Posts Tagged ‘Affiliate’


 Powered by Max Banner Ads 

Teknik split affiliate oleh Rahman Basri

Salam sejahtera kepada anda yang berkunjung ke blog ini.

Kepada anda yang memerlukan minisite untuk perniagaan internet, di blog saya ini ada memberikan minisite secara percuma, bukan satu tetapi lima kesemuanya. Pada kebiasaannya, apabila seseorang usahawan internet mempromosikan sesuatu produk melalui link affiliate, mereka akan memberikan bonus tambahan. Jadi minisite percuma ini juga boleh anda jadikan bonus tambahan kepada pembeli yang membeli sesuatu produk melalui link affiliate anda. Anda boleh dapatkan minisite percuma tersebut di sini.

Ok, berkaitan dengan tajuk post saya pada kali ini, baru-baru ini saudara Rahman Basri telah melancarkan satu teknik baru bagaimana mendapatkan jualan yang lebih banyak melalui link affiliate. Teknik baru ini dikenali sebagai Split Affiliate. Menurut Rahman Basri teknik dalam Split Affiliate agak advance tetapi masih boleh diikuti oleh sesiapapun.

Pendedahan beliau bukan teori semata-mata atau orang cakap ebook orang barat yang ditranslate ke dalam bahasa Malaysia. Apa yang didedahkan oleh beliau adalah berdasarkan kepada pengalaman beliau sendiri menjana puluhan ribu ringgit melalui program affiliate. Siapa yang tak kenal dengan Rahman Basri yang selalu menjadi super duper dalam mana-mana program affiliate.

Jika anda mendapatkan Split Affiliate ini, anda akan didedahkan dengan beberapa perkara yang mungkin belum pernah anda ketahui sebelum ini. Jika benar teknik yang didedahkan itu belum pernah anda ketahui maka ini adalah peluang anda menjana pendapatan yang lebih banyak melalui program affiliate. Mungkin anda juga bakal mengatasi  saudara Rahman Basri sebagai top affiliate..hmmm. Merana lagi si RB ni. Sapa suruh dedahkan tekniknya yang banyak membantu beliau menjadi top affiliates..hahaa..Ini sebenarnya menunjukkan saudara RB tidak kedekut ilmu dan mahu semua pencinta program affiliate di Malaysia menikmati income sampingan melalui program affiliates. Antara yang anda bakal ketahui melalui Split Affiliate ni ialah :

Case study #1: Kuasa Fan Page

Case study #2: Program 20 Ribu 20 Hari

Case study #3: Mininiaga

Untuk mengetahui lanjut rahsia ni sila dapatkan ebook split affiliate di http://linktrackr.grafik.my/splitaffiliate pada harga RM20 sahaja…itupun kalau masih ada RM20.

Panduan asas paypal

Salam sejahtera,Saudara Smartzul baru sahaja melancarkan produk terbaru beliau iaitu ebook Panduan Asas Paypal.Jika anda belum mempunyai akaun Paypal, ebook ini amat sesuai dan berguna. Tidak kisah sama ada anda adalah seorang blogger, usahawan internet atau sesiapa sahaja, akaun Paypal adalah salah satu keperluan terpenting.Sekiranya anda menyertai program affiliate antarabangsa, mempunyai akaun paypal adalah sangat penting bagi membolehkan anda dibayar komisyen melalui paypal.

Secara ringkasnya dengan adanya akaun Paypal, anda akan dapat:

[+] Menerima bayaran secara global seluruh dunia.
[+] Boleh buat duit di internet (pasaran luar).
[+] Mampu menerima bayaran kad kredit di web jualan.

Buka akaun paypal adalah percuma sahaja. Tidak ada yuran setup dan yuran tahunan. Pengguna paypal cuma dikenakan caj apabila menerima bayaran dan memindahkan wang daripada akaun paypal ke kad debit atau akaun bank. Sila layari paypal.com untuk membuka akaun secara percuma.Untuk maklumat lebih lanjut cara membuka akaun paypal, sila layari: www.duitdigital.com

Panduan Autoresponder edisi percuma

Panduan autoresponder sudah banyak kali diperkatakan, dibincangkan dan dihuraikan oleh usahawan-usahawan internet. Sekali lagi bakal usahawan yang berminat mengembangkan pendapatan diinternet berpeluang mendapatkan ebook panduan ringkas berkaitan denganpanduan  autoresponder yang ditulis oleh saudara Rahman Basri. Walaupun saya katakan panduan ini ringkas tetapi tidak bermakna panduan yang dikongsikan itu tidak memberi manfaat kepada pembaca. Saya sudah mendownload dan membaca semua maklumat yang dikongsikan oleh saudara Rahman dan saya boleh katakan panduan autoresponder edisi percuma beliau ini cukup berinformasi. Saudara Rahman Basri ini boleh dikatakan usahawan muda kerana beliau baru sahaja menceburi keusahawanan internet sekitar Ogos 2009. Namun dalam masa yang singkat beliau talah menjana pendapatan ribuan ringgit. Dan rahsia kejayaan beliau adalah dengan mengumpul mailing list. Hasil daripada penerokaan beliau dalam pemasaran email, Saudara Rahman Basri akhirnya menulis ebook mengenai dengan panduan autoresponder sebagai panduan kepada usahawan yang masih tercari-cari panduan apa sebenarnya autoresponder dan panduan ini kini dipasaran yang diberi secara percuma pula. Ebook panduan autoresponder ini adalah pengalaman sebenar saudara Rahman Basri sendiri menggunakan dan menjana pendapatan dengan teknik mailing list dan autoresponder.

Terdapat beberapa bahagian yang telah dijelaskan dengan terperinci oleh saudara Rahman Basri dalam ebook panduan autoresponder edisi percuma seperti berikut ;

Bab 1. Mengenali Sistem Autoresponder

  • Kenali Apa itu mailing list
  • Cara mengumpul senarai email
  • Kelebihan mengumpul email secara sah
  • Maksud sistem Autoresponder
  • Sebab perlunya autoresponder
  • Jenis-jenis autoresponder

bab 2. perbezaan antara sistem autoresponder aweber,getrespon dan norabots

bab 3. Cara melanggan autoresponder berbayar

bab 4. Teknik menjana pendapatan dengan Autoresponder

  • Kita kerugian RM20,000 setahun
  • Menjana pendapatan dengan program affiliate

bab 5. Beralih autoresponder

  • Bagaimana mengekalkan subscriber asal.

Ebook panduan autoresponder edisi percuma ini sangat berinformasi khususnya bakal usahawan yang belum mengenali atau mempunyai sistem autoresponder. Untuk keterangan lanjut mengenai ebook panduan Autoresponder ini sila ke laman web panduanemail.com.

Skrip memendekkan url

Setiap kali menyembunyikan link affiliate atau apa juga tujuan untuk memendekkan url, kebiasaannya kita akan menggunakan khidmat memendekkan url terkenal seperti TinyURL, bit.ly dan banyak lagi perkhidmatan yang memberikan perkhidmatan memendekkan url link affiliate.

Skrip memendekkan url ini selain daripada bertujuan untuk menyembunyikan link affiliate, ia juga berfungsi sebagai melakukan redirect. Kebiasaannya tujuan memendekkan url ini adalah bagi tujuan menyembunyikan link affiliate.

Oleh kerana fungsi memendekkan url ini sangat popular dan kerap digunakan, bagusnya jika sendiri memiliki perkhidmatan memendekkan url dan tidak perlu lagi bergantung kepada perkhidmatan memendekkan url dari TinyURL ataupun di bit.ly. Jika kita rajin meneroka di rumah pakcik google, terdapat banyak skrip percuma berkaitan memendekkan url ini. Pilih sahaja mana satu yang sesuai dan mudah untuk digunakan.Antara penyedia skrip memendekkan url secara percuma ialah get-shorty.com. Ada banyak lagi yang lain tetapi memandangkan saya ada menggunakan get-shorty.com, saya bercerita tentang skrip ini sahaja. Jika mahu yang berbayar pada kadar harga yang paling rendah boleh diperolehi di sini.

shorty

Skrip get-shorty mudah sahaja diinstall dihosting kerana tidak banyak setup yang diperlukan. Bagusnya skrip shorty ini ialah kita boleh mengesan rekod berapa klik setiap link yang dibena.Selain daripada itu kita juga boleh menentukan keywords bersesuaian dengan link yang dipendekkan. Anda boleh melihat sendiri keupayaan skrip ini dengan melakukan demo di get-shorty.com/shorty atau mendapatkan skrip ini secara percuma di get-shorty.com.

get-shorty

Jika anda rasa skrip ini bermanfaat, dapatkannya di get-shorty.com secara percuma atau lihat contoh yang saya sudah buat disini. Mendapatkan skrip ini, anda tidak perlu lagi menggunakan skrip redirect lain yang memerlukan fail diupload ke hosting. Ini lebih menjimatkan masa dan dapat melihat link affiliate yang berpotensi berdasarkan rekod klik.

