Archive for the ‘Affiliate’ Category


 Powered by Max Banner Ads 

Panduan Autoresponder edisi percuma

Panduan autoresponder sudah banyak kali diperkatakan, dibincangkan dan dihuraikan oleh usahawan-usahawan internet. Sekali lagi bakal usahawan yang berminat mengembangkan pendapatan diinternet berpeluang mendapatkan ebook panduan ringkas berkaitan denganpanduan  autoresponder yang ditulis oleh saudara Rahman Basri. Walaupun saya katakan panduan ini ringkas tetapi tidak bermakna panduan yang dikongsikan itu tidak memberi manfaat kepada pembaca. Saya sudah mendownload dan membaca semua maklumat yang dikongsikan oleh saudara Rahman dan saya boleh katakan panduan autoresponder edisi percuma beliau ini cukup berinformasi. Saudara Rahman Basri ini boleh dikatakan usahawan muda kerana beliau baru sahaja menceburi keusahawanan internet sekitar Ogos 2009. Namun dalam masa yang singkat beliau talah menjana pendapatan ribuan ringgit. Dan rahsia kejayaan beliau adalah dengan mengumpul mailing list. Hasil daripada penerokaan beliau dalam pemasaran email, Saudara Rahman Basri akhirnya menulis ebook mengenai dengan panduan autoresponder sebagai panduan kepada usahawan yang masih tercari-cari panduan apa sebenarnya autoresponder dan panduan ini kini dipasaran yang diberi secara percuma pula. Ebook panduan autoresponder ini adalah pengalaman sebenar saudara Rahman Basri sendiri menggunakan dan menjana pendapatan dengan teknik mailing list dan autoresponder.

Terdapat beberapa bahagian yang telah dijelaskan dengan terperinci oleh saudara Rahman Basri dalam ebook panduan autoresponder edisi percuma seperti berikut ;

Bab 1. Mengenali Sistem Autoresponder

  • Kenali Apa itu mailing list
  • Cara mengumpul senarai email
  • Kelebihan mengumpul email secara sah
  • Maksud sistem Autoresponder
  • Sebab perlunya autoresponder
  • Jenis-jenis autoresponder

bab 2. perbezaan antara sistem autoresponder aweber,getrespon dan norabots

bab 3. Cara melanggan autoresponder berbayar

bab 4. Teknik menjana pendapatan dengan Autoresponder

  • Kita kerugian RM20,000 setahun
  • Menjana pendapatan dengan program affiliate

bab 5. Beralih autoresponder

  • Bagaimana mengekalkan subscriber asal.

Ebook panduan autoresponder edisi percuma ini sangat berinformasi khususnya bakal usahawan yang belum mengenali atau mempunyai sistem autoresponder. Untuk keterangan lanjut mengenai ebook panduan Autoresponder ini sila ke laman web panduanemail.com.

Skrip memendekkan url

Setiap kali menyembunyikan link affiliate atau apa juga tujuan untuk memendekkan url, kebiasaannya kita akan menggunakan khidmat memendekkan url terkenal seperti TinyURL, bit.ly dan banyak lagi perkhidmatan yang memberikan perkhidmatan memendekkan url link affiliate.

Skrip memendekkan url ini selain daripada bertujuan untuk menyembunyikan link affiliate, ia juga berfungsi sebagai melakukan redirect. Kebiasaannya tujuan memendekkan url ini adalah bagi tujuan menyembunyikan link affiliate.

Oleh kerana fungsi memendekkan url ini sangat popular dan kerap digunakan, bagusnya jika sendiri memiliki perkhidmatan memendekkan url dan tidak perlu lagi bergantung kepada perkhidmatan memendekkan url dari TinyURL ataupun di bit.ly. Jika kita rajin meneroka di rumah pakcik google, terdapat banyak skrip percuma berkaitan memendekkan url ini. Pilih sahaja mana satu yang sesuai dan mudah untuk digunakan.Antara penyedia skrip memendekkan url secara percuma ialah get-shorty.com. Ada banyak lagi yang lain tetapi memandangkan saya ada menggunakan get-shorty.com, saya bercerita tentang skrip ini sahaja. Jika mahu yang berbayar pada kadar harga yang paling rendah boleh diperolehi di sini.

