Archive for the ‘Umum’ Category


 Powered by Max Banner Ads 

Skrip memendekkan url

Setiap kali menyembunyikan link affiliate atau apa juga tujuan untuk memendekkan url, kebiasaannya kita akan menggunakan khidmat memendekkan url terkenal seperti TinyURL, bit.ly dan banyak lagi perkhidmatan yang memberikan perkhidmatan memendekkan url link affiliate.

Skrip memendekkan url ini selain daripada bertujuan untuk menyembunyikan link affiliate, ia juga berfungsi sebagai melakukan redirect. Kebiasaannya tujuan memendekkan url ini adalah bagi tujuan menyembunyikan link affiliate.

Oleh kerana fungsi memendekkan url ini sangat popular dan kerap digunakan, bagusnya jika sendiri memiliki perkhidmatan memendekkan url dan tidak perlu lagi bergantung kepada perkhidmatan memendekkan url dari TinyURL ataupun di bit.ly. Jika kita rajin meneroka di rumah pakcik google, terdapat banyak skrip percuma berkaitan memendekkan url ini. Pilih sahaja mana satu yang sesuai dan mudah untuk digunakan.Antara penyedia skrip memendekkan url secara percuma ialah get-shorty.com. Ada banyak lagi yang lain tetapi memandangkan saya ada menggunakan get-shorty.com, saya bercerita tentang skrip ini sahaja. Jika mahu yang berbayar pada kadar harga yang paling rendah boleh diperolehi di sini.

shorty

Skrip get-shorty mudah sahaja diinstall dihosting kerana tidak banyak setup yang diperlukan. Bagusnya skrip shorty ini ialah kita boleh mengesan rekod berapa klik setiap link yang dibena.Selain daripada itu kita juga boleh menentukan keywords bersesuaian dengan link yang dipendekkan. Anda boleh melihat sendiri keupayaan skrip ini dengan melakukan demo di get-shorty.com/shorty atau mendapatkan skrip ini secara percuma di get-shorty.com.

get-shorty

Jika anda rasa skrip ini bermanfaat, dapatkannya di get-shorty.com secara percuma atau lihat contoh yang saya sudah buat disini. Mendapatkan skrip ini, anda tidak perlu lagi menggunakan skrip redirect lain yang memerlukan fail diupload ke hosting. Ini lebih menjimatkan masa dan dapat melihat link affiliate yang berpotensi berdasarkan rekod klik.

Jaringan sosial baru google buzz

Saya baru tahu rupanya google sudah melancarkan jaringan sosial barunya. Jaringan sosial ini dikenali sebagai Google Buzz. Jaringan sosial Google Buzz lebih menyerupai twitter dan facebook. Saya belum meneroka jaringan Google Buzz ni tapi rasanya tidak ada permainan seperti yang terdapat di facebook.

Jika sekiranya anda pengguna akaun gmail, rakan yang sama menggunakan akaun gmail akan menjadi kengkawan secara automatik. Bagusnya anda boleh melihat post kengkawan dengan hanya login ke akaun gmail. Terdapat juga kemudahan lain dalam google buzz ni integrasi dengan picasa.

google_buzzSeperti di Facebook, anda juga boleh sertakan gambar dalam setiap update malah boleh muatkan lebih daripada satu gambar.Selain daripada itu, jika anda hendak promosikan affiliate, letak saja link affiliate di ruang komen. Bolehlah bersembang-sembang sambil promosikan affiliate masing-masing..hehee.

Saya suka dengan Google Buzz ni sebab saya pengguna gmail. Login saja ke akaun gmail, saya sudah boleh melihat update kengkawan di google Buzz. Jika ada idea bolehlah sembang bersama. Bagi yang belum gmail tu cepat-cepatlah buka akaun gmail dan join Google Buzz.

Saya sebenarnya masih meneroka google buzz ni..

Lagi lagi SPAM

Ramai pengguna internet yang membuat duit di internet. Daripada ramai-ramai yang menjadi usahawan internet tu, bermacam-macam cara juga teknik,kaedah buat duit sama ada dengan teknik yang bagus atau sebaliknya. Tidak kisahlah apa cara seseorang usahawan melakukan promosi sesuatu produk kepada orang lain asalkan tidak menyakitkan hati orang lain.

Kali ni saya memperkatakan tentang SPAM iaitu salah satu kaedah promosi yang semakin dipopularkan walaupun ia satu perbuatan boleh menimbulkan rasa kurang senang kepada orang lain. Tidak kiralah apa jenis SPAM yang dilakukan sama ada melakukan SPAM email atau di ruang-ruang komen ataupun di ruang-ruang forum. Saya tidak perlu terangkan apa sebenarnya SPAM kerana ia banyak dibincangkan oleh blogger-blogger yang anti SPAM.

Antara kandungan email SPAM

Saya ingin menjemput anda ke laman web saya di blablabla
Saya ada sediakan perniagaan segera yang mudah untuk anda miliki.
Lagi cepat anda bermula, lagi banyak duit anda akan terima!
Jika anda berminat sila layari: blablabla

Terima kasih

Saya selalu menerima email daripada seseorang seperti di atas yang menggelar dirinya usahawan internet. Malah dalam sales jualannya, perkataan jutawan antara kandungan dalam ayat-ayat perangsang. Terlintas juga dalam fikiran, jika benar boleh jadi jutawan,mengapa pemilik surat jualan tersebut tidak mampu mendapatkan sistem autoresponder berbayar atau sekurang-kurangnya sistem autoresponder percuma seperti yang saya gunakan ??? Promosi sesuatu produk dengan cara melakukan SPAM sememangnya tidak perlu dilayan, padamkan sahaja email mereka. Mungkin usahawan seperti ini tidak menyedari bahawa perbuatan mereka itu sebenarnya boleh menghilangkan keyakinan orang lain terhadap produknya. Penghantar email SPAM akan dipandang serong dan penerima email juga akan berasa was-was dengan penghantar email SPAM. Kredabiliti seseorang usahawan yang suka melakukan SPAM juga akan terjejas..Ahirnya sendiri yang akan rugi.

Bagi yang selalu menerima email daripada seseorang yang tidak dikenali, email percuma seperti gmail ataupun yahoo sebenarnya mempunyai kemudahan menapis email spam. Caranya mudah sahaja iaitu memasukkan email yang diterima dalam folder SPAM. Harap-harap google atau yahoo akan melakukan sesuatu terhadap email tersebut. Jika sekiranya pada masa akan datang penghantar email menghantar email dengan menggunakan email yang sama,email tersebut akan dimasukkan ke dalam folder SPAM.

Akhir sekali, jika serius buat duit diinternet, keluarkan sedikit model untuk menjadi seorang usahawan yang tulen. Janganlah mengaut keuntungan dengan cara mudah yang akhirnya menjejaskan reputasi diri sendiri.
Selamatkan bidang keusahawanan internet di Malaysia dengan cara orang Malaysia. Terima Kasih.

One dollar articles untuk google adsense

Masih lagi mengenai google adsense iaitu satu program yang boleh dijadikan sumber sebagai pendapatan sampingan. Berapa banyak atau berapa lama seseorang itu mendapat cek daripada google adsense bergantung kepada usaha seseorang. Bahasa mungkin salah satu halangan utama untuk menjana pendapatan dengan adsense. Seperti saya, saya percaya diluar sana ramai yang bahasa inggerisnya bertarabur. Mungkin mereka ini juga adalah seperti saya yang menjadikan program google adsense sebagai sumber pendapatan sampingan. Lemah dalam penulisan artikel bahasa inggeris sememangnya satu masalah untuk menjana pendapatan adsense tambahan pula iklan adsense jarang sekali tampil dalam blog yang menggunakan Bahasa Malaysia.

Bagi yang bahasa inggerisnya bertarabur, langkah terakhir adalah  mendapatkan artikel percuma seperti di ezinearticle atau di goarticles. Untuk mendapatkan artikel percuma ini anda tertakluk kepada syarat yang telah ditetapkan  seperti tidak boleh mengubah suai kandungan, link dan nama penulis. Ini menyebabkan kandungan blog anda sama dengan kandungan blog orang lain. Kandungan artikel yang sama dengan blog lain memungkinkan blog anda bersaing carian google atau kena banned . Blog anda akan berdapat hukuman dibanned jika mempunyai kandungan yang sama di blog yang berbeza. Kerana mendapatkan artikel percuma akhirnya blog dihukum oleh google dengan menurunkan PR blog anda.