Panduan buat duit dengan affiliate

Salam sejahtera semua pembaca. Sejak akhir-akhir ini ada banyak panduan bagaimana buat duit dengan program affiliate. Bingung jadinya kerana tidak tahu panduan mana satu yang paling baik untuk diri sendiri dan benar-benar berkesan memberikan keuntungan  kepada peserta program affiliate. Saya akan listkan panduan-panduan buat duit dengan affiliate dan terpulanglah kepada anda pilih panduan mana satu untuk dijadikan panduan. Walaupun panduan ini ditulis oleh orang yang berbeza namun mereka mempunyai kelebihan dan kepakaran masing-masing dan mempunyai sejarah kegemilangan dalam program affiliate.  Sebelum tu saya cuba kongsikan bagaimana saya membuat duit dengan program affiliate. Saya bukanlah pakar dalam bidang ini tetapi setakat saya mengamalkan teknik-teknik ini, saya belum pernah tidak mendapat komisyen.Terdapat beberapa teknik yang biasa saya lakukan antaranya;

1. Pengiklanan.
Jika anda rajin berkunjung ke laman web Berita Harian Online ataupun di portal lelong.com.my, banyak iklan-iklan yang terdapat di situ. Iklan tersebut bukan milik Berita Harian Online mahupun lelong.com.my. Sebenarnya iklan tersebut milik para pengiklan sama ada mempromosi produk sendiri ataupun program affiliate. Pengiklan memilih portal ini sebagai tempat pengiklanan kerana portal ini mempunyai bilangan pengunjung yang ramai setiap hari. Mengiklan di Berita harian Online ataupun di lelong.com.my adalah berbayar dan kadar bayarannya pula bergantung kepada bentuk dan saiz iklan.Kesimpulannya,kalau ada seribu mengklik iklan yang anda pasang,mustahil seorangpun tidak tersangkut.

2. Program PPC.
Program pengiklanan PPC sangat popular. Antara program PPC seperti google adwords, Bidvertiser dan Adbrite. Program PPC paling popular bagi saya ialah google adwords. Saya biasanya menggunakan khidmat google adwords apabila saya mengiklankan sesuatu produk di clickbank untuk pasaran antarabangsa. Bayaran bagi pengiklanan di google adwords ni bergantung kepada nilai bid keywords. Walaupun tidak pernah menjadi super affiliate tetapi sekurang-kurangnya adalah untung sikit.

3. Blogging.
Blogging juga adalah salah satu teknik yang berkesan. Buatlah review produk dan jangan lupa letakkan link affiliate di akhir. Sukar untuk melakukan review jika sekiranya tidak mendapatkan dan menggunakan produk yang hendak dipromosikan. Untuk kes ni mungkin anda gempakkan produk baru yang ada dalam pasaran dan buat sedikit ulasan berpandukan surat jualan.

Ini sahaja teknik yang biasa saya lakukan untuk menjana pendapatan melalui program affiliate. Sebenarnya ada banyak lagi teknik-teknik lain yang saya tahu tetapi saya kurang mempraktikkanya.Ini adalah kerana saya hanya menumpukan beberapa teknik sahaja. Antara lain teknik mempromosikan link affiliate ialah teknik mailing list, forum dan banyak lagilah. Berbalik kepada panduan affiliate, sekiranya teknik yang saya jelaskan ni kurang memuaskan, anda boleh mendapatkan panduan-panduan affiliate daripada usahawan yang sudah berjaya menjana pendapatan dengan affiliate. Saya katakan diorang berjaya kerana mereka ni pernah memenangi beberapa peraduan top affiliate dan menjana ribuan ringgit melalui program affiliate dalam masa sebulan. Panduan-panduan affiliate yang saya sarankan adalah seperti di bawah ni..pilih mana satu yang berkenan di hati.

Panduan Affiliate Plus
Ditulis oleh Saudara Ammar Zahar
Rekod cemerlang top affiliate Rahsia Clickbank.
http://affiliateaplus.com/

Panduan Pakar Affiliate
Ditulis oleh zamri Nanyan
Menjana ribuan ringgit setiap bulan
melalui program affiliate
http://pakaraffiliate.com

Panduan Affiliate Kerajaan
Ditulis oleh Jamaluddin Bahari
Rekod cemerlang banyak menjuarai top affiliate
tempatan dalam cabaran affiliate.Beliau juga pernah
digelar King Of Affiliate.
http://www.affiliatekerajaan.com

Rahsia ilmu pemasaran internet yang BERHARGA !