shorty

Skrip get-shorty mudah sahaja diinstall dihosting kerana tidak banyak setup yang diperlukan. Bagusnya skrip shorty ini ialah kita boleh mengesan rekod berapa klik setiap link yang dibena.Selain daripada itu kita juga boleh menentukan keywords bersesuaian dengan link yang dipendekkan. Anda boleh melihat sendiri keupayaan skrip ini dengan melakukan demo di get-shorty.com/shorty atau mendapatkan skrip ini secara percuma di get-shorty.com.

get-shorty

Jika anda rasa skrip ini bermanfaat, dapatkannya di get-shorty.com secara percuma atau lihat contoh yang saya sudah buat disini. Mendapatkan skrip ini, anda tidak perlu lagi menggunakan skrip redirect lain yang memerlukan fail diupload ke hosting. Ini lebih menjimatkan masa dan dapat melihat link affiliate yang berpotensi berdasarkan rekod klik.

Panduan buat duit dengan affiliate

Salam sejahtera semua pembaca. Sejak akhir-akhir ini ada banyak panduan bagaimana buat duit dengan program affiliate. Bingung jadinya kerana tidak tahu panduan mana satu yang paling baik untuk diri sendiri dan benar-benar berkesan memberikan keuntungan  kepada peserta program affiliate. Saya akan listkan panduan-panduan buat duit dengan affiliate dan terpulanglah kepada anda pilih panduan mana satu untuk dijadikan panduan. Walaupun panduan ini ditulis oleh orang yang berbeza namun mereka mempunyai kelebihan dan kepakaran masing-masing dan mempunyai sejarah kegemilangan dalam program affiliate.  Sebelum tu saya cuba kongsikan bagaimana saya membuat duit dengan program affiliate. Saya bukanlah pakar dalam bidang ini tetapi setakat saya mengamalkan teknik-teknik ini, saya belum pernah tidak mendapat komisyen.Terdapat beberapa teknik yang biasa saya lakukan antaranya;

1. Pengiklanan.
Jika anda rajin berkunjung ke laman web Berita Harian Online ataupun di portal lelong.com.my, banyak iklan-iklan yang terdapat di situ. Iklan tersebut bukan milik Berita Harian Online mahupun lelong.com.my. Sebenarnya iklan tersebut milik para pengiklan sama ada mempromosi produk sendiri ataupun program affiliate. Pengiklan memilih portal ini sebagai tempat pengiklanan kerana portal ini mempunyai bilangan pengunjung yang ramai setiap hari. Mengiklan di Berita harian Online ataupun di lelong.com.my adalah berbayar dan kadar bayarannya pula bergantung kepada bentuk dan saiz iklan.Kesimpulannya,kalau ada seribu mengklik iklan yang anda pasang,mustahil seorangpun tidak tersangkut.

2. Program PPC.
Program pengiklanan PPC sangat popular. Antara program PPC seperti google adwords, Bidvertiser dan Adbrite. Program PPC paling popular bagi saya ialah google adwords. Saya biasanya menggunakan khidmat google adwords apabila saya mengiklankan sesuatu produk di clickbank untuk pasaran antarabangsa. Bayaran bagi pengiklanan di google adwords ni bergantung kepada nilai bid keywords. Walaupun tidak pernah menjadi super affiliate tetapi sekurang-kurangnya adalah untung sikit.

3. Blogging.
Blogging juga adalah salah satu teknik yang berkesan. Buatlah review produk dan jangan lupa letakkan link affiliate di akhir. Sukar untuk melakukan review jika sekiranya tidak mendapatkan dan menggunakan produk yang hendak dipromosikan. Untuk kes ni mungkin anda gempakkan produk baru yang ada dalam pasaran dan buat sedikit ulasan berpandukan surat jualan.

