Archive for the ‘Motivasi’ Category


 Powered by Max Banner Ads 

Panduan Autoresponder edisi percuma

Panduan autoresponder sudah banyak kali diperkatakan, dibincangkan dan dihuraikan oleh usahawan-usahawan internet. Sekali lagi bakal usahawan yang berminat mengembangkan pendapatan diinternet berpeluang mendapatkan ebook panduan ringkas berkaitan denganpanduan  autoresponder yang ditulis oleh saudara Rahman Basri. Walaupun saya katakan panduan ini ringkas tetapi tidak bermakna panduan yang dikongsikan itu tidak memberi manfaat kepada pembaca. Saya sudah mendownload dan membaca semua maklumat yang dikongsikan oleh saudara Rahman dan saya boleh katakan panduan autoresponder edisi percuma beliau ini cukup berinformasi. Saudara Rahman Basri ini boleh dikatakan usahawan muda kerana beliau baru sahaja menceburi keusahawanan internet sekitar Ogos 2009. Namun dalam masa yang singkat beliau talah menjana pendapatan ribuan ringgit. Dan rahsia kejayaan beliau adalah dengan mengumpul mailing list. Hasil daripada penerokaan beliau dalam pemasaran email, Saudara Rahman Basri akhirnya menulis ebook mengenai dengan panduan autoresponder sebagai panduan kepada usahawan yang masih tercari-cari panduan apa sebenarnya autoresponder dan panduan ini kini dipasaran yang diberi secara percuma pula. Ebook panduan autoresponder ini adalah pengalaman sebenar saudara Rahman Basri sendiri menggunakan dan menjana pendapatan dengan teknik mailing list dan autoresponder.

Terdapat beberapa bahagian yang telah dijelaskan dengan terperinci oleh saudara Rahman Basri dalam ebook panduan autoresponder edisi percuma seperti berikut ;

Bab 1. Mengenali Sistem Autoresponder

  • Kenali Apa itu mailing list
  • Cara mengumpul senarai email
  • Kelebihan mengumpul email secara sah
  • Maksud sistem Autoresponder
  • Sebab perlunya autoresponder
  • Jenis-jenis autoresponder

bab 2. perbezaan antara sistem autoresponder aweber,getrespon dan norabots

bab 3. Cara melanggan autoresponder berbayar

bab 4. Teknik menjana pendapatan dengan Autoresponder

  • Kita kerugian RM20,000 setahun
  • Menjana pendapatan dengan program affiliate

bab 5. Beralih autoresponder

  • Bagaimana mengekalkan subscriber asal.

Ebook panduan autoresponder edisi percuma ini sangat berinformasi khususnya bakal usahawan yang belum mengenali atau mempunyai sistem autoresponder. Untuk keterangan lanjut mengenai ebook panduan Autoresponder ini sila ke laman web panduanemail.com.

Rahsia ilmu pemasaran internet yang BERHARGA !

Pada mula saya berjinak-jinak dengan internet,saya ingat cari produk dan letakkannya di laman web supaya orang boleh beli merupakan perkara utama untuk berjaya.

Saya silap.Silap BESAR! Perkara paling berharga buat saya semasa membina bisnes ialah “belajar mempromosikan produk di internet” – tiada yang lebih berharga daripada pelajaran ini.

Kenapa saya boleh cakap begitu? Kerana jika saya tahu bagaimana caranya mendapatkan orang melawati laman web saya, saya boleh jadikan mereka pembeli sesuatu produk.

Tapi jika saya mempunyai produk sendiri tetapi tidak tahu bagaimana untuk menarik orang ramai
supaya datang ke laman web saya untuk melihat produk yang saya jual, usaha saya sia-sia sahaja kerana tiada siapa yang akan lihat produk tersebut, lebih lagilah untuk membeli.

Di sini, produk sudah jatuh nombor DUA (saya akan terangkan sebentar lagi).

Memasarkan produk di laman web anda adalah perkara UTAMA.

Belajarlah kaedah promosi yang berkesan dan anda akan dapat jual apa-apa produk yang sesuai atau jana pendapatan tanpa menjual sebarang produk pun (hairan bukan?).

Saya katakan produk jatuh nombor dua selepas ilmu pemasaran kerana…

1. Anda tak perlu jual produk untuk menjana pendapatan di internet (ada caranya)

2. Anda boleh jual produk orang lain dan kaut komisyen jualan

Jadi jelaslah di sini bahawa produk bukanlah masalah utama. Yang tinggal ialah kaedah promosi yang perlu anda pelajari dan aplikasikan ke dalam bisnes internet anda.

