Hosting Unlimited Websites And Blogs - Just Only $7.95
Powered by MaxBlogPress  

 Powered by Max Banner Ads 

Panduan membina laman web untuk adsense

June 29th, 2009 admin No comments

Salam sejahtera semua. Seperti yang saya terangkan dahulu, adsense adalah salah satu program yang boleh mendatangkan duit kepada semua penggemar adsense. Saya pasti setiap blogger di Malaysia sudah menyertai program ini kecuali mereka yang sudah di senarai hitam oleh google adsense. Untuk makluman kepada orang baru dalam dunia internet adsense adalah satu program yang benar-benar memberikan keuntungan kepada peserta google adsense. Caranya mudah iaitu cuma bina blog dalam bahasa Inggeris, buka akaun google adsense, tunggu kelulusan daripada google, dapatkan kod adsense dan mulakan usaha anda.

Ramai juga yang kecewa dengan google adsense kerana sesudah sekian lama menyertai program ini belum lagi mendapat cek daripada google adsense. Jika tidak sabar sudah tentu sudah lama cabut lari daripada terus buang masa dengan google adsense. Namun sebelum mengambil keputusan untuk meninggalkan adsense, anda perlu tahu sebab mengapa masih belum mendapat klik.

Laman web tanpa traffik sudah tentu tidak ada seorang pun yang akan menemui blog anda. Jika tidak ada yang menemui blog anda, siapa lagi yang akan mengklik iklan google adsense anda ? Untuk itu pelajari teknik-teknik bagaimana cara untuk meningkatkan trafik laman web anda. Anda boleh mendapatkan panduan secara berbayar ataupun panduan percuma. Mengupdate blog adalah sesuatu yang memerlukan kesabaran. Sekurang-kurangnya anda menggunakan masa lebih kurang dua jam di depan komputer anda. Seminggu sekurang-kurangnya tiga post. Jika tidak ada idea, macam mana buat sehingga tiga artikel dalam masa seminggu ? Dalam bahasa Inggeris pula tu..

Satu panduan percuma bagaimana menggandakan pendapatan dengan google adsense. Selain daripada kandungan web atau blog, paparan yang menarik atau mudah dilayari juga amat penting dalam menjana pendapatan dengan adsense. Tidak ada kepakaran membina laman web bukan lagi satu masalah bagi anda kerana anda boleh membuatnya dalam beberapa klik yang mudah dilakukan. Anda juga tidak perlu risau mengenai kandungan laman web anda kerana semuanya akan diatur oleh software.. Anda cuma sediakan kod adsense sahaja. Selebihnya dilakukan oleh software ajaib. Dalam masa tiga minit laman web anda dengan kandungan lebih kurang 60 artikel sudah sedia diupload ke hosting anda. Minta maaf, panduan ini hanya sesuai untuk mereka yang mempunyai hosting berbayar sahaja tapi kalau mahu test power apa salahnya untuk mendapatkannya lagipun percuma juga. Tanpa buang masa anda boleh survey power panduan ini dengan mendownloadnya disini secara percuma sahaja

Produk percuma download

June 20th, 2009 admin No comments

Salam kepada semua pengunjung blog ini. Sebagai menghargai kunjungan anda di blog yang tidak seberapa ini, saya memberikan hadiah kepada anda semua. Hadiah yang saya maksudkan adalah produk yang boleh di download secara percuma sahaja. Anda tidak perlu mengeluarkan sesenpun untuk mendapatkan produk tersebut walaupun mempunyai kuliti yang amat bagus.

Namun untuk makluman anda semua, produk percuma tersebut bukan semua yang diberikan oleh saya. Ada beberapa produk tertentu yang saya dapat daripada laman web IM  lain yang memberikannya secara percuma sahaja. Walau bagaimanapun untuk produk daripada laman web lain yang saya pautkan di blog ini, saya tidak dapat menjamin produk tersebut masih percuma download ketika anda pergi ke link yang saya berikan. Kemungkinan mereka mengubah terma dengan menjual produk tersebut kerana tempoh download percuma sudah t.a.m.a.t. Ketika saya letakkan link tertentu diblog ini, produk yang ditawarkan masih percuma…

Jadi dimana anda boleh mendapatkan produk percuma download ? Mungkin perkataan percuma di atas sekali terlalu kecil menyebabkan anda tidak perasan di blog ini ada banyak dipautkan dengan produk percuma. Lawatilah setiap link yang diberikan manalah tahu anda bernasib baik pemilik produk masih memberikan produk secara percuma.. Jika anda tidak melihat page percuma bolehlah klik disini.

Jika anda berpuas hati dengan produk percuma yang saya pautkan, selalulah berkunjung ke blog ini, manalah tahu lebih banyak produk percuma yang saya pautkan pada masa akan datang..heheee.

Review: Adakah MiniOpt-In Sebaik Yang Disangka?

June 16th, 2009 admin No comments

Jika anda mengikut perkembangan dalam dunia internet marketing tempatan, anda mungkin mengetahui tentang koleksi MiniOpt-In yang dibuat oleh saudara Iskandar Jauhari.

Tema ini lain daripada lain adalah kerana ianya mempunyai subscription form di header itu sendiri. Berbanding tema-tema lain yang tidak menggunakan taktik ini, koleksi Mini Opt-in mampu menjana lebih banyak leads atau optin untuk anda. Anda akan mendapat LIMA tema berlainan warna untuk anda gunakan.

Seperti yang anda tahu, setiap orang PASTI akan membaca daripada atas ke bawah dan pastinya akan melihat header dahulu sebelum teks lain. Jadi, dengan meletakkan optin form di dalam header itu sendiri, optin akan meningkatkan dengan mendadak.

======================================
Apa yang akan anda dapat dalam minggu pelancaran
======================================

Sekiranya anda mendapatkan MiniOpt-In dalam masa tiga minggu ini, anda akan mendapat pelbagai manfaat.

Pertama: keahlian Mini Pro secara percuma. Ini merupakan tempat di mana anda akan memuat turn (download) themes MiniOpt-in. Ianya akan diberikan percuma kepada mereka yang membeli pada minggu pelancaran (3 minggu pertama). Mereka yang mendapat keahlian ini akan mendapat tema secara percuma atau pada harga diskaun pada masa hadapan, dan akan mendapat update dari semasa ke semasa tentang projek dibuat oleh saudara Iskandar, dan diskaun-diskaun lain oleh dia.

Hey, khabar angin bahawa Iskandar akan bina 5 lagi tema mini opt-in yang lebih mengancam lagi memang benar! BERITA BAIK! Semua ahli Mini Pro akan mendapatkannya secara PERCUMA! Al-kisahnya sekarang, adakah anda ahli Mini Pro ini? ;p

Kedua: anda akan menerima 5 tema tambahan secara percuma, tambahan daripada 5 yang asal sekarang ini. Maksudnya, anda akan menerima 10 tema keseluruhannya. Jika anda membeli selepas tempoh pelancaran, anda terpaksa membayar lebih untuk mendapatkannya.

Ketiga: anda akan menerima kad kupon daripada Iskandar sendiri supaya anda mendapat diskaun sebanyak 40% di iscandesign.com. Bayangkan jika kos anda sehingga RM100. Anda akan berjimat sehingga 40 ringgit dengan mendapatkan kupon diskaun ini.

=====================
Bonus tambahan
=====================

Jika anda mendapatkan MiniOpt-In ini, anda bukan sahaja mendapat tema daripada Iskandar, kerana anda akan mendapat:
- 15 Opt-in Box Sidebar
- 15 Opt-in Box Blog
- 50 Anak Panah Animasi
- 1 Design Contact Form Dwibahasa (anda boleh pilih mana yang anda mahu)
- Kupon Diskaun 40% (dalam 3 minggu sahaja)
- Keahlian Mni Pro (dalam 3 minggu sahaja)

Akhir kata, mungkin ramai yang berkata, “banyak tema kat luar sana” tetapi seseorang perlu ingat: jarang kita dapat lihat tema yang mempunyai opt-in form di dalam header. Saya sendiri TIDAK PERNAH menjumpai tema-tema seperti itu.

Jadi ianya memang unik dan lain daripada lain. Adakah ianya berbaloi untuk duit anda? Bagi saya ya, kerana ianya mampu menjana lebih banyak jualan untuk diri saya.  Saya sanggup untuk memberikan Iskandar RM25 untuk ini.

Jika anda berminat untuk melihat potensi sebenar tema minisite Iskandar, anda boleh layari miniopt-in.com untuk maklumat lanjut.

Senarai email adalah duit

June 10th, 2009 admin 1 comment

Salam sejahtera semua. Sekali lagi menyentuh tentang pemasaran email dan duit. Seperti yang saya tulis dalam artikel terdahulu, ramai usahawan berjaya melalui pemasaran email. Fakta senarai email adalah duit memang ada kebenarannya. Bagaimana senarai email itu dikatakan sama dengan duit ?? Huhh.. bayangkan seseorang itu mempunyai senarai email yang banyak, katakan senarai paling sedikit 500 senarai email. Sudah tentu pemilik senarai email itu sentiasa berhubung dengan 500 orang tadi dari semasa ke semasa. Daripada situ anda sudah membayangkan faedah yang dinikmati dengan mempunyai senarai email yang banyak.

Berapa ramai yang mengindahkan kuasa sebenar pemasaran email ini ? Sebenarnya di Malaysia tidak ramai yang mengindahkan kuasa pemasaran email. Kebanyakan usahawan lebih percaya dengan kuasa pengiklanan dan juga blogging. Mungkin salah satu sebabnya adalah kerana kurang pendedahan tentang kuasa pemasaran email.

Dapatkan sistem autoresponder sama ada yang berbayar seperti aweber ataupun yang percuma seperti easyautoresponder kemudian mulakan kempen mengumpul senarai email. Mengumpul senarai email dengan menggunakan sistem autoresponder adalah sangat penting kerana cara ini adalah sah dan email anda tidak dianggap SPAM. Katakan anda mula mengumpul 1 email sehari, sebulan 30 email dan setahun 365 email. Itu  target yang paling sempoilah. Jika anda mengumpul 10 email dalam sehari, setahun sudah 3650 ? Cuba bayangkan pula anda diam-diam dalam masa setahun tanpa mengumpul senarai email.. anda sudah banyak kerugian.

Apabila seseorang itu mempunyai senarai email yang banyak sudah tentu ia lebih mudah memasarkan produk. Bayangkan jika mempunyai 3650 senarai email, hanya dengan satu klik maka promosi sudah dihantar kepada 3650 orang pelanggan dalam masa yang singkat. Pemasaran email juga boleh digunakan untuk mempromosi affiliate anda. Anda boleh menghantar email secara berkala kepada senarai email anda untuk memberikan perangsang kepada pelanggan. Anda mungkin membuat review di blog tetapi tidak bermakana pelawat blog terus membeli produk tersebut. Mungkin mereka masih berfikir sebelum membuat keputusan untuk membeli produk. Apabila pelawat blog tadi meninggalkan blog anda, mereka sudah melupakan produk yang anda promosikan. Betapa rugi jika mempromosi produk yang bagus kemudian pelanggan berfikir 50-50 terhadap produk tersebut, dan anda pula tidak meletakkan borang opt-in.  Ini menyebabkan anda kehilangan pelanggan yang berpotensi membeli produk anda kerana tidak meletakkan borang opt-in untuk melakukan follow-up kepada pelanggan.

Ramai usahawan yang masih kabur dengan kuasa email dan mungkin anda juga salah seorang daripada usahawan yang tidak melakukan pemasaran email. Mungkin kerana anda belum mempunyai pendedahan mengenai dengan kuasa pemasaran email. Untuk makluman anda, Team Aspirasi Cyber telah  menyiapkan sebuah ebook berkenaan pemasaran email  yang anda boleh dapatkannya secara percuma di blog.panduanasasweb.com/kuasa-pemasaran-email .