Mendapatkan artikel berbayar lebih menguntungkan untuk adsense anda daripada mendapatkan artikel percuma. Terdapat artikel berbayar yang boleh diubahsuai kandungannya. Ini sesuatu yang bagus kerana ia dapat mengelakkan kandungan blog yang sama dengan blog orang lain. Walaupun tiada kemahiran mengubahsuai kandungan artikel asal, itu tidak menjadi masalah kerana terdapat  perisian yang membantu mengubah kandungan artikel tersebut untuk menjadikan artikel anda unik.

Saya sendiri mendapatkan artikel berbayar yang saya rasakan cukup murah di pasaran. Lebih daripada seratus ribu artikel dengan pelbagai niche dijual hanya $1. Seperti yang saya katakan tadi, untuk menjadikan artikel anda unik agar tidak ada persamaan dengan kandungan blog lain, ubah suai artikel anda sama ada dengan kemahiran sendiri atau menggunakan khidmat free article spinning. Nampak macam mudah bukan ? Mendapatkan artikel berbayar juga dapat menggandakan pendapatan anda kerana pada masa yang sama anda boleh meletakkan link affiliate anda. Makluman lanjut anda boleh baca sendiri kandungan-kandungan artikel yang berharga $1 di sini.

Percuma download articles directory di sini. Pastikan anda menggunakan browser internet explorer jika handak menggunakannya kerana ia direka khas untuk explorer sahaja buat masa ini. Perisian ini juga boleh digunakan untuk mengubah suai konten artikel sehingga 100%. Cubalahh..

Panduan membina laman web untuk adsense

Salam sejahtera semua. Seperti yang saya terangkan dahulu, adsense adalah salah satu program yang boleh mendatangkan duit kepada semua penggemar adsense. Saya pasti setiap blogger di Malaysia sudah menyertai program ini kecuali mereka yang sudah di senarai hitam oleh google adsense. Untuk makluman kepada orang baru dalam dunia internet adsense adalah satu program yang benar-benar memberikan keuntungan kepada peserta google adsense. Caranya mudah iaitu cuma bina blog dalam bahasa Inggeris, buka akaun google adsense, tunggu kelulusan daripada google, dapatkan kod adsense dan mulakan usaha anda.

Ramai juga yang kecewa dengan google adsense kerana sesudah sekian lama menyertai program ini belum lagi mendapat cek daripada google adsense. Jika tidak sabar sudah tentu sudah lama cabut lari daripada terus buang masa dengan google adsense. Namun sebelum mengambil keputusan untuk meninggalkan adsense, anda perlu tahu sebab mengapa masih belum mendapat klik.

Laman web tanpa traffik sudah tentu tidak ada seorang pun yang akan menemui blog anda. Jika tidak ada yang menemui blog anda, siapa lagi yang akan mengklik iklan google adsense anda ? Untuk itu pelajari teknik-teknik bagaimana cara untuk meningkatkan trafik laman web anda. Anda boleh mendapatkan panduan secara berbayar ataupun panduan percuma. Mengupdate blog adalah sesuatu yang memerlukan kesabaran. Sekurang-kurangnya anda menggunakan masa lebih kurang dua jam di depan komputer anda. Seminggu sekurang-kurangnya tiga post. Jika tidak ada idea, macam mana buat sehingga tiga artikel dalam masa seminggu ? Dalam bahasa Inggeris pula tu..

Satu panduan percuma bagaimana menggandakan pendapatan dengan google adsense. Selain daripada kandungan web atau blog, paparan yang menarik atau mudah dilayari juga amat penting dalam menjana pendapatan dengan adsense. Tidak ada kepakaran membina laman web bukan lagi satu masalah bagi anda kerana anda boleh membuatnya dalam beberapa klik yang mudah dilakukan. Anda juga tidak perlu risau mengenai kandungan laman web anda kerana semuanya akan diatur oleh software.. Anda cuma sediakan kod adsense sahaja. Selebihnya dilakukan oleh software ajaib. Dalam masa tiga minit laman web anda dengan kandungan lebih kurang 60 artikel sudah sedia diupload ke hosting anda. Minta maaf, panduan ini hanya sesuai untuk mereka yang mempunyai hosting berbayar sahaja tapi kalau mahu test power apa salahnya untuk mendapatkannya lagipun percuma juga. Tanpa buang masa anda boleh survey power panduan ini dengan mendownloadnya disini secara percuma sahaja

Review: Adakah MiniOpt-In Sebaik Yang Disangka?