Kebanyakan orang gagal untuk melihat perkara ini. Sebab itulah mereka tercari-cari “apakah produk hangat yang mereka nak jual” di internet, walhal untuk mula menjana pendapatan lumayan di internet ialah dengan mempelajari cara atau kaedah melakukan promosi.

Zamri Nanyan terbitkan “Pakar Affiliate” pun atas dasar mengajar bagaimana anda boleh melakukan pemasaran efektif dan mempromosikan produk orang lain dahulu.

Ada 3 modul semuanya.

Modul #1 – Video Asas Pemasaran Affiliate

Anda diterangkan perkara asas yang anda perlu tahu untuk memahami pemasaran internet tanpa mencipta produk anda sendiri. Ada 5 video yang disediakan supaya ianya lebih mudah untuk anda belajar (tonton dan dengar)

Modul #2 – 5 Kaedah Pemasaran Affiliate Yang Terbukti Berkesan

Ini merupakan rakaman audio tentang 5 cara pemasaran internet yang telah pun terbukti berkesan. Guna cara ini untuk mempelbagaikan cara promosi anda.

Modul #3 – Teknik “Money-On-Demand”

Inilah teknik kegemaran saya. Hantar satu email sebelum tidur, esoknya saya boleh lihat komisyen jualan terhasil. Bayangkan berapa banyak email yang anda boleh hantar sebulan. Kemudian, bayangkan setiap email yang anda hantar bernilai beberapa puluh atau ratus (mungkin ribu) ringgit setiap email.Ianya tidak mustahil kerana ribuan Pakar Affiliate MASIH melakukannya.

Jika anda rasa anda masih lagi tidak menjana pendapatan di internet, mungkin anda boleh semak semula “cara pemasaran” yang anda lakukan.

Adakah ianya efektif? Jika tidak, anda tahu apa yang MESTI anda lakukan.

Zamri Nanyan Pakar Affiliate disini !

Lambat-laun saya pasti anda akan miliki Pakar Affiliate juga. Kenapa tidak sekarang?

Jika anda bertindak sekarang dan buat pembelian, anda diberikan satu SEMINAR bernilai RM1,299 PERCUMA.

Inilah nilai yang tak terhingga dengan hanya membuat pelaburan kurang daripada 2 ratus ringgit sahaja.

Dapatkan “Pakar Affiliate” sekarang sebelum seminar ini penuh!

2010 jadikan lebih bermakna

Salam sejahtera semua. Hari ini sudah hari ketiga kita berada dalam tahun 2010. Hari ini juga saya baru dapat online selepas tidak seminggu mengalami gangguan internet. Rasanya belum terlambat saya mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2010 kepada semua usahawan internet.

Setiap kali tahun baru biasanya setiap orang akan memperkatakan tentang azam baru. Tahun baru sudah tentu semangatpun baharu. Macam-macam perancangan yang diatur semata-mata untuk mencapai azam baru. Bagaimana pula dengan azam pada tahun lepas ? tercapai atau bagaimana ?

Bagi saya, saya masih meneruskan azam saya yang tidak tercapai pada tahun lepas. Saya kena berusaha lebih keras lagi agar azam saya akan menjadi kenyataan sebelum penghujung tahun ini. Jika sesuatu yang kita inginkan bagus untuk diri sendiri mengapa pula buka azam baru jika azam pada tahun lepas belum tercapai. Hanya tambah teknik, perancangan kemudian berusaha melaksanakan setiap perancangan yang dirancang.

Saya mengharapkan tahun ini adalah tahun yang lebih bermakna bagi saya. Walau bagaimanapun mengharap sahaja tidak cukup jika tidak disusuli dengan usaha. Kemudian usaha itu bukan pada awal tahun sahaja tetapi berpanjangan sehinggalah azam itu tercapai. Adakalanya saya terfikir, apakah bezanya tahun lepas dengan tahun ni ? Nama tahun sahaja memang sudah berbeza tetapi hari dan bulan tetap sama. Yang pasti  usia saya semakin tua.huhh..dan begitu juga dengan anda..

Sebagai usahawan internet marilah kita sama-sama melakukan yang terbaik pada tahun ini, dengan semangat yang baru dari awal tahun hingga akhir tahun. Jika kurang disiplin melaksanakan perancangan pada tahun lepas yang menjadi punca kegagalan tercapainya azam 2009, semoga tahun 2010 ini akan menjadi lebih bermakna.


 Powered by Max Banner Ads 

Recommended: Panduan Minisite | List Produk Usahawan | Webmaster And Software | DataKL Hosting
Namecheap Hosting | Panduan Affiliate | Namsahaz Hosting | OneBytes Hosting | JomHosting | Video Online | Digital