Archive for the ‘Umum’ Category


 Powered by Max Banner Ads 

Produk percuma download

Salam kepada semua pengunjung blog ini. Sebagai menghargai kunjungan anda di blog yang tidak seberapa ini, saya memberikan hadiah kepada anda semua. Hadiah yang saya maksudkan adalah produk yang boleh di download secara percuma sahaja. Anda tidak perlu mengeluarkan sesenpun untuk mendapatkan produk tersebut walaupun mempunyai kuliti yang amat bagus.

Namun untuk makluman anda semua, produk percuma tersebut bukan semua yang diberikan oleh saya. Ada beberapa produk tertentu yang saya dapat daripada laman web IM  lain yang memberikannya secara percuma sahaja. Walau bagaimanapun untuk produk daripada laman web lain yang saya pautkan di blog ini, saya tidak dapat menjamin produk tersebut masih percuma download ketika anda pergi ke link yang saya berikan. Kemungkinan mereka mengubah terma dengan menjual produk tersebut kerana tempoh download percuma sudah t.a.m.a.t. Ketika saya letakkan link tertentu diblog ini, produk yang ditawarkan masih percuma…

Jadi dimana anda boleh mendapatkan produk percuma download ? Mungkin perkataan percuma di atas sekali terlalu kecil menyebabkan anda tidak perasan di blog ini ada banyak dipautkan dengan produk percuma. Lawatilah setiap link yang diberikan manalah tahu anda bernasib baik pemilik produk masih memberikan produk secara percuma.. Jika anda tidak melihat page percuma bolehlah klik disini.

Jika anda berpuas hati dengan produk percuma yang saya pautkan, selalulah berkunjung ke blog ini, manalah tahu lebih banyak produk percuma yang saya pautkan pada masa akan datang..heheee.

Menjana pendapatan online antara kejayaan dan kegagalan

Salam semua. Selepas hampir setahun berkecimpung dalam dunia adsense, akhirnya saya telah menerima cek pertama saya. Gembira juga apabila mendapat cek pertama yang dikirimkan khas dari US. Bolehlah tunjuk sekejap dengan kawan-kawan walaupun tidak banyak. Saya tetap bersyukur kerana saya masih mampu menjana pendapatan dengan adsense walaupun tidak mempunyai sebarang panduan untuk memulakan dunia adsense. Namun adakalanya saya terfikir bagaimana orang lain mampu menjana pendapatan sehingga beribu-ribu sebulan dengan adsense. Setiap kali melihat penduan menjana pendapatan dengan adsense sama ada ebook tempatan atau luar negara, testemoni pendapatan beribu-ribu adakalanya boleh membakar.

Oklah, tinggalkan kisah pendapatan adsense, saya cerita pula tentang peluang menjadi jutawan segera dengan internet. Benarkah seseorang usahawan internet boleh menjana pendapatan beribu-ribu dalam sehari di internet ? Apabila saya mengajukan persoalan ini, anda tentu fikir saya kecewa kerana gagal dalam menjana pendapatan atau buat duit di internet. Saya cuma mahu menyatakan kebenaran di internet. Memang tidak dapat dinafikan membuat duit diinternet adalah sentiasa terbuka. Untuk menjana pendapatan beribu-ribu dalam masa satu hari adalah sesuatu yang mustahil. Wahhh… jika  boleh menjana pendapatan beribu-ribu dalam masa sehari,  semua rakyat Malaysia yang mempunyai komputer dan talian internet tidak perlu makan gaji melainkan duduk di depan komputer sambil buat duit. Anda boleh fikirkan sendiri…

Testimoni pendapatan adalah pelengkap kepada webjualan. Tiada testimoni pendapatan sudah tentu bakal pembeli tidak akan tertarik dengan produk yang dijual. Sesuatu yang anda kena tahu, testemoni pendapatan sebenarnya boleh dibuat-buat hanya dengan mengambil pendapatan orang lain atau diedit dengan menggunakan perisian photoshop. Tidak hairanlah ada testimoni pendapatan yang sama dengan produk berbeza.

