Archive for the ‘Keusahawanan’ Category


 Powered by Max Banner Ads 

Panduan buat duit dengan affiliate

Salam sejahtera semua pembaca. Sejak akhir-akhir ini ada banyak panduan bagaimana buat duit dengan program affiliate. Bingung jadinya kerana tidak tahu panduan mana satu yang paling baik untuk diri sendiri dan benar-benar berkesan memberikan keuntungan  kepada peserta program affiliate. Saya akan listkan panduan-panduan buat duit dengan affiliate dan terpulanglah kepada anda pilih panduan mana satu untuk dijadikan panduan. Walaupun panduan ini ditulis oleh orang yang berbeza namun mereka mempunyai kelebihan dan kepakaran masing-masing dan mempunyai sejarah kegemilangan dalam program affiliate.  Sebelum tu saya cuba kongsikan bagaimana saya membuat duit dengan program affiliate. Saya bukanlah pakar dalam bidang ini tetapi setakat saya mengamalkan teknik-teknik ini, saya belum pernah tidak mendapat komisyen.Terdapat beberapa teknik yang biasa saya lakukan antaranya;

1. Pengiklanan.
Jika anda rajin berkunjung ke laman web Berita Harian Online ataupun di portal lelong.com.my, banyak iklan-iklan yang terdapat di situ. Iklan tersebut bukan milik Berita Harian Online mahupun lelong.com.my. Sebenarnya iklan tersebut milik para pengiklan sama ada mempromosi produk sendiri ataupun program affiliate. Pengiklan memilih portal ini sebagai tempat pengiklanan kerana portal ini mempunyai bilangan pengunjung yang ramai setiap hari. Mengiklan di Berita harian Online ataupun di lelong.com.my adalah berbayar dan kadar bayarannya pula bergantung kepada bentuk dan saiz iklan.Kesimpulannya,kalau ada seribu mengklik iklan yang anda pasang,mustahil seorangpun tidak tersangkut.

2. Program PPC.
Program pengiklanan PPC sangat popular. Antara program PPC seperti google adwords, Bidvertiser dan Adbrite. Program PPC paling popular bagi saya ialah google adwords. Saya biasanya menggunakan khidmat google adwords apabila saya mengiklankan sesuatu produk di clickbank untuk pasaran antarabangsa. Bayaran bagi pengiklanan di google adwords ni bergantung kepada nilai bid keywords. Walaupun tidak pernah menjadi super affiliate tetapi sekurang-kurangnya adalah untung sikit.

3. Blogging.
Blogging juga adalah salah satu teknik yang berkesan. Buatlah review produk dan jangan lupa letakkan link affiliate di akhir. Sukar untuk melakukan review jika sekiranya tidak mendapatkan dan menggunakan produk yang hendak dipromosikan. Untuk kes ni mungkin anda gempakkan produk baru yang ada dalam pasaran dan buat sedikit ulasan berpandukan surat jualan.

Ini sahaja teknik yang biasa saya lakukan untuk menjana pendapatan melalui program affiliate. Sebenarnya ada banyak lagi teknik-teknik lain yang saya tahu tetapi saya kurang mempraktikkanya.Ini adalah kerana saya hanya menumpukan beberapa teknik sahaja. Antara lain teknik mempromosikan link affiliate ialah teknik mailing list, forum dan banyak lagilah. Berbalik kepada panduan affiliate, sekiranya teknik yang saya jelaskan ni kurang memuaskan, anda boleh mendapatkan panduan-panduan affiliate daripada usahawan yang sudah berjaya menjana pendapatan dengan affiliate. Saya katakan diorang berjaya kerana mereka ni pernah memenangi beberapa peraduan top affiliate dan menjana ribuan ringgit melalui program affiliate dalam masa sebulan. Panduan-panduan affiliate yang saya sarankan adalah seperti di bawah ni..pilih mana satu yang berkenan di hati.