Ini sahaja teknik yang biasa saya lakukan untuk menjana pendapatan melalui program affiliate. Sebenarnya ada banyak lagi teknik-teknik lain yang saya tahu tetapi saya kurang mempraktikkanya.Ini adalah kerana saya hanya menumpukan beberapa teknik sahaja. Antara lain teknik mempromosikan link affiliate ialah teknik mailing list, forum dan banyak lagilah. Berbalik kepada panduan affiliate, sekiranya teknik yang saya jelaskan ni kurang memuaskan, anda boleh mendapatkan panduan-panduan affiliate daripada usahawan yang sudah berjaya menjana pendapatan dengan affiliate. Saya katakan diorang berjaya kerana mereka ni pernah memenangi beberapa peraduan top affiliate dan menjana ribuan ringgit melalui program affiliate dalam masa sebulan. Panduan-panduan affiliate yang saya sarankan adalah seperti di bawah ni..pilih mana satu yang berkenan di hati.

Panduan Affiliate Plus
Ditulis oleh Saudara Ammar Zahar
Rekod cemerlang top affiliate Rahsia Clickbank.
http://affiliateaplus.com/

Panduan Pakar Affiliate
Ditulis oleh zamri Nanyan
Menjana ribuan ringgit setiap bulan
melalui program affiliate
http://pakaraffiliate.com

Panduan Affiliate Kerajaan
Ditulis oleh Jamaluddin Bahari
Rekod cemerlang banyak menjuarai top affiliate
tempatan dalam cabaran affiliate.Beliau juga pernah
digelar King Of Affiliate.
http://www.affiliatekerajaan.com

Rahsia ilmu pemasaran internet yang BERHARGA !

Pada mula saya berjinak-jinak dengan internet,saya ingat cari produk dan letakkannya di laman web supaya orang boleh beli merupakan perkara utama untuk berjaya.

Saya silap.Silap BESAR! Perkara paling berharga buat saya semasa membina bisnes ialah “belajar mempromosikan produk di internet” – tiada yang lebih berharga daripada pelajaran ini.

Kenapa saya boleh cakap begitu? Kerana jika saya tahu bagaimana caranya mendapatkan orang melawati laman web saya, saya boleh jadikan mereka pembeli sesuatu produk.

Tapi jika saya mempunyai produk sendiri tetapi tidak tahu bagaimana untuk menarik orang ramai
supaya datang ke laman web saya untuk melihat produk yang saya jual, usaha saya sia-sia sahaja kerana tiada siapa yang akan lihat produk tersebut, lebih lagilah untuk membeli.

Di sini, produk sudah jatuh nombor DUA (saya akan terangkan sebentar lagi).

Memasarkan produk di laman web anda adalah perkara UTAMA.

Belajarlah kaedah promosi yang berkesan dan anda akan dapat jual apa-apa produk yang sesuai atau jana pendapatan tanpa menjual sebarang produk pun (hairan bukan?).

Saya katakan produk jatuh nombor dua selepas ilmu pemasaran kerana…

1. Anda tak perlu jual produk untuk menjana pendapatan di internet (ada caranya)

2. Anda boleh jual produk orang lain dan kaut komisyen jualan

Jadi jelaslah di sini bahawa produk bukanlah masalah utama. Yang tinggal ialah kaedah promosi yang perlu anda pelajari dan aplikasikan ke dalam bisnes internet anda.

Kebanyakan orang gagal untuk melihat perkara ini. Sebab itulah mereka tercari-cari “apakah produk hangat yang mereka nak jual” di internet, walhal untuk mula menjana pendapatan lumayan di internet ialah dengan mempelajari cara atau kaedah melakukan promosi.

Zamri Nanyan terbitkan “Pakar Affiliate” pun atas dasar mengajar bagaimana anda boleh melakukan pemasaran efektif dan mempromosikan produk orang lain dahulu.

Ada 3 modul semuanya.

Modul #1 – Video Asas Pemasaran Affiliate

Anda diterangkan perkara asas yang anda perlu tahu untuk memahami pemasaran internet tanpa mencipta produk anda sendiri. Ada 5 video yang disediakan supaya ianya lebih mudah untuk anda belajar (tonton dan dengar)

Modul #2 – 5 Kaedah Pemasaran Affiliate Yang Terbukti Berkesan

Ini merupakan rakaman audio tentang 5 cara pemasaran internet yang telah pun terbukti berkesan. Guna cara ini untuk mempelbagaikan cara promosi anda.

