Archive for the ‘Adsense’ Category


 Powered by Max Banner Ads 

Jana wang adsense dibuka kembali penjualannya

Setelah sekian lama Jana Wang Adsense ditutup penjualannya oleh team JWA, akhirnya panduan buat duit dengan adsense yang paling top di Malaysia dibuka kembali penjualannya. Ini adalah satu berita gembira kepada semua usahawan adsense yang masih gagal mendapat cek daripada google inc walaupun sudah lama menceburkan diri dengan program adsense.

Jana Wang Adsense ini juga sudah diupgrade oleh saudara Munawar ke versi 2.5 yang memberikan pembeli strategi dan teknik terkini cara-cara menjana pendapatan dengan adsense. Panduan jana wang adsense ini mudah difahami dengan panduan bergambar, teknik langkah demi langkah cara menjana pendapatan dengan adsense. Walaupun panduan Jana Wang Adsense ini sudah diupgrade ke veris baru, harga yang ditawarkan masih harga lama.

Berdasarkan kepada review daripada pembeli Jana Wang Adsense, rata-rata pembeli cukup berpuas hati dengan pendapatan mereka dengan adsense. Ini membuktikan panduan jana wang adsense banyak membantu usahawan adsense menjana pendapatan dengan adsense. Walaupun panduan ini cukup baik dan lengkap, kejayaan anda untuk buat duit dengan adsense adalah bergantung kepada diri anda. Sekiranya mengikuti setiap langkah yang diajarkan oleh saudara Munawar, sudah pasti anda akan bergembira dengan income anda dengan adsense..[ baca maklumat penuh disini ]

Laman web video youtube

Sudah menjadi trend sekarang untuk memiliki laman web atau blog dalam bentuk video. Kali ini saya menulis sedikit tentang web video. Semua orang sukakan video tidak kira apa jenis ceritanya. Saya pun suka berkunjung ke laman youtube untuk menonton video sebagai hiburan. Sesekali terklik juga iklan yang terdapat di laman youtube.

Oleh kerana minat berkunjung ke youtube, terfikir pula saya bagaimana cara untuk membuat laman web video yang kandungannya daripada youtube dan seterusnya boleh mendatangkan duit kepada saya. Saya pun buat blog video dengan menggunakan domain percuma, ambil kod daripada youtube kemudian pastekan ke blog saya. Menjadi blog video youtube saya tapi timbul pula masalah iaitu masalah mengupdate. Kurang masa untuk mengupdate menyebabkan video di blog saya tiada perubahan. Orangpun malas berkunjung kalau video yang di sajikan tiada perubahan.

Punah harapan untuk buat duit dengan video..Pernah terjumpa beberapa panduan tempatan bagaimana buat video blog tapi belum ambil keputusan untuk membelinya kerana masih memikirkan soal mengupdate. Suatu ketika tu saya cuba-cuba taip tajuk video yang saya upload di youtube di cerian google. Tajuk video saya terpampang tapi bukan di laman youtube. Nak tahu juga siapa yang berminat betul dengan video saya yang tidak seberapa itu. Wahhh..rupanya ia laman web video yang auto update daripada youtube. Bagus juga jika ada laman seperti itu..

Akhirnya saya memiliki laman video youtube sendiri. Paling best, laman video youtube saya banyak mendatangkan duit adsense  daripada blog saya yang lain. Saya juga tidak memikirkkan untuk mengupdate laman video youtube saya kerana ia akan update secara auto. Untuk setting laman video ni pun tidak susah sangat cuma ganti iklan dengan link affiliate sendiri, tukar kod adsense kemudian uploadkan template ke hosting.

Kalau kamu berminat memiliki laman web video ataupun video blog, jangan tunggu lama-lama, jangan bertangguh buat duit dengan laman video. Ada modal dapatkan template atau panduan lain. Jika nak laman web youtube boleh lihat keterangan lanjut dengan mengklik banner disidebar blog ni yang bertajuk Instant Video Sites. Mungkin anda lebih minat dengan video blog, anda boleh dapatkan panduan membuat video blog yang dibuat oleh saudara Alang di pakejvideoblog.com. Klik saja link tu, jangan risau kerana ia bukan link affiliate saya.

Hmm.. ni saja catatan saya. Semoga catatan tidak seberapa ini dapat memberikan sedikit informasi tentang video dan buat duit.