Apakah sebenarnya rahsia menjana pendapatan beribu-ribu dalam masa yang singkat ? Jika saya pengusaha restoran sudah tentu masakan yang sedap adalah rahsia kejayaan saya. Saya pernah melakukan pengiklanan link affiliate di laman web lelong.com dengan kos RM28 seminggu namun hasilnya sungguh mengecawakan kerana saya cuma mendapat beberapa ratus sahaja dalam masa satu minggu. Kecewa kerana tidak mencapai  angka ribu. Nampaknya saya masih belum berjaya memecahkan rahsia usahawan yang sudah berjaya. Teringin juga membeli rahsia daripada usahawan yang sudah berjaya tetapi banyak juga testimoni negatif yang yang saya baca bahawa rahsia yang mereka jual masih lagi di rahsiakan. Saya masih yakin teknik pengiklanan sama ada di laman web yang mempunyai traffik yang tinggi atau di Google Adwords adalah rahsia besar menjana pendapatan online.

Saya pernah berkunjung ke laman web myorionet.com. Saya fikir penulis blog ini adalah seorang yang jujur. Ini mungkin kerana kerana statusnya sebagai seorang pensyarah.Saya masih ingat antara ayat-ayat yang ditulis dalam webnya, antaranya “teori menjana pendapatan yang ditulis oleh penulis ebook tidak salah tetapi ia mustahil untuk di realisasikan”.

Internet tetap  mendatangkan duit kepada yang rajin berusaha tetapi menjana pendapatan sehingga empat angka dalam sehari adalah sesuatu yang mustahil. Rahsia kejayaan ada ditangan sendiri iaitu rajin berusaha disamping pandai memilih produk yang mempunyai permintaan yang tinggi.

Membuat duit mudah dengan cara salah secara online

Salam semua. Bercakap tentang buat duit secara online, memang tidak dapat dinafikan ia sebenarnya lubuk untuk menambahkan pendapatan jika kena pada strateginya. Namun disebalik menjana pendapatan secara online ada insan tertentu yang menjana pendapatan dengan cara yang salah atau dalam erti kata yang mudah difahami, penipu internet. Golongan ini sememangnya mencemar aktiviti perniagaan online yang menghapuskan kepercayaan pengguna internet terhadap perniagaan online.

Satu bentuk penipuan baru adalah menyamar sebagai orang lain atau mewakili sesebuah institusi. Perkara ini semakin serius apabila orang atau institusi dimana namanya digunakan melakukan tindakan mahkamah ataupun memberi amaran kepada pengguna atau pelanggannya. Sebagai contoh, Jutawan Irfan Khairi telah memfailkan saman terhadap individu yang cuba menggunakan namanya dalam perniagaan online demi untuk kepentingan diri sendiri. Maybank dan beberapa syarikat lain juga telah membuat amaran kepada pelanggannya agar berhati-hati dengan SMS, panggilan, atau email yang dikirimkan oleh orang tertentu yang menyamar kononnya mereka adalah agen maybank. Mereka semua ini adalah penipu.

Artikel saya pada kali ini adalah bagi mendedahkan penipuan yang dilakukan oleh individu yang menyamar sebagai  maybank. Baru-baru ini saya telah menerima email daripada seseorang yang saya tidak kenali yang menyamar sebagai pengurusan maybank2u. Walau bagaimanapun saya tidak termakan dengan umpan syaitan yang bertopengkan manusia ini kerana saya sudah sedia maklum maybank2u tidak pernah berurusan melalui email. Makhluk tersebut memang pakar kerana 100% berjaya meniru laman web maybank2u. Pada pandangan saya, makhluk ini sebenarnya tidak membuat laman web yang sama dengan maybank2u.  Ia cuma menyambungkan laman webnya yang dilengkapi dengan perakam maklumat dengan laman web maybank2u.

Di bawah ini saya tunjukkan gambar email yang dihantar oleh makhluk yang menyamar sebagai orang maybank. Diharap dengan pendedahan ini, pembaca dapat mengelakkannya jika sekiranya menerima email yang sama pada masa akan datang. Jika anda menerima sebarang email yang menggunakan nama maybank atau maybank2u, sila abaikan. Jika ada masa, kongsikan penipuan tersebut kepada rakyat Malaysia.

Pengirim email ini cuba memaparkan alamat laman web maybank iaitu https://www.maybank2u.com.my untuk mengelirukan penerima email. Namun jika anda letakkan cursor di atas url tersebut, alamat sebenar penyangak itu adalah http://24-231-244-162.static.aldl.mi.charter.com/ .

Apabila anda klik url tersebut, alamatnya adalah http://adsl-99-22-97-221.dsl.chcgil.sbcglobal.net/q/?https://www.maybank2u.com.my/mbb/m2u/common/M2ULogin.do?action=Login/. Cuba perhatikan alamat maybank di hujung. Ini bermakna penyangak cuba merakam aktiviti anda. Alamat email yang digunakan oleh penyangak adalah maybank2u@support.com.my.