Modul #3 – Teknik “Money-On-Demand”

Inilah teknik kegemaran saya. Hantar satu email sebelum tidur, esoknya saya boleh lihat komisyen jualan terhasil. Bayangkan berapa banyak email yang anda boleh hantar sebulan. Kemudian, bayangkan setiap email yang anda hantar bernilai beberapa puluh atau ratus (mungkin ribu) ringgit setiap email.Ianya tidak mustahil kerana ribuan Pakar Affiliate MASIH melakukannya.

Jika anda rasa anda masih lagi tidak menjana pendapatan di internet, mungkin anda boleh semak semula “cara pemasaran” yang anda lakukan.

Adakah ianya efektif? Jika tidak, anda tahu apa yang MESTI anda lakukan.

Zamri Nanyan Pakar Affiliate disini !

Lambat-laun saya pasti anda akan miliki Pakar Affiliate juga. Kenapa tidak sekarang?

Jika anda bertindak sekarang dan buat pembelian, anda diberikan satu SEMINAR bernilai RM1,299 PERCUMA.

Inilah nilai yang tak terhingga dengan hanya membuat pelaburan kurang daripada 2 ratus ringgit sahaja.

Dapatkan “Pakar Affiliate” sekarang sebelum seminar ini penuh!

Laman web video youtube

Sudah menjadi trend sekarang untuk memiliki laman web atau blog dalam bentuk video. Kali ini saya menulis sedikit tentang web video. Semua orang sukakan video tidak kira apa jenis ceritanya. Saya pun suka berkunjung ke laman youtube untuk menonton video sebagai hiburan. Sesekali terklik juga iklan yang terdapat di laman youtube.

Oleh kerana minat berkunjung ke youtube, terfikir pula saya bagaimana cara untuk membuat laman web video yang kandungannya daripada youtube dan seterusnya boleh mendatangkan duit kepada saya. Saya pun buat blog video dengan menggunakan domain percuma, ambil kod daripada youtube kemudian pastekan ke blog saya. Menjadi blog video youtube saya tapi timbul pula masalah iaitu masalah mengupdate. Kurang masa untuk mengupdate menyebabkan video di blog saya tiada perubahan. Orangpun malas berkunjung kalau video yang di sajikan tiada perubahan.

Punah harapan untuk buat duit dengan video..Pernah terjumpa beberapa panduan tempatan bagaimana buat video blog tapi belum ambil keputusan untuk membelinya kerana masih memikirkan soal mengupdate. Suatu ketika tu saya cuba-cuba taip tajuk video yang saya upload di youtube di cerian google. Tajuk video saya terpampang tapi bukan di laman youtube. Nak tahu juga siapa yang berminat betul dengan video saya yang tidak seberapa itu. Wahhh..rupanya ia laman web video yang auto update daripada youtube. Bagus juga jika ada laman seperti itu..

Akhirnya saya memiliki laman video youtube sendiri. Paling best, laman video youtube saya banyak mendatangkan duit adsense  daripada blog saya yang lain. Saya juga tidak memikirkkan untuk mengupdate laman video youtube saya kerana ia akan update secara auto. Untuk setting laman video ni pun tidak susah sangat cuma ganti iklan dengan link affiliate sendiri, tukar kod adsense kemudian uploadkan template ke hosting.

Kalau kamu berminat memiliki laman web video ataupun video blog, jangan tunggu lama-lama, jangan bertangguh buat duit dengan laman video. Ada modal dapatkan template atau panduan lain. Jika nak laman web youtube boleh lihat keterangan lanjut dengan mengklik banner disidebar blog ni yang bertajuk Instant Video Sites. Mungkin anda lebih minat dengan video blog, anda boleh dapatkan panduan membuat video blog yang dibuat oleh saudara Alang di pakejvideoblog.com. Klik saja link tu, jangan risau kerana ia bukan link affiliate saya.