Jika anda mengikut perkembangan dalam dunia internet marketing tempatan, anda mungkin mengetahui tentang koleksi MiniOpt-In yang dibuat oleh saudara Iskandar Jauhari.

Tema ini lain daripada lain adalah kerana ianya mempunyai subscription form di header itu sendiri. Berbanding tema-tema lain yang tidak menggunakan taktik ini, koleksi Mini Opt-in mampu menjana lebih banyak leads atau optin untuk anda. Anda akan mendapat LIMA tema berlainan warna untuk anda gunakan.

Seperti yang anda tahu, setiap orang PASTI akan membaca daripada atas ke bawah dan pastinya akan melihat header dahulu sebelum teks lain. Jadi, dengan meletakkan optin form di dalam header itu sendiri, optin akan meningkatkan dengan mendadak.

======================================
Apa yang akan anda dapat dalam minggu pelancaran
======================================

Sekiranya anda mendapatkan MiniOpt-In dalam masa tiga minggu ini, anda akan mendapat pelbagai manfaat.

Pertama: keahlian Mini Pro secara percuma. Ini merupakan tempat di mana anda akan memuat turn (download) themes MiniOpt-in. Ianya akan diberikan percuma kepada mereka yang membeli pada minggu pelancaran (3 minggu pertama). Mereka yang mendapat keahlian ini akan mendapat tema secara percuma atau pada harga diskaun pada masa hadapan, dan akan mendapat update dari semasa ke semasa tentang projek dibuat oleh saudara Iskandar, dan diskaun-diskaun lain oleh dia.

Hey, khabar angin bahawa Iskandar akan bina 5 lagi tema mini opt-in yang lebih mengancam lagi memang benar! BERITA BAIK! Semua ahli Mini Pro akan mendapatkannya secara PERCUMA! Al-kisahnya sekarang, adakah anda ahli Mini Pro ini? ;p

Kedua: anda akan menerima 5 tema tambahan secara percuma, tambahan daripada 5 yang asal sekarang ini. Maksudnya, anda akan menerima 10 tema keseluruhannya. Jika anda membeli selepas tempoh pelancaran, anda terpaksa membayar lebih untuk mendapatkannya.

Ketiga: anda akan menerima kad kupon daripada Iskandar sendiri supaya anda mendapat diskaun sebanyak 40% di iscandesign.com. Bayangkan jika kos anda sehingga RM100. Anda akan berjimat sehingga 40 ringgit dengan mendapatkan kupon diskaun ini.

=====================
Bonus tambahan
=====================

Jika anda mendapatkan MiniOpt-In ini, anda bukan sahaja mendapat tema daripada Iskandar, kerana anda akan mendapat:
- 15 Opt-in Box Sidebar
- 15 Opt-in Box Blog
- 50 Anak Panah Animasi
- 1 Design Contact Form Dwibahasa (anda boleh pilih mana yang anda mahu)
- Kupon Diskaun 40% (dalam 3 minggu sahaja)
- Keahlian Mni Pro (dalam 3 minggu sahaja)

Akhir kata, mungkin ramai yang berkata, “banyak tema kat luar sana” tetapi seseorang perlu ingat: jarang kita dapat lihat tema yang mempunyai opt-in form di dalam header. Saya sendiri TIDAK PERNAH menjumpai tema-tema seperti itu.

Jadi ianya memang unik dan lain daripada lain. Adakah ianya berbaloi untuk duit anda? Bagi saya ya, kerana ianya mampu menjana lebih banyak jualan untuk diri saya.  Saya sanggup untuk memberikan Iskandar RM25 untuk ini.

Jika anda berminat untuk melihat potensi sebenar tema minisite Iskandar, anda boleh layari miniopt-in.com untuk maklumat lanjut.


 Powered by Max Banner Ads 

Recommended: Panduan Minisite | List Produk Usahawan | Webmaster And Software | DataKL Hosting
Namecheap Hosting | Panduan Affiliate | Namsahaz Hosting | OneBytes Hosting | JomHosting | Video Online | Digital