Adsense for domain mesin duit mudah

Penggemar adsense nampaknya semakin rancak menerima cash daripada google adsense setelah melakukan kaedah yang lebih berkesan untuk mengaut duit daripada adsense. Apakah kaedah terbaru itu ??  Biasanya kita tahu mengenai dengan adsense content atau google search. Ini yang biasa kita orang buatlah. Ambil kod adsense kemudian tampal dimana-mana di bahagian blog.

Kaedah baru yang diperkenalkan oleh google benar-benar memberi keuntungan kepada penggiat program adsense. Kaedah yang saya maksudkan adalah Adsense For Domain.. kaedahkah namanya ni ? Apa-apalah, yang penting adsense for domain adalah salah satu cara berkesan untuk mendapatkan cash yang lebih kerap daripada google adsense.

Apa sebenarnya adsense for domain ini ? Jika anda mempunyai domain yang tidak dapat diurus atau sudah lama terabai, lebih baik settingkan untuk menjadikan ia mesih duit anda. Dengan melakukan sedikit setting, domain anda akan berfungsi sebagai mesin duit yang sangat berkuasa. Setelah semuanya selesai, anda tidak perlu melakukan post ke domain anda namun domain anda mampu memberikan anda duit mungkin lebih baik pulangannya daripada blog anda. Tiada domain bukan satu masalah kerana anda tahu dimana mendapatkan domain serendah RM3.00 setahun. Seperti yang saya beritahu dalam post yang lepas Co.CC juga ada aplikasi adsense for domain, boleh jadi anda dapat domain percuma. Walau bagaimanapun mempunyai domain untuk adsense for domain tidak sempurna jika tidak mampu menjadi mesin duit anda.

Satu pandua adsense for domain dalam bahasa Melayu menerangkan cara-cara setting adsense for domain telah dilancarkan oleh saudara Raja Kamil. Selain daripada menerangkan cara setting adsense for domain anda juga akan ditunjukkan dimana boleh mendapat domain dot com yang paling murah. Paling best anda akan tahu bagaimana menjana pendapatan adsense for domain. Panduan berbahasa Melayu yang saya maksudkan ialah panduanafd.com. Panduan ini mendapat sambutan yang amat memuaskan dan pembeli panduan ini sudah mula menjana pendapatan dengan adsense for domain. Jika tidak percaya boleh pergi ke forum wangcyber.com

Antara lain yang anda akan ketahui dengan panduan adsense for domain ini adalah ;

  • Bagaimana cara menarik trafik ke domain anda yang hanya menampilkan iklan sahaja.
  • Cara white hat untuk menarik trafik
  • Cara blackhat ( tetap best ) untuk menarik trafik
  • Cara mahal untuk mendapatkan trafik ( tetapi berbaloi jika ada duit lebih )
  • Banyak lagi yang bakal anda ketahui.

Untuk mendapatkan makluman lanjut sila layari panduanafd.com.

Cara setting adsense for domain di co.cc

Salam sejahtera semua. Hari ini saya kongsikan kepada anda bagaimana menjana pendapatan melalui program adsense. Adsense  tentu sudah sabati dengan aktiviti buat duit melalui blog anda. Biasanya anda mengambil kod adsense daripada ads content kemudian meletakkan kod adsense di blog. Satu cara lagi menjana pendapatan dengan adsense adalah melalui adsense for domain. Bagi yang ada akaun adsense sudah tentu sudah tahu mengenainya tetapi berapa ramai yang sudah mempraktikkannya ?

Post saya kali ini menerangkan secara ringkas cara-cara setting adsense for domain dengan menggunakan hosting co.cc. Sebenarnya tidak rumit melakukan setting adsense for domain di co.cc. Hanya lebih kurang 5 kali klik perkataan set up, setting anda sudah selesai. Ok, mari kita mulakan menjana pendapatan program adsense for domain. Pertama sekali buka akaun di co.cc. Pilih domain kegemaran anda sebagai contoh duitraya.co.cc. Buatlah langkah seterusnya sehinggalah anda selesai buka akaun.

Langkah seterusnya, login ke akaun adsense anda kemudian klik adsense for domain. Anda masukkan nama domain yang anda hendak setting dalam adsense for domain sebagai contoh duitraya.co.cc. Untuk pilihan bahasa, pilih sahaja bahasa Inggeris kemudian klik submit. Anda akan dibawa ke paparan seterusnya iaitu 4 nombor ip address dan pub adsense anda. Saya cadangkan agar anda jangan keluar daripada paparan tersebut sehingga setting di DNS anda selesai. Mengapa ? Terlalu banyak ip address yang perlu diingat.