Panduan Affiliate Plus
Ditulis oleh Saudara Ammar Zahar
Rekod cemerlang top affiliate Rahsia Clickbank.
http://affiliateaplus.com/

Panduan Pakar Affiliate
Ditulis oleh zamri Nanyan
Menjana ribuan ringgit setiap bulan
melalui program affiliate
http://pakaraffiliate.com

Panduan Affiliate Kerajaan
Ditulis oleh Jamaluddin Bahari
Rekod cemerlang banyak menjuarai top affiliate
tempatan dalam cabaran affiliate.Beliau juga pernah
digelar King Of Affiliate.
http://www.affiliatekerajaan.com

Bisnes T-Shirt di mudah.my

Selama ini mungkin anda dimomokkan pelbagai bisnes internet seperti buat duit dengan ebook,buat dengan program affiliate,buat duit dengan adsense dan banyak lagi program-program lain yang boleh buat duit. Kesemua program buat duit ini memang memberikan pendapatan yang lumayan kepada usahawan jika tekniknya betul. Namun menumpukan satu lubuk buat duit sahaja maka anda terlupa sebenarnya ada peluang-peluang menjana pendapatan lumayan di internet.

Ramai usahawan berjaya menjana pendapatan yang lumayan hanya dengan berniaga di lelong ataupun di mudah.my. Berniaga dikedua-dua portal ini sudah tentu dikaitkan dengan produk-produk fizikal. Walaupun banyak produk fizikal yang boleh dijual di lelong ataupun di mudah.my, masih ada juga usahawan yang masih tercari-cari produk yang hendak dijual.

Beberapa hari yang lepas usahawan internet iaitu saudara Hafizi Zain telah melancarkan produknya berkaitan dengan bisnes T-Shirt. Pendedahan yang dibuat oleh beliau sangat menarik kerana bisnes T-Shirt boleh dilakukan secara offline dan online.  Jika anda mahu berniaga di lelong atau di mudah.my, mungkin anda boleh menjual T-Shirt yang anda design sendiri. Terdapat beberapa ciri-ciri bisnes T-Shirt antaranya ;

  1. Boleh dibuat secara offline atau online.
  2. Tidak perlu menyimpan stok di rumah dan tidak perlu membeli mesih cetak baju.
  3. Modal yang rendah dan sentiasa mendapat pasaran tanpa mengira musim.
  4. Boleh dibuat secara sambilan namun pendapatan tetap lumayan.

Penulis panduan bisnes T-Shirt ini sendiri telah menjana pendapatan yang sangat lumayan dimana dengan menjual T-Shirt secara online dan offline mampu meraih pendapatan sehingga enam angka. Jika sekiranya anda mahu mengetahui dengan lebih lanjut bisnes T-Shirt sila dapatkannya di sini.

Cara Untuk Setup Direct Domain Ke Blogspot

Salam sejahtera semua. Hari ni hari yang ke 12 kita berada di tahun baharu. Harap semua yang dirancang berjalan dengan baik. Bagi yang merancang mahu memiliki blog dengan menggunakan domain berbayar tetapi tidak mahu mendapatkan hosting, harap panduan ni dapat membantu anda untuk mencapai impian anda.

Memiliki blog sendiri dengan menggunakan nama domain berbayar tanpa menyewa hosting boleh menjimatkan perbelanjaan anda. Mungkin anda yang belum tahu seseorang itu boleh menggunakan nama domain impian tanpa hosting.  Sebenarnya boleh dengan melakukan setup direct domain pilihan ke blogspot. Caranya mudah, pertama anda mesti mempunyai domain berbayar. Katakan anda sudah mempunyai blog di blogspot rahsiakuasaforex.blogspot.com dan mahu menjadikannya rahsiakuasaforex.com. Beli domain rahsiakuasaforex.com kemudian lakukan beberapa setup berikut ;

