Archive for the ‘Free’ Category


 Powered by Max Banner Ads 

Skrip memendekkan url

Setiap kali menyembunyikan link affiliate atau apa juga tujuan untuk memendekkan url, kebiasaannya kita akan menggunakan khidmat memendekkan url terkenal seperti TinyURL, bit.ly dan banyak lagi perkhidmatan yang memberikan perkhidmatan memendekkan url link affiliate.

Skrip memendekkan url ini selain daripada bertujuan untuk menyembunyikan link affiliate, ia juga berfungsi sebagai melakukan redirect. Kebiasaannya tujuan memendekkan url ini adalah bagi tujuan menyembunyikan link affiliate.

Oleh kerana fungsi memendekkan url ini sangat popular dan kerap digunakan, bagusnya jika sendiri memiliki perkhidmatan memendekkan url dan tidak perlu lagi bergantung kepada perkhidmatan memendekkan url dari TinyURL ataupun di bit.ly. Jika kita rajin meneroka di rumah pakcik google, terdapat banyak skrip percuma berkaitan memendekkan url ini. Pilih sahaja mana satu yang sesuai dan mudah untuk digunakan.Antara penyedia skrip memendekkan url secara percuma ialah get-shorty.com. Ada banyak lagi yang lain tetapi memandangkan saya ada menggunakan get-shorty.com, saya bercerita tentang skrip ini sahaja. Jika mahu yang berbayar pada kadar harga yang paling rendah boleh diperolehi di sini.

shorty

Skrip get-shorty mudah sahaja diinstall dihosting kerana tidak banyak setup yang diperlukan. Bagusnya skrip shorty ini ialah kita boleh mengesan rekod berapa klik setiap link yang dibena.Selain daripada itu kita juga boleh menentukan keywords bersesuaian dengan link yang dipendekkan. Anda boleh melihat sendiri keupayaan skrip ini dengan melakukan demo di get-shorty.com/shorty atau mendapatkan skrip ini secara percuma di get-shorty.com.

get-shorty

Jika anda rasa skrip ini bermanfaat, dapatkannya di get-shorty.com secara percuma atau lihat contoh yang saya sudah buat disini. Mendapatkan skrip ini, anda tidak perlu lagi menggunakan skrip redirect lain yang memerlukan fail diupload ke hosting. Ini lebih menjimatkan masa dan dapat melihat link affiliate yang berpotensi berdasarkan rekod klik.

Bagaimana cara membina template minisite dengan photoshop?

Perisian adobe photoshop sememangnya sudah dikenali sebagai perisian yang paling banyak digunakan oleh grafik designer di seluruh dunia. Apa yang menyebabkan ramai grafik designer memilih perisian ini ialah kerana perisian hebat ini mampu menghasilkan grafik memukau yang beresolusi tinggi. Hasil grafik yang berkualiti menggambarkan produk yang berkualiti. Itu adalah ”first impression” bagi pelawat yang melayari laman web perniagaan anda.

Soalan penting, bagaimana cara membina template minisite dengan adobe photoshop? Susahkah membina template minisite dengan photoshop ?

Penting untuk sesiapa pun mengetahui rahsia menggunakan adobe photoshop iaitu anda tidak perlu mempunyai kemahiran yang tinggi dalam adobe photoshop untuk menghasilkan grafik yang memukau. Cukup dengan mengetahui ASAS sahaja anda sudah dapat menghasilkan grafik minisite yang berkualiti. Jadi jawapannya ialah, mempelajari adobe photosho senang sahaja!

Asas membina template minisite dengan photoshop hanyalah permulaan kepada diri anda untuk mengetahui pelbagai lagi trik dan rahsia menghasilkan grafik minisite yang hebat.

Selepas anda mengetahui asas menghasilkan grafik template minisite dengan photoshop, anda akan membina pelbagai lagi template baru dengan style yang berbeza!

