Promote Your Affiliates with the WP Ninja Affilate WordPress Plugin
Powered by MaxBlogPress  

 Powered by Max Banner Ads 

PostHeaderIcon Cara setting adsense for domain di co.cc

Your Ad Here

Salam sejahtera semua. Hari ini saya kongsikan kepada anda bagaimana menjana pendapatan melalui program adsense. Adsense  tentu sudah sabati dengan aktiviti buat duit melalui blog anda. Biasanya anda mengambil kod adsense daripada ads content kemudian meletakkan kod adsense di blog. Satu cara lagi menjana pendapatan dengan adsense adalah melalui adsense for domain. Bagi yang ada akaun adsense sudah tentu sudah tahu mengenainya tetapi berapa ramai yang sudah mempraktikkannya ?

Post saya kali ini menerangkan secara ringkas cara-cara setting adsense for domain dengan menggunakan hosting co.cc. Sebenarnya tidak rumit melakukan setting adsense for domain di co.cc. Hanya lebih kurang 5 kali klik perkataan set up, setting anda sudah selesai. Ok, mari kita mulakan menjana pendapatan program adsense for domain. Pertama sekali buka akaun di co.cc. Pilih domain kegemaran anda sebagai contoh duitraya.co.cc. Buatlah langkah seterusnya sehinggalah anda selesai buka akaun.

Langkah seterusnya, login ke akaun adsense anda kemudian klik adsense for domain. Anda masukkan nama domain yang anda hendak setting dalam adsense for domain sebagai contoh duitraya.co.cc. Untuk pilihan bahasa, pilih sahaja bahasa Inggeris kemudian klik submit. Anda akan dibawa ke paparan seterusnya iaitu 4 nombor ip address dan pub adsense anda. Saya cadangkan agar anda jangan keluar daripada paparan tersebut sehingga setting di DNS anda selesai. Mengapa ? Terlalu banyak ip address yang perlu diingat.

Langkah ketiga, pergi semula ke akaun co.cc yang anda baru buat sebentar tadi. Lihat perkataan manage DNS. Klik setup dan keluar arahan meminta name server. Untuk Name server anda kena minta dengan hosting yang anda sewa. Saya tidak pasti jika ada cara lain. Jika ada, bolehlah kongsikan bersama di ruang komen ya.

cpanel-co-cc

Langkah seterusnya klik Zone Records. Di bahagian ini anda akan melihat perkataan Host,TTL,Type, dan Value. Untuk proses yang pertama, isikan Host dengan www, TTL tetapkan pada kedudukan  ID, bahagian Type pilih CNAME, dan untuk Value isi pub-xxxx.afd.ghs.google.com ( copy diakaun adsense anda ), kemudian klik set up. Selesai langkah pertama di bahagian Zone Records. Ulangi langkah sama tetapi kandungan berbeza dari tadi. Host biarkan kosong, TTL tetapkan ID, Type pilih A dan Value masukkan ip address yang boleh didapati di akaun adsense anda. Itulah saya cadang supaya jangan keluar dari paparan adsense tadi..hehee. Nombor-nombor itu adalah 216.239.32.21, 216.239.34.21, 216.239.36.21 dan 216.239.38.21. Jangan masukkan sekali tau, lakukan secara berselang seli. Ingat, setiap kali selesai isi setiap item, jangan lupa klik set up. Akhirnya anda mempunyai 5 rekod di Zone Records iaitu 4 ip address dan satu CNAME google adsense anda. Sehingga disini anda sudah selesai melakukan setting adsense for domain. Jika tiada masalah, adsense for domain anda akan di approve oleh google kurang daripada 2 jam.

Sampai sini sahaja tips kali ini. Semoga ia membantu anda melakukan setting adsense for domain di co.cc.  Saya baru sahaja melakukan setting adsense for domain di Godaddy. Sudah approve pun. Saya akan tunjukkan bagaimana cara setting adsense for domain dengan godaddy dalam masa terdekat. Saya tunjukkan kepada anda bagaimana melakukan setting di godaddy yang lebih mudah berbanding co.cc. Jadi jangan ketinggalan berkunjung di blog ini.

5 Responses to “Cara setting adsense for domain di co.cc”

  • fahmi says:

    memang menarik dan mudah dengan produk baru google adsensee iaitu adsense for domain..saya juga sudah ’setup’ domain saya di internet-webhosting.com

    ini contoh adsense for domain saya

    adsensefordomain.biz

  • wniizzatii says:

    adsense for domain memang best…. so, mcm mn nak improve traf cuma still sikit
    mcm mn nk dapatkan traffic ke site AFD

    my AFD site : life-assurance-quote.co.cc

  • admin says:

    Sebaiknya untuk AFD gunakan domain yg pernah digunakan. Mungkin masih ada pengunjung yang tersasul berkunjung. Walau pakar seo, untuk mendapatkan traffik ke domain afd agak mustahil kerana domain yg di parking tidak terindex oleh search enjin. Untuk membuktikannya pergi ke domain afd, klik view dan page source.. perhatikan kod meta name=”ROBOTS” content=”NOINDEX,NOFOLLOW

  • Thanx for the info bro.. saya baru nak plan wat AFD ni.. hehe

  • natasya says:

    menarik kenyataan dari admin “Sebaiknya untuk AFD gunakan domain yg pernah digunakan. Mungkin masih ada pengunjung yang tersasul berkunjung. Walau pakar seo, untuk mendapatkan traffik ke domain afd agak mustahil kerana domain yg di parking tidak terindex oleh search enjin. Untuk membuktikannya pergi ke domain afd, klik view dan page source.. perhatikan kod meta name=”ROBOTS” content=”NOINDEX,NOFOLLOW”

    bocor kan la cam ne nak tarik trafic..

Leave a Reply


 Powered by Max Banner Ads