Langkah ketiga, pergi semula ke akaun co.cc yang anda baru buat sebentar tadi. Lihat perkataan manage DNS. Klik setup dan keluar arahan meminta name server. Untuk Name server anda kena minta dengan hosting yang anda sewa. Saya tidak pasti jika ada cara lain. Jika ada, bolehlah kongsikan bersama di ruang komen ya.

cpanel-co-cc

Langkah seterusnya klik Zone Records. Di bahagian ini anda akan melihat perkataan Host,TTL,Type, dan Value. Untuk proses yang pertama, isikan Host dengan www, TTL tetapkan pada kedudukan  ID, bahagian Type pilih CNAME, dan untuk Value isi pub-xxxx.afd.ghs.google.com ( copy diakaun adsense anda ), kemudian klik set up. Selesai langkah pertama di bahagian Zone Records. Ulangi langkah sama tetapi kandungan berbeza dari tadi. Host biarkan kosong, TTL tetapkan ID, Type pilih A dan Value masukkan ip address yang boleh didapati di akaun adsense anda. Itulah saya cadang supaya jangan keluar dari paparan adsense tadi..hehee. Nombor-nombor itu adalah 216.239.32.21, 216.239.34.21, 216.239.36.21 dan 216.239.38.21. Jangan masukkan sekali tau, lakukan secara berselang seli. Ingat, setiap kali selesai isi setiap item, jangan lupa klik set up. Akhirnya anda mempunyai 5 rekod di Zone Records iaitu 4 ip address dan satu CNAME google adsense anda. Sehingga disini anda sudah selesai melakukan setting adsense for domain. Jika tiada masalah, adsense for domain anda akan di approve oleh google kurang daripada 2 jam.

Sampai sini sahaja tips kali ini. Semoga ia membantu anda melakukan setting adsense for domain di co.cc.  Saya baru sahaja melakukan setting adsense for domain di Godaddy. Sudah approve pun. Saya akan tunjukkan bagaimana cara setting adsense for domain dengan godaddy dalam masa terdekat. Saya tunjukkan kepada anda bagaimana melakukan setting di godaddy yang lebih mudah berbanding co.cc. Jadi jangan ketinggalan berkunjung di blog ini.

One dollar articles untuk google adsense

Masih lagi mengenai google adsense iaitu satu program yang boleh dijadikan sumber sebagai pendapatan sampingan. Berapa banyak atau berapa lama seseorang itu mendapat cek daripada google adsense bergantung kepada usaha seseorang. Bahasa mungkin salah satu halangan utama untuk menjana pendapatan dengan adsense. Seperti saya, saya percaya diluar sana ramai yang bahasa inggerisnya bertarabur. Mungkin mereka ini juga adalah seperti saya yang menjadikan program google adsense sebagai sumber pendapatan sampingan. Lemah dalam penulisan artikel bahasa inggeris sememangnya satu masalah untuk menjana pendapatan adsense tambahan pula iklan adsense jarang sekali tampil dalam blog yang menggunakan Bahasa Malaysia.

Bagi yang bahasa inggerisnya bertarabur, langkah terakhir adalah  mendapatkan artikel percuma seperti di ezinearticle atau di goarticles. Untuk mendapatkan artikel percuma ini anda tertakluk kepada syarat yang telah ditetapkan  seperti tidak boleh mengubah suai kandungan, link dan nama penulis. Ini menyebabkan kandungan blog anda sama dengan kandungan blog orang lain. Kandungan artikel yang sama dengan blog lain memungkinkan blog anda bersaing carian google atau kena banned . Blog anda akan berdapat hukuman dibanned jika mempunyai kandungan yang sama di blog yang berbeza. Kerana mendapatkan artikel percuma akhirnya blog dihukum oleh google dengan menurunkan PR blog anda.

Mendapatkan artikel berbayar lebih menguntungkan untuk adsense anda daripada mendapatkan artikel percuma. Terdapat artikel berbayar yang boleh diubahsuai kandungannya. Ini sesuatu yang bagus kerana ia dapat mengelakkan kandungan blog yang sama dengan blog orang lain. Walaupun tiada kemahiran mengubahsuai kandungan artikel asal, itu tidak menjadi masalah kerana terdapat  perisian yang membantu mengubah kandungan artikel tersebut untuk menjadikan artikel anda unik.

