oleh saudara Iskandar Jauhari.

Tema ini lain daripada lain adalah kerana ianya mempunyai subscription form di header itu sendiri. Berbanding tema-tema lain yang tidak menggunakan taktik ini, koleksi Mini Opt-in mampu menjana lebih banyak leads atau optin untuk anda. Anda akan mendapat LIMA tema berlainan warna untuk anda gunakan.

Seperti yang anda tahu, setiap orang PASTI akan membaca daripada atas ke bawah dan pastinya akan melihat header dahulu sebelum teks lain. Jadi, dengan meletakkan optin form di dalam header itu sendiri, optin akan meningkatkan dengan mendadak.

======================================
Apa yang akan anda dapat dalam minggu pelancaran
======================================

Sekiranya anda mendapatkan MiniOpt-In dalam masa tiga minggu ini, anda akan mendapat pelbagai manfaat.

Pertama: keahlian Mini Pro secara percuma. Ini merupakan tempat di mana anda akan memuat turn (download) themes MiniOpt-in. Ianya akan diberikan percuma kepada mereka yang membeli pada minggu pelancaran (3 minggu pertama). Mereka yang mendapat keahlian ini akan mendapat tema secara percuma atau pada harga diskaun pada masa hadapan, dan akan mendapat update dari semasa ke semasa tentang projek dibuat oleh saudara Iskandar, dan diskaun-diskaun lain oleh dia.

Hey, khabar angin bahawa Iskandar akan bina 5 lagi tema mini opt-in yang lebih mengancam lagi memang benar! BERITA BAIK! Semua ahli Mini Pro akan mendapatkannya secara PERCUMA! Al-kisahnya sekarang, adakah anda ahli Mini Pro ini? ;p

Kedua: anda akan menerima 5 tema tambahan secara percuma, tambahan daripada 5 yang asal sekarang ini. Maksudnya, anda akan menerima 10 tema keseluruhannya. Jika anda membeli selepas tempoh pelancaran, anda terpaksa membayar lebih untuk mendapatkannya.

Ketiga: anda akan menerima kad kupon daripada Iskandar sendiri supaya anda mendapat diskaun sebanyak 40% di iscandesign.com. Bayangkan jika kos anda sehingga RM100. Anda akan berjimat sehingga 40 ringgit dengan mendapatkan kupon diskaun ini.

=====================
Bonus tambahan
=====================

Jika anda mendapatkan MiniOpt-In ini, anda bukan sahaja mendapat tema daripada Iskandar, kerana anda akan mendapat:
- 15 Opt-in Box Sidebar
- 15 Opt-in Box Blog
- 50 Anak Panah Animasi
- 1 Design Contact Form Dwibahasa (anda boleh pilih mana yang anda mahu)
- Kupon Diskaun 40% (dalam 3 minggu sahaja)
- Keahlian Mni Pro (dalam 3 minggu sahaja)

Akhir kata, mungkin ramai yang berkata, “banyak tema kat luar sana” tetapi seseorang perlu ingat: jarang kita dapat lihat tema yang mempunyai opt-in form di dalam header. Saya sendiri TIDAK PERNAH menjumpai tema-tema seperti itu.

Jadi ianya memang unik dan lain daripada lain. Adakah ianya berbaloi untuk duit anda? Bagi saya ya, kerana ianya mampu menjana lebih banyak jualan untuk diri saya.  Saya sanggup untuk memberikan Iskandar RM25 untuk ini.

Jika anda berminat untuk melihat potensi sebenar tema minisite Iskandar, anda boleh layari miniopt-in.com untuk maklumat lanjut.

Senarai email adalah duit

Salam sejahtera semua. Sekali lagi menyentuh tentang pemasaran email dan duit. Seperti yang saya tulis dalam artikel terdahulu, ramai usahawan berjaya melalui pemasaran email. Fakta senarai email adalah duit memang ada kebenarannya. Bagaimana senarai email itu dikatakan sama dengan duit ?? Huhh.. bayangkan seseorang itu mempunyai senarai email yang banyak, katakan senarai paling sedikit 500 senarai email. Sudah tentu pemilik senarai email itu sentiasa berhubung dengan 500 orang tadi dari semasa ke semasa. Daripada situ anda sudah membayangkan faedah yang dinikmati dengan mempunyai senarai email yang banyak.