Sumber terbaik buat duit untuk blogger

June 5th, 2009 admin No comments

Blog adalah tempat seseorang untuk menyatakan perasaan, pandangan atau panduan untuk dikongsikan kepada pembaca artikelnya. Blog adalah serampang dua mata kerana ketika blogger itu menuliskan pandangannya, pada masa yang sama blogger menjana pendapatan atau membuat duit daripada blognya. Sememangnya ada banyak benda di internet yang boleh buat duit kepada blog blogger. Wah, blog sememangnya boleh mendatangkan wang yang sungguh lumayan. Jika seseorang blogger itu makan  gaji maka ia mempunyai pendapatan sampingan melalui blognya hanya dengan 3 jam bekerja di internet. Apapun blog itu hendaklah blog yang berinformasi yang memberikan nilai kepada pembaca blog. Blog peribadi pun berupaya memberikan duit, bergantung bagaimana pemilik blog itu menggoleh kandungan blog.

Pada asasnya buat duit dengan blog tidak semestinya seseorang blogger itu menceritakan bagaimana menjana pendapatan dengan blog. Mungkin blogger itu menceritakan apa kebaikan memiliki blog dan seterusnya memberikan sedikit panduan bagaimana membuat blog dan seterusnya bawa pembaca ke laman web  yang menjual cara-cara membuat blog. Seseorang blogger boleh mempelbagaikan tajuk artikel mengikut kepakaran blogger itu sendiri umpamanya bercerita tentang teknologi, tentang penjagaan kesihatan, atau buat duit di internet.  Apapun pembentukan sikap juga sangat penting jika benar-benar mahu menjana pendapatan dengan blogging. Teruskan menulis di blog walaupun belum mendapat apa yang diharapkan yakni buat duit dengan blog…

Sambil anda menulis di blog anda sebagai salah satu hobi anda, saya kongsikan sumber-sumber yang boleh mendatangkan duit untuk blog anda. Bagi yang sudah bergelar pakar, sudah tentu sudah mengetahui lubang-lubang sumber pendapatan di internet. Google adsense !!, Umum sudah tahu google adsense adalah lubuk duit yang memberikan keuntungan kepada peserta program adsense. Mengapa blogger mendapat keuntungan daripada adsense ? Sebabnya saya adalah salah seorang pengiklan di Google Adsense..hehee. Ini adalah antara sumber-sumber yang boleh mendatangkan duit untuk blog seorang blogger.

Buat duit dengan menempatkan iklan

1. Google Adsense

Mudah sahaja, join Google Adsense kemudian letakkan iklan Google Adsense di blog. Blogger akan dibayar setiap klik namun jumlah bayaran adalah bergantung kepada bayaran yang di bayar oleh pengiklan. Untuk buat duit dengan adsense, blog itu sebaik-baiknya mempunyai PR yang baik agar mendapat pelawat yang ramai dan seterusnya mendapat seberapa banyak klik daripada pengunjung blog. Tapi kalau pun ramai pelawat jika pelawat tidak klik iklan google adsense tidak dapat banyak income juga hehee… Tapi jika tidak ada klik Google Adsense jangan klik iklan Google Adsense sendiri nanti akaun kena banned.

[ Buka akaun Google Adsense ]

2. Bidvertiser

Jika blog anda berbahasa Melayu, Google Adsense kemungkinan besar tidak meluluskan permohonan anda. Kalaupun anda mempunyai akaun Google sadsense, kemungkinan besar juga iklan Adsense tidak akan muncul di blog anda cuma kelihatan iklan Layanan Masyarakat. Untuk itu blogger ada satu pilihan terutama yang blognya menggunakan Bahasa Melayu. Bidvertiser adalah alternetif kepada google adsense. Konsepnya sama dengan Google Adsense iaitu blogger akan dibayar jika iklan Bidvertiser diklik oleh pengunjung. Baiknya, iklan Bidvertiser tetap akan muncul walaupun bahasa yang digunakan dalam blog menggunakan Bahsa Melayu.