Hmm.. ni saja catatan saya. Semoga catatan tidak seberapa ini dapat memberikan sedikit informasi tentang video dan buat duit.

Promosi clickbank dengan teknik web-blog

Teknik web-blog, itulah terjemahan pencipta teknik web-blog untuk mempromosikan affiliate di clickbank. Mungkin teknik ini belum ramai yang menggunakannya mungkin kerana ia adalah sesuatu yang baru terutama bagi usahawan clickbank di Malaysia. Inilah yang saya ceritakan kepada pengunjung blog saya pada kali ini. Mungkin ini lebih tepat lagi saya tulis pada kali ini berdasarkan nama blog saya blog panduanasasweb dot com.

Teknik web-blog nampak simple tapi mempunyai peluang yang besar untuk menghasilkan jualan. Kelebihan web-blog adalah kita dapat mengintegrasi laman web ke blog. Jika hendak mempromosi link affiliate clickbank pula, kita boleh melakukan promosi berpuluh malah beratus produk clickbank dalam satu laman web-blog. Itu sudah tentu satu kelabihan apabila hendak melakukan kempen melalui PPC atau apabila meninggalkan jejak di ruang forum. kelebihannya adalah apabila seseorang pengunjung melawat web-blog kita, mereka mempunyai banyak pilihan pelbagai produk digital daripada clickbank.. Selain daripada mempunyai pilihan produk yang banyak, kebarangkalian seseorang pengunjung berada lama di web-blog adalah tinggi kerana setiap link akan dibuka ke halaman baru sebaik sahaja link diklik. Berbanding dengan webjualan, apabila seseorang tidak berminat, pengunjung akan terus keluar dari laman webjualan.

Web-blog ini pula boleh letakkan iklan adsense jika mahu. Ini dikira bonus bagi kita selain daripada mendapat komisyen daripada jualan melalui link affiliate, anda juga akan mendapat komisyen setiap kilik iklan adsense anda. Paling best sekali, anda tidak perlu membeli domain atau hosting. Cuma gunakan domain percuma daripada blogspot. Mungkin anda boleh melupakan domain berbayar selepas ini. Anda boleh cipta seberapa banyak web-blog yang anda suka. Kalau mahu design yang lain daripada yang lain, anda perlu banyak mencuba tapi kalau anda kreatif,itu satu kelebihan.

Buat web-blog ini tidaklah susah sangat. Anda hanya perlukan panduan daripada panduan web-blog. Saya jamin anda boleh membuat satu web-blog dalam masa kurang 4 minit. Semua tools yang anda perlukan untuk membina web-blog sudah disediakan. Jika anda mahu design lain daripada yang diajar, mungkin anda perlukan sedikit masa. Web-blog pertama yang saya buat ialah rahsiaclickbankmalaysia.blogspot.com. Saya dapati ia biasa-biasa sahaja lalu mencuba mencipta design sendiri. Antara design yang saya buat sendiri,anda boleh lawat melalui web-blog di bawah.

http://marketingadsresources.blogspot.com/
http://topaffiliaterank.blogspot.com/
http://makemoneyim.blogspot.com/

Ini yang tidak ada iklan adsense. Mungkin anda tertanya-tanya bagaimana pula rupa web-blog yang ada iklan adsense ? Saya juga telah membuat beberapa web-blog yang menempatkan iklan adsense. Anda boleh lihat melalui link di bawah.

http://oneclickecover.blogspot.com/

Apabila anda sudah ada kemahiran membuat web-blog,ciptalah seberapa banyak web-blog anda. Jika tidak silap setiap akaun gmail anda boleh buat sehingga seratus domain percuma. Semoga dengan sedikit maklumat ini dapat membantu anda mempromosi link affiliate clickbank anda.

Dapatkan panduan web-blog disini.
Cari produk clickbank di sini.

TQ kerana membaca.


 Powered by Max Banner Ads 

Recommended: Panduan Minisite | List Produk Usahawan | Webmaster And Software | DataKL Hosting
Namecheap Hosting | Panduan Affiliate | Namsahaz Hosting | OneBytes Hosting | JomHosting | Video Online | Digital