Saya sendiri mendapatkan artikel berbayar yang saya rasakan cukup murah di pasaran. Lebih daripada seratus ribu artikel dengan pelbagai niche dijual hanya $1. Seperti yang saya katakan tadi, untuk menjadikan artikel anda unik agar tidak ada persamaan dengan kandungan blog lain, ubah suai artikel anda sama ada dengan kemahiran sendiri atau menggunakan khidmat free article spinning. Nampak macam mudah bukan ? Mendapatkan artikel berbayar juga dapat menggandakan pendapatan anda kerana pada masa yang sama anda boleh meletakkan link affiliate anda. Makluman lanjut anda boleh baca sendiri kandungan-kandungan artikel yang berharga $1 di sini.

Percuma download articles directory di sini. Pastikan anda menggunakan browser internet explorer jika handak menggunakannya kerana ia direka khas untuk explorer sahaja buat masa ini. Perisian ini juga boleh digunakan untuk mengubah suai konten artikel sehingga 100%. Cubalahh..

Panduan membina laman web untuk adsense

Salam sejahtera semua. Seperti yang saya terangkan dahulu, adsense adalah salah satu program yang boleh mendatangkan duit kepada semua penggemar adsense. Saya pasti setiap blogger di Malaysia sudah menyertai program ini kecuali mereka yang sudah di senarai hitam oleh google adsense. Untuk makluman kepada orang baru dalam dunia internet adsense adalah satu program yang benar-benar memberikan keuntungan kepada peserta google adsense. Caranya mudah iaitu cuma bina blog dalam bahasa Inggeris, buka akaun google adsense, tunggu kelulusan daripada google, dapatkan kod adsense dan mulakan usaha anda.

Ramai juga yang kecewa dengan google adsense kerana sesudah sekian lama menyertai program ini belum lagi mendapat cek daripada google adsense. Jika tidak sabar sudah tentu sudah lama cabut lari daripada terus buang masa dengan google adsense. Namun sebelum mengambil keputusan untuk meninggalkan adsense, anda perlu tahu sebab mengapa masih belum mendapat klik.

Laman web tanpa traffik sudah tentu tidak ada seorang pun yang akan menemui blog anda. Jika tidak ada yang menemui blog anda, siapa lagi yang akan mengklik iklan google adsense anda ? Untuk itu pelajari teknik-teknik bagaimana cara untuk meningkatkan trafik laman web anda. Anda boleh mendapatkan panduan secara berbayar ataupun panduan percuma. Mengupdate blog adalah sesuatu yang memerlukan kesabaran. Sekurang-kurangnya anda menggunakan masa lebih kurang dua jam di depan komputer anda. Seminggu sekurang-kurangnya tiga post. Jika tidak ada idea, macam mana buat sehingga tiga artikel dalam masa seminggu ? Dalam bahasa Inggeris pula tu..

Satu panduan percuma bagaimana menggandakan pendapatan dengan google adsense. Selain daripada kandungan web atau blog, paparan yang menarik atau mudah dilayari juga amat penting dalam menjana pendapatan dengan adsense. Tidak ada kepakaran membina laman web bukan lagi satu masalah bagi anda kerana anda boleh membuatnya dalam beberapa klik yang mudah dilakukan. Anda juga tidak perlu risau mengenai kandungan laman web anda kerana semuanya akan diatur oleh software.. Anda cuma sediakan kod adsense sahaja. Selebihnya dilakukan oleh software ajaib. Dalam masa tiga minit laman web anda dengan kandungan lebih kurang 60 artikel sudah sedia diupload ke hosting anda. Minta maaf, panduan ini hanya sesuai untuk mereka yang mempunyai hosting berbayar sahaja tapi kalau mahu test power apa salahnya untuk mendapatkannya lagipun percuma juga. Tanpa buang masa anda boleh survey power panduan ini dengan mendownloadnya disini secara percuma sahaja


 Powered by Max Banner Ads 

Recommended: Panduan Minisite | List Produk Usahawan | Webmaster And Software | DataKL Hosting
Namecheap Hosting | Panduan Affiliate | Namsahaz Hosting | OneBytes Hosting | JomHosting | Video Online | Digital