Login ke akaun >>>

  1. Klik Products > List Last 10 Domains
  2. Klik Domain Name – Click To Manage
  3. Klik Tab DNS
  4. Klik pada butang Activate DNS
  5. Kemudian klik butang Auto-update the nameservers for me
  6. Klik Products > List Last 10 Domains
  7. Klik Managed DNS – Click To Manage
  8. Klik Manage DNS Record
  9. Klik CNAME Record
  10. Klik Add CNAME Record
  11. Isi kan seperti berikut:
  12. Di kotak Host name,masukkan : www Di Kotak Value,
    pilih kotak ke dua dan masukkan : ghs.google.com
    TTL biarkan pada 28800
  13. Tekan Add Record
  14. Login ke akaun blogspot anda
  15. Klik pada publishing di bawah tab Settings.
  16. Klik pada Switch to custom domain
  17. Kemudian masukkan URL domain berbayar anda
  18. Kemudian save setting tersebut. Done

Kini anda sudah memiliki blog dengan menggunakan domain berbayar mengikut pilihan anda tanpa menyewa hosting . Panduan ini adalah untuk hosting Malaysia Web Hosting . Blogspot membenarkan anda meletakkan iklan adsense yang boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan untuk membantu membiayai kos domain anda. Sekiranya mempunyai masalah , baca lebih lanjut di sini.

Bina blog dengan wordpress

Wordpress adalah salah satu daripada banyak pilihan yang tersedia untuk blogger yang mencari perisian yang sangat mudah untuk dikendali membina blog sendiri. Artikel ini sebenarnya sudah banyak ditulis oleh blogger yang membincangkan kelebihan wordpress. Sekadar menulis pengalaman sendiri sebagai pengguna wordpress, saya cuba menerangkan mengapa mesti memilih wordpress..

Mengapa pilih wordpress

Blogger sudah tentu mempunyai alasan yang berbeza mengapa ia memilih blogspot ataupun wordpress bagi memulakan membina blog sendiri. Jika sekiranya sekarang ini anda menggunakan tapak lain membina blog seperti blogspot, anda perlu mengetahui beberapa ciri-ciri yang ada pada wordpress. Blog wordpress sangat mudah kerana segala-galanya sudah tersedia daripada template sehinggalah kepada sokongan lain seperti plugin, cuma pilih sahaja yang berkenan di hati. Plugin ini adalah seperti mekup yang boleh mencantikkan lagi paparan blog. Mungkin sebab itulah ada yang berpendapat blog wordpress hanya sesuai bagi yang baru dalam dunia blog kerana dalam wordpress, semuanya sudah tersedia. Wordpress lebih lengkap dengan widget yang mudah digunakan. Terdapat juga widget yang tidak ada pada tapak blog lain seperti widget anti spam. Dalam wordpress, setiap artikel yang di publish mempunyai ruang komen kecuali ruang komen itu ditutup. Daripada ruang komen tersebut, admin boleh berinteraksi dengan pembaca artikelnya. Ruang komen di blog seperti blogspot juga ada tetapi tidak sehebat dengan wordpress. Selain daripada itu blog wordpress juga lebih mesra pengguna disamping mempunyai aplikasi auto ping.  Ini adalah sedikit maklumat  daripada banyak kehebatan blog wordpress.

Mulakan membina blog wordpress sama ada percuma atau yang berbayar. Kedua-duanya mempunyai aplikasi yang sama kecuali dari segi ciri-cirinya. Kemudahan themes dan plugin di wordpress percuma adalah terhad berbanding dengan menggunakan yang berbayar. Jika anda mempunyai kelebihan kewangan, anda boleh dapatkan blog wordpress berbayar.

Hosting paling murah di Malaysia

Semakin ramai usahawan Malaysia lahir setiap masa. Tidak kira apa program buat duit yang dijalankan atau apa juga jenis bisnes yang dijalankan, setiap usahawan internet mempunyai sekurang-kurangnya blog sama ada blog percuma atau berbayar. Bagi usahawan yang mahu beralih ke blog berbayar atau pemilik blog berbayar yang mahu berpindah ke rumah yang lebih besar dengan sewa yang lebih berpatutan, lakukan survey sebelum membuat keputusan untuk mendapatkan domain dan hosting. Ini penting bagi mengelakkan daripada rasa menyesal pada masa akan datang.