Sebagai contoh, ada beberapa skill yang anda boleh pelajari dalam membina template minisite dengan photoshop seperti

[+] Teknik membina body template
[+] Teknik membina header & footer template
[+] Teknik membina order button
[+] Teknik blend imej
[+] Dan sebagainya…

Jika anda belajar sendiri asas-asas menggunakan adobe photoshop melalui manual atau help file perisian ini, anda akan gagal menguasainya. Mengapa ? Kerana ada banyak tools yang anda akan pelajari dalam manual photoshop sedangkan tidak semua tools tersebut akan digunakan untuk membina template minisite. Anda akan bingung, stress, dan akhirnya tinggalkan adobe photoshop. Betul bukan ?

Satu teknik yang saya sendiri gunakan untuk mempelajari adobe photoshop ialah melalui tutorial / sample yang dapat digunakan terus untuk projek minisite saya. Contohnya, katakan saya ingin mengetahui teknik membina Glossy Button untuk kegunaan laman web saya. Maka saya akan search tutorial tentang membina Glossy Button di seluruh pelusuk internet dan cuba mengikuti tutorial tersebut sehingga berjaya menghasilkan grafik tersebut.

Samalah konsepnya dengan pembinaan template minisite. Jika anda ingin membina template minisite menggunakan adobe photoshop, anda perlukan tutorial yang mengajar anda bagaimana membina template minisite. Dengan cara ini, pembelajaran akan lebih berkesan dan anda akan ingat teknik tersebut dengan mudah.

Jika dibuat perbandingan, adakah tutorial melalui ebook atau artikel lebih baik berbanding melalui video? Saya pasti lebih ramai memilih tutorial video. Ini kerana teknik mempelajari adobe photoshop yang berkesan ialah melalui video tutorial kerana anda nampak sendiri bagaimana teknik-teknik pembinaan template tersebut dilakukan disamping mendengar sendiri audio yang disampaikan oleh designer.

Berita baik untuk anda yang mahu mempelajari teknik membina template minisite dengan adobe photoshop, saudara Bearnerd Bondly telah menghasilkan satu produk yang dapat membantu anda mengetahui rahsia membina template minisite dengan adobe photoshop. Produk beliau iaitu Pakej Video Minisite yang telah dilancarkan pada 3 July 2009 yang lepas. Secara ringkasnya, produk ini banyak membantu anda mempelajari teknik membina template minisite dengan adobe photoshop melalui video tutorial. Apa kelebihan mengetahui teknik membina grafik template minisite?

[+] Anda boleh menjadi seorang grafik designer seperti saudara Bearnerd dan menjana pendapatan melalui
khidmat design minisite.
[+] Anda boleh berjimat membina template minisite sendiri setiap kali ingin membina laman web perniagaan
[+] Anda bakal mempelajari asas template minisite dengan photoshop dan akan menjadi asas penting kepada
anda untuk mempelajari lebih banyak rahsia menggunakan perisian adobe photoshop.

Anda mahu membina template minisite sendiri ? Dapatkannya disini !

Mengapa perlu memulakan bisnes Internet ?

Saya ingin kongsikan kepada anda sebuah ebook percuma iaitu Panduan Asas Internet:  Klik di sini

Ebook ini akan menerangkan Panduan asas ke arah menjana pendapatan lumayan di internet.Di sini saya senaraikan beberapa sebab kenapa anda harus memulakan perniagaan internet :

1. Modal Rendah
Anda tidak memerlukan modal yang tinggi untuk memulakan perniagaan internet seperti mana perniagaan offline yang lain. Apa yang anda perlukan hanyalah idea, domain, internet akses, dan juga hosting. Semua ini hanya berharga kurang dari $100 sahaja!

2. Waktu Kerja Yang Fleksibel
Anda tidak perlu lagi bekerja dari 9-5 apabila memulakan perniagaan internet ini. Anda tidak perlu lagi bangun seawal pagi untuk tiba di tempat kerja. Anda boleh memilih masa bekerja yang anda suka. Segalanya anda tentukan sendiri.