Walaupun maybank bukanlah sumber untuk menjana pendapatan anda seperti clickbank namun jika penipuan ini terus berlaku, ini boleh mengakibatkan orang ramai tidak mempercayai sistem keselamatan perbankkan online dan seterusnya melupakan urusniaga secara online.

Semoga dengan perkongsian ini dapat menyelamatkan duit anda di maybank.

Max Banner Ads Plugin

Blog wordpress sememangnya mudah untuk dibangunkan lebih-lebih lagi jika memiliki panduan untuk membina blog wordpress. Kebanyakan blogger menggunakan wordpress sebagai platform untuk membina blog. Ini adalah kerana selain daripada mudah dipasang, blog wordpress juga mempunyai banyak aksesori untuk mencantikkan blog blogger.

Wordpress sememangnya sungguh menarik kerana menampilkan banyak plugin untuk kemudahan tertentu seperti untuk tujuan pengiklanan. Blogger yang menggunakan wordpress sebagai platform tidak mengalami kesukaran untuk menambah aksesori kerana sememangnya ia banyak tersedia secara percuma.

Menampilkan iklan dalam bentuk banner di blog sememangnya sangat sukar. Pada kebiasaannya blogger menggunakan widget text untuk menampilkan iklan tertentu di blog. Iklan yang banyak menyebabkan terlalu banyak widget text digunakan. Ini boleh jadi menyukarkan pengurusan dibahagian ruang admin. Mungkin adakalanya blogger tidak sedar atau lupa bahagian mana iklan tertentu diletakkannya. Menampilkan iklan dengan menggunakan widget text juga adalah terhad di bahagian sidebar sahaja. Ia tidak mampu meletakkan banner ads di antara post. Ia cuma boleh dilakukan dengan meletakkan kod iklan di ruang index ataupun di bahagian single post. Namun kemampuan dari segi bilangan iklan juga adalah terhad.

Artikel saya kali ini adalah ingin berkongsikan plugin yang diberi nama max banner ads plugin. Plugin ini sememangnya sangat mesra dan mudah digunakan. Anda cuma upload dan aktifkan plugin ini kemudian mulakan kempen promosi produk anda atau affiliate anda. Plugin ini boleh memuatkan banyak iklan dan akan tampil diblog anda secara rawak. Anda juga tidak perlu mengingatkan kod-kod html untuk memaparkan banner anda. Anda cuma upload banner anda kemudian letakkan link affiliate anda.

Max banner ads juga boleh memaparkan dengan lengkap kekerapan iklan anda tampil dan berapa banyak iklan anda diklik oleh pengunjung. Max banner ads mempunyai fungsi sama seperti google adwords yang memaparkan kekerapan iklan anda di klik. Anda boleh menentukan mana satu produk yang paling popular.

Antara ciri-ciri Max Banner Ads Plugin :-

  • Boleh letakkan banner dibahagian atas atau bawah mengikut kesukaan anda.
  • Iklan tampil secara random.
  • Upload banner dari komputer atau dapatkan link banner.
  • Iklan tanpa had mengikut kesukaan anda.
  • Boleh menjejak paparan dan klik iklan anda.
  • Menyisip iklan di sidebar widgets
  • Iklan pelbagai saiz
  • dan banyak lagii..

Anda boleh mendapatkan plugin ini secara percuma sahaja. Perisian ini sememangnya sangat canggih dan anda tidak perlu meragui keupayaannya menampulkan iklan anda. Jika anda berminat dengan plugin Max Banner Ads ni, dapatkannya di sini.

Mengembangkan bisnes sebagai sumber pendapatan

Salam sejahtera semua. Semoga semuanya sentiasa sukses dalam menjana pendapatan secara online. Catatan saya kali ini adalah berkaitan dengan bisnes untuk perkongsian bersama. Namun saya mohon maaf kerana ayat yang tidak tersusun. Apapun saya juga berharap agar perkongsian ini membawa menfaat kepada semua pembaca.

Bercakap tentang bisnes, saya percaya ini adalah waktu yang sesuai untuk mempelajari bisnes dan melihat perkembangan bisnes di masa lalu. Seperti apa yang selalu diingat bahwa dalam usaha atau menjalankan perniagaan tidak pernah berhenti daripada terus maju dan terus maju sehingga ke puncak kejayaan. Jika seseorang usahawan berhenti untuk maju berarti usahawan akan kerugian besar.

Perniagaan tidak selalunya berkembang dan ada kalanya mengalami penyusutan. Seperti yang kita nampak pada sekarang ini, krisis ekonomi dunia yang terjadi, mengakibatkan banyak perusahaan memaksa ke bawah skala usaha mereka. Banyak kilang gulung tikar dan tidak kurang juga yang kehilangan pekerjaan. Pada pendapat saya, dunia seharusnya tidak berhenti tumbuh tetapi dengan memilih bidang pembangunan selektif. Begitulah reality bisnes di luar sana. Bagaimana pula dengan bisnes secara online ?

Seperti dalam beberapa artikel, usahawan online tidak berapa merasai krisis kegawatan ekonomi dunia. Usahawan internet masih mampu menjana pendapatan yang lumayan dikala usahawan diluar sana sedang bergelut untuk menyelamatkan perusahaan mereka. Pengurusan bisnes online mungkin tidak perlu memerah otak untuk menggandakan pendapatan selagi strategi lama masih berkesan untuk buat duit. Berbanding dengan pengurus sebuah syarikat yang terpaksa membuat keputusan yang tepat agar perusahaan mereka akan terus maju dan berkembang.

Mungkin usahawan internet berbangga dengan pendapatan passive yang memberikan pendapatan yang tidak putus walaupun dunia dilanda krisis. Usahawan internet tidak perlu risau berhadapan dengan pembuangan pekerja kerana sememangnya usahawan internet tidak mempunyai majikan. Mungkin ini alasan mengapa mereka yang diluar sana yang belum menyertai atau menceburkan diri dalam perniagaan internet agar mencuba untuk menerokainya. Sekalipun permulaannya agak sukar tetapi jika disusuli dengan usaha dan semangat yang kuat, saya percaya anda akan berjaya sama seperti usahawan internet yang lain.

Mungkin agak susah untuk menentukan apa yang harus dilakukan dalam merangka bagi membolehkan bisnes berkembang, tapi yang penting adalah bisnes kita harus berkembang maju.

Salam kejayaan.

Panduan ecover jualan action script oleh Luvlee

Baru-baru ini designer Luvlee telah melancarkan ecover jualan action script. Pelancaran ecover jualan tepat pada masanya kerana bukan semua designer mempunyai kepakaran yang dimiliki oleh Luvlee. Ecover jualan yang mudah diikuti sangat membantu walaupun seseorang itu bukan designer.

Saya sudah mendapatkan ecover jualan Luvlee dan sememangnya saya sangat teruja dengan hasil kerja beliau. Saya bukanlah designer dan tidak ada asas photoshop. Selepas saya mendapatkan produk ecover jualan, saya boleh menghasilkan kerja sama seperti yang dibuat oleh seorang pakar. Yang paling penting, saya dapat membuat sesuatu design dengan mudah dan pantas.

Ecover jualan Luvlee ada 20 action script. Ini bermakna saya telah mendapat 20 jenis design ecover. Jika anda mahu mencipta kad digital, anda tidak perlu memeningkan kepala kerana Luvlee sudah mencipta kad yang cantik. Anda cuma bina ayat dan letak gambar kegemaran, lepas tu klik play. Kad anda akan terhasil dalam beberapa saat.Anda tentu teruja apabila mencipta kad digital sendiri kerana anda tidak perlu lagi mengambil kad ucapan orang lain. Pada krismas yang lepas, saya mencipta kad krismas untuk rakan-rakan yang merayakan krismas dan mereka ingin tahu bagaimana saya boleh lakukannya kerana saya bukanlah ada kepakaran dalam photoshop.

Sesiapapun tidak rugi untuk memiliki ecover jualan ini. Tidak kiralah sama ada anda adalah seorang grafik designer atau bukan. Jika anda adalah seorang usahawan internet, maka anda wajib memiliki ecover jualan kerana seorang usahawan memerlukan design untuk mempromosikan sesuatu produk.Bagi saya ia wajib dimiliki sebab itulah saya sudah memilikinya.Jika anda berminat untuk mendapatkan ecover jualan ini anda boleh mendapatkannya disini.

Gambar di bawah adalah contoh-contoh design ecover jualan yang dihasilkan oleh Luvlee dan anda akan memilikinya dengan membelinya dengan Luvlee.

Video sedutan ecover jualan.


 Powered by Max Banner Ads 

Recommended: Panduan Minisite | List Produk Usahawan | Webmaster And Software | DataKL Hosting
Namecheap Hosting | Panduan Affiliate | Namsahaz Hosting | OneBytes Hosting | JomHosting | Video Online | Digital