Kebanyakan domain dan hosting di Malaysia agak mahal harganya berbanding dengan hosting dari luar contohnya US. Saya tidak tahu mengapa ?, mungkin juga kerana mereka adalah pencipta perkakasan server menyebabkan hosting di luar negara jauh lebih murah. Sebab itulah kebanyakan usahawan memilih mendapatkan hosting dari luar. Sama ada mahu mendapatkan hosting tempatan atau dari luar bergantung kepada sasaran bisnes anda. Jika sekiranya blog atau bisnes di sasarkan kepada rakyat tempatan, apa salahnya mendapatkan hosting tempatan ? Pemilihan hosting tempatan lebih mudah melakukan komunikasi jika menghadapi sebarang masalah hosting..Namun jika bisnes anda disasarkan ke luar negara, anda wajib untuk mendapatkan hosting luar negara.

Kualiti server tempatan dan luar lebih kurang sama. Walaupun line di luar negara dalam 100 mbps tapi bila dah merentas benua, akan jadi lambat juga. Saya mengggunakan hosting tempatan di DataKL, buat masa ni tidak ada masalah lagi. Namun jika anda berhasrat mendapatkan domain lebih daripada satu untuk bisnes lain, jika mahu berjimat  saya cadangkan agar mendapatkan nama domain di namecheap kemudian pindahkan ke hosting anda.

Mungkin kerana harga murah, ramai usahawan memilih hosting luar negara. Seperti yang saya tulis awal-awal lagi,tajuk artikel ini, jika rajin survey anda juga akan menjumpai hosting yang murah di Malaysia jika harga yang menjadi pilihan untuk mendapatkan hosting. Jika anda semak senarai hosting di Malaysia Web Hosting, anda akan mendapat hosting yang murah serendah RM10 setahun untuk pakej 100 MB. Layari Malaysia Web Hosting untuk mendapatkan pakej hosting tempatan dan luar negara pada kadar yang sangat murah.

Rahsia buat duit no right click

Butang kanan tetikus biasa digunakan sama ada untuk membuka link ke tab baru. Butang tetikus sebelah kanan juga sering digunakan untuk tujuan mengcopy. Dalam keusahawananan internet, ada yang memasang anti klik kanan bagi mengelakkan seseorang daripada menyalahgunakan fungsi butang tetikus sebelah kanan.

Pada kebiasaannya, pencuri website biasa menggunakan butang tetikus sebelah kanan untuk tujuan mencuri teks artikel orang lain, kandungan surat jualan atau mencuri grafik orang lain.Orang lain susah-susah karang artikel, orang lain dengan senang-senang sahaja mengambil hasil kerja orang lain. Ini tidak sihat dan sebab itulah usahawan seperti kuasa forex, surat jualan minisite saudara Amirol dilindungi dengan anti right click dan copyscape protection.

Sekiranya blog atau surat jualan anda disekat dengan fungsi butang tetikus sebelah kanan, anda sudahpun menghalang si pencuri daripada mencuri hasil karya anda. Selain daripada itu hasil usaha anda melindungi hasil karya anda boleh memberikan keuntungan kepada anda kerana pengguna butang tetikus sebelah kanan bukan semuanya pencuri.

Butang tetikus sebelah kanan sebenarnya mempunyai potensi yang baik untuk buat duit.Anda hanya perlu lindungi hasil karya anda…Saya telah menemui satu skrip yang dapat melindungi hasil karya anda seperti artikel, grafik daripada diambil tanpa kebenaran daripada anda. Selain daripada melindungi hasil karya anda, skrip ini jugadapat menghasilkan duit. Ini adalah kerana skrip ini juga boleh berfungsi sebagai iklan..Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang skrip ini, klik disini untuk membaca lebih lanjut.

Your Ad Here
 Powered by Max Banner Ads 

Recommended: Panduan Minisite | List Produk Usahawan | Webmaster And Software | DataKL Hosting
Namecheap Hosting | Panduan Affiliate | Namsahaz Hosting | OneBytes Hosting | JomHosting | Video Online | Digital