3. Bekerja Dari Rumah
Di mana komputer anda, di situlah tempat anda bekerja. Anda boleh bekerja dari rumah anda sendiri. Anda tidak perlu terperangkap lagi dalam kesesakan jalan raya setiap pagi untuk ke tempat kerja. Dengan bekerja dari rumah, anda telah menjimatkan masa 2 jam setiap hari, iaitu masa yang anda ambil untuk sampai ke tempat kerja. Ini bermakna, dalam setahun anda mempunyai lebihan masa 730 jam!.Banyak tu, macam-macam boleh buat untuk tambah pendapatan

4. Pasaran Antarabangsa
Hanya dengan komputer dan internet akses, apa sahaja di dalam dunia ini berada di hujung jari anda. Internet ibarat dunia tanpa sempadan. Anda boleh mempromosikan produk anda ke seluruh dunia 24 jam sehari 7 hari seminggu. Gunakan kelebihan internet ini sebaiknya!

5. Perniagaan Yang Automatik/Autopilot
Perniagaan internet ini anda boleh automasikan segala proses tanpa anda perlu berada di depan komputer setiap masa. Duit akan masuk walaupun anda sedang tidur!

6. Tidak Perlu Bekerja 8 Jam Sehari
Menjalankan perniagaan internet memberikan anda kebebasan untuk memilih waktu anda bekerja. Anda tidak perlu lagi wajib bekerja 8 jam sehari. Segalanya terletak di tangan anda. Apabila perniagaan online anda boleh berjalan secara automatik,anda hanya perlu meluangkan masa mengikut keperluan perniagaan anda seperti menyemak email, mempromosikan website anda dan mengembangkan lagi perniagaan tersebut. Semuanya mungkin boleh diselesaikan dalam 3-4 jam sahaja.

7. Meluangkan masa bersama keluarga dan rakan
Menjalankan perniagaan online juga dapat memberi anda lebih masa bersama keluarga dan rakan-rakan. Malah, anda dapat melihat anak-anak membesar di depan mata anda. Anda mempunyai masa yang lebih berkualiti dengan orang-orang yang anda sayangi.

Dan banyak lagi sebenarnya faedah menjalankan perniagaan internet. Saya sarankan anda dapatkan segera Ebook percuma Panduan Asas Internet ini sekarang: Klik di sini untuk muat turun.

Panduan membina laman web untuk adsense

Salam sejahtera semua. Seperti yang saya terangkan dahulu, adsense adalah salah satu program yang boleh mendatangkan duit kepada semua penggemar adsense. Saya pasti setiap blogger di Malaysia sudah menyertai program ini kecuali mereka yang sudah di senarai hitam oleh google adsense. Untuk makluman kepada orang baru dalam dunia internet adsense adalah satu program yang benar-benar memberikan keuntungan kepada peserta google adsense. Caranya mudah iaitu cuma bina blog dalam bahasa Inggeris, buka akaun google adsense, tunggu kelulusan daripada google, dapatkan kod adsense dan mulakan usaha anda.

Ramai juga yang kecewa dengan google adsense kerana sesudah sekian lama menyertai program ini belum lagi mendapat cek daripada google adsense. Jika tidak sabar sudah tentu sudah lama cabut lari daripada terus buang masa dengan google adsense. Namun sebelum mengambil keputusan untuk meninggalkan adsense, anda perlu tahu sebab mengapa masih belum mendapat klik.

Laman web tanpa traffik sudah tentu tidak ada seorang pun yang akan menemui blog anda. Jika tidak ada yang menemui blog anda, siapa lagi yang akan mengklik iklan google adsense anda ? Untuk itu pelajari teknik-teknik bagaimana cara untuk meningkatkan trafik laman web anda. Anda boleh mendapatkan panduan secara berbayar ataupun panduan percuma. Mengupdate blog adalah sesuatu yang memerlukan kesabaran. Sekurang-kurangnya anda menggunakan masa lebih kurang dua jam di depan komputer anda. Seminggu sekurang-kurangnya tiga post. Jika tidak ada idea, macam mana buat sehingga tiga artikel dalam masa seminggu ? Dalam bahasa Inggeris pula tu..

