Author Archive


 Powered by Max Banner Ads 

Pakej software untuk bakal usahawan internet

Sekiranya anda melibatkan diri dalam keusahawanan internet, tiga perkara seperti hosting, webjualan,borang tempahan dan borang hubungi adalah asas utama dalam perniagaan internet. Seseorang usahawan internet memerlukan webjualan untuk memasarkan produk secara online. Contoh webjualan adalah seperti webjualan panduanasasweb.com. Webjualan penting untuk seseorang usahawan internet menerangkan kelebihan produk yang hendak dipasarkan.

Borang tempahan pula penting bagi membolehkan pembeli melakukan pengesahan pembayaran. Disamping itu, borang tempahan boleh memudahkan usahawan melakukan pengurusan setiap tempahan yang dilakukan. Borang hubungi juga tidak kurang penting sebagai tempat pelanggan dan usahwan berinteraksi. Sekiranya bakal pelanggan mempunyai sebarang pertanyaan mengenai dengan produk yang dipasarkan, pelanggan boleh melakukannya dengan hanya mengisi borang hubungi. Usahawan pula dapat mengesan dari webjualan mana pelanggan membuat pertanyaan.

Walaupun kesemua kompenen ini sangat penting, namun bukan semua usahawan boleh membuatnya. Ini lebih-lebih lagi kepada usahawan yang baru menceburkan diri dalam keusahawanan internet. Satu cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan mengupah orang lain membuat minisite. Masalah lain timbul pula, jika sekiranya usahawan tersebut mempunyai lebih daripada satu produk atau webjualan, sudah tentu ia akan mengeluarkan kos yang agak besar.

Sebagai mengakhiri masalah ini adalah dengan mendapatkan pakej software yang disiapkan oleh saudara Bearnerd. Pakej software ini lengkap yang terdiri daripada empat software iaitu Sales Letter Creator, Landing Page Creator, Order Form Creator, dan Contact Form Creator. Dengan mendapatkan software ini, anda tidak perlu lagi mengupah orang lain untuk membuat webjualan atau membeli skrip borang tempahan seperti sistem borang.

Software ini sebenarnya bukan untuk usahawan baru sahaja. Saya sendiri mendapatkan pakej software ini kerana ia dapat memudahkan kerja-kerja saya membuat landing page dalam pemasaran affiliate atau membuat landing page untuk produk percuma. Ia mudah dan cepat. Saya tidak perlu lagi membuka Kompozer untuk membuat landing page. Hanya klik software landing page creator kemudian generate sahaja.

Mengapa anda juga harus mendapatkan pakej software ini?

  • Meningkatkan produktiviti anda. Saya sendiri menggunakan perisian ini jika ingin mempromosikan produk affiliate melalui landing page. Kenapa? Sebab perisian Sales Letter Creator amat cepat menghasilkan template html. Saya jimat masa dan tenaga!
  • Sistem minisite yang lengkap. Dengan adanya perisian untuk membina template minisite, borang contact, borang order, dan landing page, anda boleh terus mula dan siapkan minisite jualan anda.
  • Disertakan dengan video tutorial. Saudara Bearnerd sertakan video tutorial untuk membantu meningkatkan kefahaman anda tentang cara menggunakan perisian ini.
  • Tidak perlu di ‘install’. Jika anda menggunakan sistem operasi Windows XP, Windows Vista, dan Windows 7, anda boleh gunakan perisian ini tanpa perlu ‘install’.
  • Support penggunaan perisian. Saudara Bearnerd  akan bantu anda memahami penggunaan perisian ini sama ada melalui support email atau YM/Skype.

Dapatkan pakej software ini daripada Bearnerd Bondly.

Teknik split affiliate oleh Rahman Basri

Salam sejahtera kepada anda yang berkunjung ke blog ini.

Kepada anda yang memerlukan minisite untuk perniagaan internet, di blog saya ini ada memberikan minisite secara percuma, bukan satu tetapi lima kesemuanya. Pada kebiasaannya, apabila seseorang usahawan internet mempromosikan sesuatu produk melalui link affiliate, mereka akan memberikan bonus tambahan. Jadi minisite percuma ini juga boleh anda jadikan bonus tambahan kepada pembeli yang membeli sesuatu produk melalui link affiliate anda. Anda boleh dapatkan minisite percuma tersebut di sini.

Ok, berkaitan dengan tajuk post saya pada kali ini, baru-baru ini saudara Rahman Basri telah melancarkan satu teknik baru bagaimana mendapatkan jualan yang lebih banyak melalui link affiliate. Teknik baru ini dikenali sebagai Split Affiliate. Menurut Rahman Basri teknik dalam Split Affiliate agak advance tetapi masih boleh diikuti oleh sesiapapun.

Pendedahan beliau bukan teori semata-mata atau orang cakap ebook orang barat yang ditranslate ke dalam bahasa Malaysia. Apa yang didedahkan oleh beliau adalah berdasarkan kepada pengalaman beliau sendiri menjana puluhan ribu ringgit melalui program affiliate. Siapa yang tak kenal dengan Rahman Basri yang selalu menjadi super duper dalam mana-mana program affiliate.

Jika anda mendapatkan Split Affiliate ini, anda akan didedahkan dengan beberapa perkara yang mungkin belum pernah anda ketahui sebelum ini. Jika benar teknik yang didedahkan itu belum pernah anda ketahui maka ini adalah peluang anda menjana pendapatan yang lebih banyak melalui program affiliate. Mungkin anda juga bakal mengatasi  saudara Rahman Basri sebagai top affiliate..hmmm. Merana lagi si RB ni. Sapa suruh dedahkan tekniknya yang banyak membantu beliau menjadi top affiliates..hahaa..Ini sebenarnya menunjukkan saudara RB tidak kedekut ilmu dan mahu semua pencinta program affiliate di Malaysia menikmati income sampingan melalui program affiliates. Antara yang anda bakal ketahui melalui Split Affiliate ni ialah :

Case study #1: Kuasa Fan Page

Case study #2: Program 20 Ribu 20 Hari

Case study #3: Mininiaga

Untuk mengetahui lanjut rahsia ni sila dapatkan ebook split affiliate di http://linktrackr.grafik.my/splitaffiliate pada harga RM20 sahaja…itupun kalau masih ada RM20.

PakarEbook dilancarkan

Jamal adalah penulis ebook yang mendapat sambutan yang hangat dipasaran. Antara ebook beliau yang mendapat sambutan ialah Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajan, Rahsia Affiliate Kerajaan dan Rahsia Emas. Ebook-ebook hasil tulisan beliau ini menjadikan beliau dikenali dalam bidang keusahawanan internet. Beliau telah menjana pendapatan puluhan ribu ringgit setiap ebook keluaran beliau.

Baru-baru ini Jamal sekali lagi melancarkan ebook terbarunya yang dikenali Pakar Ebook. Pakar Ebook adalah satu pembelajaran dan pendedahan bagaimana membuat ebook yang mendapat sambutan yang hangat dipasaran, dan seterusnya menjadikan ebook sebagai sumber pendapatan pasif. Jamal mendedahkan rahsia menjana pendapatan dengan ebook berdasarkan pengelaman sebenar beliau yang sememangnya sudahpun terbukti.

Jika anda mendapatkan pakar ebook ni, anda akan dibantu menguasai ;

1. Teknik Rahsia Mencari Idea
2. Teknik Rahsia Menulis Ebook
3. Teknik Rahsia Membina Web jualan
4. Teknik Rahsia penulisan Surat Jualan
5. Teknik Rahsia Pra Pelancaran Ebook
6. Teknik Rahsia Pemasaran Ebook

Dapatkan PakarEbook di www.pakarebook.com

Jana pendapatan sebagai reseller

Salam sejahtera semua. Mungkin ramai di antara pelayar internet masih tercari-cari peluang perniagaan di internet. Sebenarnya banyak peluang perniagaan diinternet dan antaranya adalah menjual produk fizikal dan produk digital. Walau bagaimanapun impian untuk menjalankan perniagaan di internet belum kesampaian mungkin disebabkan kesukaran mendapatkan produk fizikal atau membuat produk digital sendiri.

Untuk menjalankan perniagaan di internet, sekurang-kurangnya mempunyai webjualan sebagai tempat menjual produk yang hendak dijual dan membina webjualan pula bukanlah semudah yang disangka jika tidak mempunyai asas. Ini akan menjadi salah satu halangan untuk mencapai impian menjalankan perniagaan di internet.

Sebenarnya sesiapapun boleh menjalankan perniagaan di internet walaupun tidak tahu membina webjualan atau mencipta produk digital, jika hendak menjual produk digital. Apakah penyelesaiannya? Jalan pintas yang paling mudah adalah menjadi reseller produk daripada usahawan internet yang lain yang memberikan lesen sebagai reseller. Walau bagaimanapun kuota sebagai reseller biasanya terhad kepada beberapa orang sahaja. Siapa yang cepat merebut peluang akan berpeluang menjadi reseller dan seterusnya menjana keuntungan 100 peratus daripada jualan produk tersebut.

Saya sendiri menjana pendapatan sebagai reseller produk usahawan internet Malaysia dan ramai usahawan menjana pendapatan sebagai reseller sahaja.Anda hanya perlu mendapatkan lesen resell rights, dapatkan domain dan hosting, kemudian mulakan kempen.Sekiranya anda berminat menjana pendapatan sebagai reseller, saya cadangkan mendapatkan hak jualan semula produk sistem affiliate di sistemaffiliate.com, sistem borang di sistemborang.com dan ecover produk di ecoverproduk.com. Kesemua produk ini milik usahawan saudara Mohd. Amirol dan skrip affiliate di skripaffiliate.com oleh Bearnerd Bondly. Seperti yang saya katakan tadi, produk reseller terhad kepada kuota tertentu sahaja.

Jana pendapatan RM20 ribu dalam 20 hari

Sudah melihat program RM20,000 Dalam 20 hari keluaran En Suthan M. ? Jika belum sila layari di www.20ribu20hari.com

Mungkin ada telah mendengar akan produk launch terbaru ini yang tengah meletup sekarang ini di pasaran, dan rata rata mungkin anda ingin tahu sebenarnya apa program ini..

Hari ini, saya akan bongkarkan latar belakang En Suthan M. dan produk terbaru keluaran syarikatnya.

Sekiranya anda telah lama didalam bisnes “perniagaan internet”, mungkin anda pernah terdengar kisah mengenai Suthan.

Orangnya low profile, tetapi dia merupakan tuanpunya beberapa produk unik dan popular di pasaran antarabangsa seperti NicheProphecy, IMSutra, YourSimplyStupid (dan banyak lagi!) dan mempunyai network dengan ramai otai otai high profil internet marketer dari US dan UK.

Tetapi, yang paling menarik ialah latar belakang orangnya sendiri.

Untuk anda yang ingin tahu, Suthan baru berusia 24 tahun. Tahap pendidikan dia pun sekadar SPM sahaja, tak pernah pergi university pun. Dia pun dulu bukan kaya pun; sampai pernah bekerja cuci windscreen dan polish tayar di kedai minyak Projet untuk menyara hidup.

Jadi macam mana “tukang polish tayar kereta” ini berubah menjadi “sukses internet” ?

Kalau nak tahu kisahnya, boleh ke www.20ribu20hari.com dan baca sendiri cerita saudara Suthan dari laman webnya.

Dia pertama kali menceburi perniagaan internet dengan blogging seperti orang lain. Tetapi, sukses pertama En Suthan ialah apabila dia menjual produk “rahsia membuat laying layang” dipasaran antarabangsa. Untung sukses pertama dia bukan banyak pun, dalam USD32 sahaja, tetapi ini telah menyemarakkan semangat Suthan untuk terus menceburi bidang ini.

Lima tahun berniaga, kini saudara Suthan merupakan salah satu internet marketer tersohor yang terkenal di pasaran antarabangsa . Harga produknya kini mencecah ribuan ringgit, dan dia telah “personal coach” beribu ribu orang dari seluruh dunia untuk menjadi sukses IM .

Saudara Suthan melancarkan produk terulungnya yang diberi nama program RM20 Ribu Dalam 20 Hari. Program ini berbentuk “daily step by step blueprint” dimana Suthan M akan membimbing anda dengan memberikan anda coaching setiap hari selama 20 hari dalam apa yang perlu anda buat untuk menjana RM20,000 dalam 20 hari. Dia menggunakan kaedah “produk launch + infoproduk marketing” dalam sistem RM20,000 dalam 20 hari ini.

Program ini sesuai jika anda:
1.Ingin membuat program internet sebenar secara halal dan betul dari segi undang-undang.
2.Jika anda tidak pernah membuat perniagaan infoproduk dan ingin menceburi perniagaan yang begitu lukratif ini.
3.Ingin mendapatkan “rahsia sebenar” produk launch dan menggunakan idea yang sama untuk perniagaan anda.
4.Nak mendapatkan bombing professional dari internet marketer yang tersohor untuk “reverse engineer” sukses kejayaannya.

Program RM20,000 Dalam 20 merupakan satu peluang bagaimana anda boleh menceburi bidang perniaagan internet dengan nasihat dan tips dari orang professional seperti saudara Suthan.

Tetapi, jangan beli jika anda tidak ingin “take action” dengan ilmu yang diberi oleh Suthan ini.

Ini bukan program “fast cash”, ataupun “duit cepat”, tetapi cara perniagaan online yang mantap dan evergreen.

Anda perlu TAKE ACTION dan “put effort” sekiranya anda ingin berjaya. Itu hikmahnya..

Rahsia RM20,000 Dalam 20 hari kini telah terbongkar , sila layari www.20ribu20hari.com untuk keterangan selanjutnya.

Rahsia Menggandakan Hasil Jualan di Internet

Apakah rahsia itu? Ia adalah menyediakan kemudahan untuk pelanggan membayar melalui kad kredit!

Artikel ini adalah untuk usahawan internet samada yang menumpu kepada pasaran tempatan ataupun antarabangsa. Tidak kisah apakah target pasaran anda, adalah menjadi satu perkara WAJIB untuk anda menerima pembayaran melalui cara kad kredit atau kad debit daripada pelanggan anda.

Tanggapan sesetengah orang terutama usahawan internet bahawa tidak perlu meletakkan cara pembayaran kad kredit di laman web mereka yang mensasarkan pelanggan tempatan adalah satu pendapat yang lemah. Ini kerana kini sudah ramai orang yang tahu akan kemudahan penggunaan kad kredit, malah kini sudah ramai yang berminat untuk mendapatkan kad debit (alternatif kepada kad kredit).

Selain itu, kesedaran pembelian secara online sudah mula bekembang di Malaysia selari dengan perkembangan bidang perniagaan internet di negara ini.

Mengikut satu kajian, sebanyak 85% pembayaran yang dilakukan untuk membeli sesuatu di internet adalah melalui kad kredit. Jelas, ramai yang menjadikan kad kredit/kad debit sebagai satu cara pembayaran di internet. Maka, sudah tentu amat wajar untuk anda meletakkan pilihan pembayaran secara kad kredit di laman web jualan anda untuk pembeli produk anda.

Namun, persoalan yang selalu bermain di fikiran usahawan internet atau masalah yang selalu dihadapi adalah apa dan bagaimana. Di dalam artikel ini, saya akan menyentuh secara ringkas mengenai bagaimana anda sebagai usahawan internet boleh menerima bayaran melalui kad kredit pelanggan anda.

Secara asas, apabila pelanggan anda ingin membeli menggunakan kad kredit atau kad debit, mereka akan memilih menu atau link yang disediakan di laman web jualan untuk proses kemasukan maklumat kad kredit. Antara maklumat asas yang pembeli perlu masukkan adalah nama, no kad kredit, 3 digit rahsia kad kredit, alamat dan lain-lain, bergantung kepada pihak penyedia pembayaran kad kredit.

Untuk menerima pembayaran melalui kad kredit, anda perlu mempunyai akaun merchant bank samada di bank tempatan mahupun yang luar negara. Namun, untuk mendapatkannya terdapat beberapa syarat ketat dan polisi yang kebanyakan orang tidak mampu untuk memenuhi.

Walaupun begitu, terdapat beberapa pihak di peringkat international seperti worldpay.com menyediakan khidmat akaun merchant ini, tetapi dengan bayaran permulaan RM2000 untuk sekali bayar.

Jangan risau, saya tahu anda tidak mampu untuk membayar jumlah besar itu bukan? Bahkan saya pun tidak menggunakannya. Terdapat yang lebih murah daripada itu seperti 2checkout.com, yang mana bayaran permulaan adalah dalam $49 USD iaitu sekitar RM182.00.

Jika anda tidak mampu, usah kecewa kerana terdapat yang percuma untuk anda miliki dan yang percuma ini diiktiraf ramai, iaitu PayPal.Com. Untuk mendaftar atau memiliki akaun Paypal, anda tidak perlu bayar apa-apa, cuma anda akan dicaj untuk setiap transaksi yang anda terima daripada hasil jualan yang berjaya dilakukan melalui perkhidmatan mereka.

Jika anda belum memiliki akaun Paypal, ebook panduan di sini boleh membantu anda memahami lebih lanjut mengenai Paypal: www.duitdigital.com

Bertindak sekarang untuk menggandakan hasil jualan perniagaan anda di Internet!


 Powered by Max Banner Ads 

Recommended: Panduan Minisite | List Produk Usahawan | Webmaster And Software | DataKL Hosting
Namecheap Hosting | Panduan Affiliate | Namsahaz Hosting | OneBytes Hosting | JomHosting | Video Online | Digital