Pada mula saya berjinak-jinak dengan internet,saya ingat cari produk dan letakkannya di laman web supaya orang boleh beli merupakan perkara utama untuk berjaya.

Saya silap.Silap BESAR! Perkara paling berharga buat saya semasa membina bisnes ialah “belajar mempromosikan produk di internet” – tiada yang lebih berharga daripada pelajaran ini.

Kenapa saya boleh cakap begitu? Kerana jika saya tahu bagaimana caranya mendapatkan orang melawati laman web saya, saya boleh jadikan mereka pembeli sesuatu produk.

Tapi jika saya mempunyai produk sendiri tetapi tidak tahu bagaimana untuk menarik orang ramai
supaya datang ke laman web saya untuk melihat produk yang saya jual, usaha saya sia-sia sahaja kerana tiada siapa yang akan lihat produk tersebut, lebih lagilah untuk membeli.

Di sini, produk sudah jatuh nombor DUA (saya akan terangkan sebentar lagi).

Memasarkan produk di laman web anda adalah perkara UTAMA.

Belajarlah kaedah promosi yang berkesan dan anda akan dapat jual apa-apa produk yang sesuai atau jana pendapatan tanpa menjual sebarang produk pun (hairan bukan?).

Saya katakan produk jatuh nombor dua selepas ilmu pemasaran kerana…

1. Anda tak perlu jual produk untuk menjana pendapatan di internet (ada caranya)

2. Anda boleh jual produk orang lain dan kaut komisyen jualan

Jadi jelaslah di sini bahawa produk bukanlah masalah utama. Yang tinggal ialah kaedah promosi yang perlu anda pelajari dan aplikasikan ke dalam bisnes internet anda.

Kebanyakan orang gagal untuk melihat perkara ini. Sebab itulah mereka tercari-cari “apakah produk hangat yang mereka nak jual” di internet, walhal untuk mula menjana pendapatan lumayan di internet ialah dengan mempelajari cara atau kaedah melakukan promosi.

Zamri Nanyan terbitkan “Pakar Affiliate” pun atas dasar mengajar bagaimana anda boleh melakukan pemasaran efektif dan mempromosikan produk orang lain dahulu.

Ada 3 modul semuanya.

Modul #1 – Video Asas Pemasaran Affiliate

Anda diterangkan perkara asas yang anda perlu tahu untuk memahami pemasaran internet tanpa mencipta produk anda sendiri. Ada 5 video yang disediakan supaya ianya lebih mudah untuk anda belajar (tonton dan dengar)

Modul #2 – 5 Kaedah Pemasaran Affiliate Yang Terbukti Berkesan

Ini merupakan rakaman audio tentang 5 cara pemasaran internet yang telah pun terbukti berkesan. Guna cara ini untuk mempelbagaikan cara promosi anda.

Modul #3 – Teknik “Money-On-Demand”

Inilah teknik kegemaran saya. Hantar satu email sebelum tidur, esoknya saya boleh lihat komisyen jualan terhasil. Bayangkan berapa banyak email yang anda boleh hantar sebulan. Kemudian, bayangkan setiap email yang anda hantar bernilai beberapa puluh atau ratus (mungkin ribu) ringgit setiap email.Ianya tidak mustahil kerana ribuan Pakar Affiliate MASIH melakukannya.

Jika anda rasa anda masih lagi tidak menjana pendapatan di internet, mungkin anda boleh semak semula “cara pemasaran” yang anda lakukan.

Adakah ianya efektif? Jika tidak, anda tahu apa yang MESTI anda lakukan.

Zamri Nanyan Pakar Affiliate disini !

Lambat-laun saya pasti anda akan miliki Pakar Affiliate juga. Kenapa tidak sekarang?

Jika anda bertindak sekarang dan buat pembelian, anda diberikan satu SEMINAR bernilai RM1,299 PERCUMA.

Inilah nilai yang tak terhingga dengan hanya membuat pelaburan kurang daripada 2 ratus ringgit sahaja.

Dapatkan “Pakar Affiliate” sekarang sebelum seminar ini penuh!


 Powered by Max Banner Ads 

Recommended: Panduan Minisite | List Produk Usahawan | Webmaster And Software | DataKL Hosting
Namecheap Hosting | Panduan Affiliate | Namsahaz Hosting | OneBytes Hosting | JomHosting | Video Online | Digital