Satu panduan percuma bagaimana menggandakan pendapatan dengan google adsense. Selain daripada kandungan web atau blog, paparan yang menarik atau mudah dilayari juga amat penting dalam menjana pendapatan dengan adsense. Tidak ada kepakaran membina laman web bukan lagi satu masalah bagi anda kerana anda boleh membuatnya dalam beberapa klik yang mudah dilakukan. Anda juga tidak perlu risau mengenai kandungan laman web anda kerana semuanya akan diatur oleh software.. Anda cuma sediakan kod adsense sahaja. Selebihnya dilakukan oleh software ajaib. Dalam masa tiga minit laman web anda dengan kandungan lebih kurang 60 artikel sudah sedia diupload ke hosting anda. Minta maaf, panduan ini hanya sesuai untuk mereka yang mempunyai hosting berbayar sahaja tapi kalau mahu test power apa salahnya untuk mendapatkannya lagipun percuma juga. Tanpa buang masa anda boleh survey power panduan ini dengan mendownloadnya disini secara percuma sahaja

Produk percuma download

Salam kepada semua pengunjung blog ini. Sebagai menghargai kunjungan anda di blog yang tidak seberapa ini, saya memberikan hadiah kepada anda semua. Hadiah yang saya maksudkan adalah produk yang boleh di download secara percuma sahaja. Anda tidak perlu mengeluarkan sesenpun untuk mendapatkan produk tersebut walaupun mempunyai kuliti yang amat bagus.

Namun untuk makluman anda semua, produk percuma tersebut bukan semua yang diberikan oleh saya. Ada beberapa produk tertentu yang saya dapat daripada laman web IM  lain yang memberikannya secara percuma sahaja. Walau bagaimanapun untuk produk daripada laman web lain yang saya pautkan di blog ini, saya tidak dapat menjamin produk tersebut masih percuma download ketika anda pergi ke link yang saya berikan. Kemungkinan mereka mengubah terma dengan menjual produk tersebut kerana tempoh download percuma sudah t.a.m.a.t. Ketika saya letakkan link tertentu diblog ini, produk yang ditawarkan masih percuma…

Jadi dimana anda boleh mendapatkan produk percuma download ? Mungkin perkataan percuma di atas sekali terlalu kecil menyebabkan anda tidak perasan di blog ini ada banyak dipautkan dengan produk percuma. Lawatilah setiap link yang diberikan manalah tahu anda bernasib baik pemilik produk masih memberikan produk secara percuma.. Jika anda tidak melihat page percuma bolehlah klik disini.

Jika anda berpuas hati dengan produk percuma yang saya pautkan, selalulah berkunjung ke blog ini, manalah tahu lebih banyak produk percuma yang saya pautkan pada masa akan datang..heheee.

Percuma minisite tanpa photoshop

Salam sejahtera semua. Kali ini saya tidak bercerita tentang menjana pendapatan di internet dengan rahsia-rahsia hebat..huhh  tetapi saya mahu berkongsi minisite percuma kepada anda yang diberikan secara percuma oleh designer luvleey. Jika anda mahu menjimatkan masa untuk menghasilkan minisite, anda bolehlah download minisite tanpa photoshop ini. Minisite ini sudah siap sedia dan anda hanya tinggalkan masukkan isi kandungan surat jualan anda. Begitu mudah bukan ?. Selain daripada jimatkan masa anda, minisite siap sedia secara percuma ini juga dapat menjimatkan wang anda kerana template minisite ini jika dibeli adalah puluhan ringgit.

Jika anda mempunyai produk MRR atau RR, anda boleh menggunakan minisite percuma ini untuk mempromosikan produk MRR atau RR anda. Dengan minisite yang dikatakan pasang siap ini, anda boleh menyiapkan webjualan anda dalam masa beberapa minit sahaja. Dah siap, boleh upload ke hosting anda dan mulakan promosi produk anda.

Paling best sekali, template ini tidak memerlukan perisian yang canggih untuk mengeditnya. Anda bebas mengedit design template ini mengikut kesukaan anda sesuai dengan produk yang anda promosikan. Jika anda mahu menjimatkan masa anda untuk membina webjualan anda, downloadlah minisite percuma ini sekarang di minisitetanpaphotoshop.com.


 Powered by Max Banner Ads 

Recommended: Panduan Minisite | List Produk Usahawan | Webmaster And Software | DataKL Hosting
Namecheap Hosting | Panduan Affiliate | Namsahaz Hosting | OneBytes Hosting | JomHosting | Video Online | Digital