Berapa ramai yang mengindahkan kuasa sebenar pemasaran email ini ? Sebenarnya di Malaysia tidak ramai yang mengindahkan kuasa pemasaran email. Kebanyakan usahawan lebih percaya dengan kuasa pengiklanan dan juga blogging. Mungkin salah satu sebabnya adalah kerana kurang pendedahan tentang kuasa pemasaran email.

Dapatkan sistem autoresponder sama ada yang berbayar seperti aweber ataupun yang percuma seperti easyautoresponder kemudian mulakan kempen mengumpul senarai email. Mengumpul senarai email dengan menggunakan sistem autoresponder adalah sangat penting kerana cara ini adalah sah dan email anda tidak dianggap SPAM. Katakan anda mula mengumpul 1 email sehari, sebulan 30 email dan setahun 365 email. Itu  target yang paling sempoilah. Jika anda mengumpul 10 email dalam sehari, setahun sudah 3650 ? Cuba bayangkan pula anda diam-diam dalam masa setahun tanpa mengumpul senarai email.. anda sudah banyak kerugian.

Apabila seseorang itu mempunyai senarai email yang banyak sudah tentu ia lebih mudah memasarkan produk. Bayangkan jika mempunyai 3650 senarai email, hanya dengan satu klik maka promosi sudah dihantar kepada 3650 orang pelanggan dalam masa yang singkat. Pemasaran email juga boleh digunakan untuk mempromosi affiliate anda. Anda boleh menghantar email secara berkala kepada senarai email anda untuk memberikan perangsang kepada pelanggan. Anda mungkin membuat review di blog tetapi tidak bermakana pelawat blog terus membeli produk tersebut. Mungkin mereka masih berfikir sebelum membuat keputusan untuk membeli produk. Apabila pelawat blog tadi meninggalkan blog anda, mereka sudah melupakan produk yang anda promosikan. Betapa rugi jika mempromosi produk yang bagus kemudian pelanggan berfikir 50-50 terhadap produk tersebut, dan anda pula tidak meletakkan borang opt-in.  Ini menyebabkan anda kehilangan pelanggan yang berpotensi membeli produk anda kerana tidak meletakkan borang opt-in untuk melakukan follow-up kepada pelanggan.

Ramai usahawan yang masih kabur dengan kuasa email dan mungkin anda juga salah seorang daripada usahawan yang tidak melakukan pemasaran email. Mungkin kerana anda belum mempunyai pendedahan mengenai dengan kuasa pemasaran email. Untuk makluman anda, Team Aspirasi Cyber telah  menyiapkan sebuah ebook berkenaan pemasaran email  yang anda boleh dapatkannya secara percuma di blog.panduanasasweb.com/kuasa-pemasaran-email .

Tips pemasaran email marketing

Pemasaran email merupakan bentuk pemasaran langsung yang menggunakan email sebagai bentuk komunikasi terhadap penerima email. Setiap email yang dikirimkan ke bakal pelanggan boleh dianggap email pemasaran.

Pemasaran email adalah cara terbaik untuk memberikan keyakinan kepada pelanggan agar teringatkan anda apabila mereka bersedia untuk membuat pembelian sesuatu produk. Namun, anda harus melakukannya dengan cara yang betul. Ini bererti bahwa email anda adalah pemasaran email yang sah, bukannya spam.
Anda perlu memahami perbezaan antara spam dan bukan spam. Spam adalah apabila anda tidak meminta email, anda tidak tahu si pengirim, subjek perbincangan yang menyesatkan, dan tidak relevan dengan kandungan, dan tidak dapat menyekat si pengirim daripada terus menghantar email kepada anda.

Untuk menjayakan sistem pemasaran email, anda hendaklah terlebih dahulu mendapatkan sistem autoresponder yang boleh mendapatkan list dengan cara yang sah. Tanpa list yang ramai, pemasaran email tidak akan berlaku. Jika anda mahu berjaya dalam pemasaran email, jangan berlengah lagi untuk mendapatkan autoresponder. Anda boleh mendapatkan perkhidmatan autoresponder daripada aweber pada kadar sewa bulanan yang berbaloi. Anda juga boleh mendapatkan sistem autoresponder yang dipasang sendiri dihosting anda iaitu easyautores. Ia mempunyai kelebihan iaitu tanpa yuran bulanan. Ia mempunyai fungsi yang sama iaitu sistem autoresponder.

