Ramai pengguna internet yang membuat duit di internet. Daripada ramai-ramai yang menjadi usahawan internet tu, bermacam-macam cara juga teknik,kaedah buat duit sama ada dengan teknik yang bagus atau sebaliknya. Tidak kisahlah apa cara seseorang usahawan melakukan promosi sesuatu produk kepada orang lain asalkan tidak menyakitkan hati orang lain.
Kali ni saya memperkatakan tentang SPAM iaitu salah satu kaedah promosi yang semakin dipopularkan walaupun ia satu perbuatan boleh menimbulkan rasa kurang senang kepada orang lain. Tidak kiralah apa jenis SPAM yang dilakukan sama ada melakukan SPAM email atau di ruang-ruang komen ataupun di ruang-ruang forum. Saya tidak perlu terangkan apa sebenarnya SPAM kerana ia banyak dibincangkan oleh blogger-blogger yang anti SPAM.
Antara kandungan email SPAM
Saya ingin menjemput anda ke laman web saya di blablabla
Saya ada sediakan perniagaan segera yang mudah untuk anda miliki.
Lagi cepat anda bermula, lagi banyak duit anda akan terima!
Jika anda berminat sila layari: blablablaTerima kasih
Saya selalu menerima email daripada seseorang seperti di atas yang menggelar dirinya usahawan internet. Malah dalam sales jualannya, perkataan jutawan antara kandungan dalam ayat-ayat perangsang. Terlintas juga dalam fikiran, jika benar boleh jadi jutawan,mengapa pemilik surat jualan tersebut tidak mampu mendapatkan sistem autoresponder berbayar atau sekurang-kurangnya sistem autoresponder percuma seperti yang saya gunakan ??? Promosi sesuatu produk dengan cara melakukan SPAM sememangnya tidak perlu dilayan, padamkan sahaja email mereka. Mungkin usahawan seperti ini tidak menyedari bahawa perbuatan mereka itu sebenarnya boleh menghilangkan keyakinan orang lain terhadap produknya. Penghantar email SPAM akan dipandang serong dan penerima email juga akan berasa was-was dengan penghantar email SPAM. Kredabiliti seseorang usahawan yang suka melakukan SPAM juga akan terjejas..Ahirnya sendiri yang akan rugi.
Bagi yang selalu menerima email daripada seseorang yang tidak dikenali, email percuma seperti gmail ataupun yahoo sebenarnya mempunyai kemudahan menapis email spam. Caranya mudah sahaja iaitu memasukkan email yang diterima dalam folder SPAM. Harap-harap google atau yahoo akan melakukan sesuatu terhadap email tersebut. Jika sekiranya pada masa akan datang penghantar email menghantar email dengan menggunakan email yang sama,email tersebut akan dimasukkan ke dalam folder SPAM.
Akhir sekali, jika serius buat duit diinternet, keluarkan sedikit model untuk menjadi seorang usahawan yang tulen. Janganlah mengaut keuntungan dengan cara mudah yang akhirnya menjejaskan reputasi diri sendiri.
Selamatkan bidang keusahawanan internet di Malaysia dengan cara orang Malaysia. Terima Kasih.

December 23rd, 2009
admin
Posted in
Tags:












