Max Banner Ads Plugin
Blog wordpress sememangnya mudah untuk dibangunkan lebih-lebih lagi jika memiliki panduan untuk membina blog wordpress. Kebanyakan blogger menggunakan wordpress sebagai platform untuk membina blog. Ini adalah kerana selain daripada mudah dipasang, blog wordpress juga mempunyai banyak aksesori untuk mencantikkan blog blogger.
Wordpress sememangnya sungguh menarik kerana menampilkan banyak plugin untuk kemudahan tertentu seperti untuk tujuan pengiklanan. Blogger yang menggunakan wordpress sebagai platform tidak mengalami kesukaran untuk menambah aksesori kerana sememangnya ia banyak tersedia secara percuma.
Menampilkan iklan dalam bentuk banner di blog sememangnya sangat sukar. Pada kebiasaannya blogger menggunakan widget text untuk menampilkan iklan tertentu di blog. Iklan yang banyak menyebabkan terlalu banyak widget text digunakan. Ini boleh jadi menyukarkan pengurusan dibahagian ruang admin. Mungkin adakalanya blogger tidak sedar atau lupa bahagian mana iklan tertentu diletakkannya. Menampilkan iklan dengan menggunakan widget text juga adalah terhad di bahagian sidebar sahaja. Ia tidak mampu meletakkan banner ads di antara post. Ia cuma boleh dilakukan dengan meletakkan kod iklan di ruang index ataupun di bahagian single post. Namun kemampuan dari segi bilangan iklan juga adalah terhad.
Artikel saya kali ini adalah ingin berkongsikan plugin yang diberi nama max banner ads plugin. Plugin ini sememangnya sangat mesra dan mudah digunakan. Anda cuma upload dan aktifkan plugin ini kemudian mulakan kempen promosi produk anda atau affiliate anda. Plugin ini boleh memuatkan banyak iklan dan akan tampil diblog anda secara rawak. Anda juga tidak perlu mengingatkan kod-kod html untuk memaparkan banner anda. Anda cuma upload banner anda kemudian letakkan link affiliate anda.
Max banner ads juga boleh memaparkan dengan lengkap kekerapan iklan anda tampil dan berapa banyak iklan anda diklik oleh pengunjung. Max banner ads mempunyai fungsi sama seperti google adwords yang memaparkan kekerapan iklan anda di klik. Anda boleh menentukan mana satu produk yang paling popular.
Antara ciri-ciri Max Banner Ads Plugin :-
- Boleh letakkan banner dibahagian atas atau bawah mengikut kesukaan anda.
- Iklan tampil secara random.
- Upload banner dari komputer atau dapatkan link banner.
- Iklan tanpa had mengikut kesukaan anda.
- Boleh menjejak paparan dan klik iklan anda.
- Menyisip iklan di sidebar widgets
- Iklan pelbagai saiz
- dan banyak lagii..
Anda boleh mendapatkan plugin ini secara percuma sahaja. Perisian ini sememangnya sangat canggih dan anda tidak perlu meragui keupayaannya menampulkan iklan anda. Jika anda berminat dengan plugin Max Banner Ads ni, dapatkannya di sini.



