Disini adalah beberapa tips untuk newsletter email :

  • Pastikan masa anda efektif dengan mengatur kandungan folder newsletter pada PC anda.
  • Mempelajari tentang minat pembaca anda, dengan menggunakan laporan analisa tentang jumlah orang yang membuka email anda atau yang mengklik link.
  • Memantau newsletter pesaing anda untuk mendapatkan lebih banyak idea.
  • Gunakan search engine untuk mencari tema dan topik yang relevan mengenai perniagaan anda, produk dan perkhidmatan.
  • Cari rakan perniagaan di newsletter yang lain atau perniagan yang bukan pesaing anda.
  • Selalu galakkan pembaca anda untuk memberikan maklum balas.
  • Kurangkan kekerapan atau panjang newsletter bagi mengelakkan para pembaca daripada hilang minat.

Pemasaran email adalah kaedah yang terbaik untuk mempromosikan produk berbanding dengan kaedah blog. Usahawan internet yang berjaya sendiri mengakui akan kuasa pemasaran email. Guru usahawan sentiasa berkata, wang ada dalam mailing list. Jadi jangan berlengah lagi untuk mendapatkan sistem autoresponder anda. Salam kejayaan.

Panduan memasang autoresponder

Bagaimana sibukpun anda, bisnes anda tidak akan terabai. Walaupun anda sedang bergembira bersama rakan-rakan, urusan bisnes masih berjalan seperti biasa. Perkara yang paling penting anda tidak perlu bersusah payah memeningkan kepala mempromosikan produk anda secara berterusan… bukan bermakna sudah putus asa tetapi kerana anda mempunyai seorang setiausaha yang sangat cekap melakukan kerja. Setiausaha yang dimaksudkan adalah autoresponder anda.

Sebelum saya menerangkan cara-cara memasang autoresponder, saya percaya masih ada yang tidak tahu apa itu autoresponder. Autoresponder adalah satu sistem maklum balas secara automatik. Apabila pengunjung web anda subscribe atau menghantar email ke sistem anda maka sistem autoresponder akan menghantar email secara berperingkat ke email pengunjung mengikut masa yang anda telah tetapkan. Email yang dihantar adalah yang sudah anda siapkan semasa anda memasang autoresponder.

Kebiasaannya sistem autoresponder ini sangat berguna untuk membuat follow-up kepada pengunjung mengenai produk anda. Bukannya semua pengunjung membeli produk yang ditawarkan dengan serta merta jadi buatlah follow-up. Cara ini akan membolehkan pengunjung akan lebih mengetahui produk yang dipasarkan. Jika anda mempunyai ramai pelanggan, sudah tentu anda tidak mempunyai cukup masa menghantar follow-up ke setiap email pelanggan anda. Ini sudah tentu menyusahkan anda tapi dengan sistem autoresponder anda tidak akan menghadapi kesukaran.

Terdapat banyak sebab anda harus memiliki autoresponder sendiri jika anda mempunyai produk yang hendak dipasarkan secara online.

Autoresponder, selain daripada menghantar email mengikut masa yang anda tetapkan, anda juga harus menyedari bahawa promosi berterusan dapat membantu anda melakukan jualan produk anda. Pergilah dimana-mana pasaraya, jika anda terserempak dengan promoter yang sedang bising mempromosi sesuatu produk, kali pertama anda mendengar celotehnya hati anda masih belum tergerak tapi kali kelima anda melintas ditempat sama, anda pasti akan membelinya. Begitulah juga kuasa autoresponder.

Memasang autoresponder bukanlah susah sangat jika mempunyai panduan yang lengkap. Jika anda mahu memiliki autoresponder, anda mempunyai beberapa pilihan iaitu dengan cara percuma atau berbayar. Cara berbayar adalah dengan menyewa daripada pengendali autoresponder seperti Aweber dan Gateresponse. Cara percuma andalah anda setup dalam hosting anda sendiri. Walau bagaimanapun keberkesanannya tidak ada beza kecuali kos.

Untuk memasang secara percuma di hosting anda, pertama sekali masuk ke Cpanel anda. Kalau tidak tahu apa itu Cpanel sila download disini. Oklah untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana cara setting autoresponder anda sendiri sila baca http://panduanasaweb.com/autoresponder


 Powered by Max Banner Ads 

Recommended: Panduan Minisite | List Produk Usahawan | Webmaster And Software | DataKL Hosting
Namecheap Hosting | Panduan Affiliate | Namsahaz Hosting | OneBytes Hosting | JomHosting | Video Online | Digital