[ Buka akaun Bidvertiser di sini ]

3. Nuffnang

Nuffnang Malaysia adalah satu komunity pengiklanan. Nuffnang telah menjemput blogger untuk menjadi member nuffnang dan seterusnya meletakkan iklan nuffnang di blog. Buat duit dengan nuffnang agak mudah iaitu cuma letakkan iklan grafik nuffnang. Blogger akan dibayar jika sekiranya iklan nuffnang diklik oleh pengunjung. Jika anda sebagai ahli Glitterati, anda mendapat lebih banyak bayaran setiap klik berbanding dengan ahli biasa. Untuk mengetahui bagaimana menjadi ahli Glitterati, sila login ke nuffnang dan baca peraturan bagaimana menjadi ahli Glitterati.

[ Buka akaun Nuffnang di sini ]

4. Advertlets

Advertlets juga adalah satu komuniti pengiklanan yang membayar kepada setiap ahli yang meletakkan iklan Advertlets di blog. Advertlets lebih kurang sama dengan nuffnang kerana iklannya adalah dalam bentuk grafik. Advertlets banyak menawarkan pilihan grafik untuk diletakkan diblog ahlinya.

[ Buka akaun Advertlets di sini ]

Untuk kali ini, ini sahaja sumber-sumber yang saya kongsikan yang boleh mendatangkan duit blog anda. Semoga ia memberi manfaat kepada anda khususnya kepada blogger yang belum meletakkan apa-apa iklan di blognya. Rugi tidak letakkan iklan yang boleh diperolehi secara percuma tetapi boleh mendatangkan duit kepada blogger. Saya akan sambung sumber-sumber pendapatan di internet di artikel akan datang.

Tawaran hebat bulan Jun Rahsia Clickbank

June 1st, 2009 admin No comments

Rahsia Clickbank
Harga : RM240

Rahsia Clickbank untuk Malaysia yang telah dilancarkan pada awal tahun sememangnya telah mendapat sambutan yang sungguh hangat walaupun harga yang ditawarkan agak tinggi jika dibandingkan dengan beberapa produk tempatan. Namun bagi yang tahu peluang keemasan menjana pendapatan di clickbank, sudah tentu harga bukanlah masalah utama kerana pembeli pasti akan mendapat pulangan jauh lebih besar berbanding dengan harga Rahsia Clickbank.

Pada bulan Jun ini Gobala dan Zamri membuat jualan promosi Rahsia Clickbank yang pasti memberikan banyak keuntungan kepada bekal pembeli. Ini adalah kerana selain daripada memiliki produk yang sangat hebat Rahsia Clickbank, bakal pembeli juga akan mendapat produk 50 tambahan yang bernilai RM2,987. Walaupun Gobala menambah produk tambahan yang sangat banyak lagi hebat, Gobala juga tidak memberikan kos tambahan terhadap produk Rahsia Clickbank. Ini bermakna harga Rahsia Clickbank tidak dinaikkan. Bagi yang belum memiliki Rahsia Clickbank ini sudah tentu jualan promosi Rahsia Clickbank pada bulan Jun ini adalah durian runtuh kerana  produk tambahan tersebut mempunyai hak jualan. Ini bermakna pembeli boleh menjual semula produk tambahan yang diberikan oleh Gobala.

Jualan promosi Rahsia Clickbank ini sememangnya satu peluang keemasan yang tidak seharusnya dilepaskan begitu sahaja. Ramai affiliates menjana pendapatan lumayan melalui program affiliate. Clickbank adalah gedung affiliate terbesar yang mempunyai berpuluh produk diniagakan. Jika mahu berkecimpung dengan program affiliate, clickbank adalah jawapan yang paling tepat. Rahsia Clickbank sebenarnya telah menyediakan review produk-produk hebat yang diniagakan di Clickbank.

Menjana pendapatan di Clickbank kini semakin mudah dengan Rahsia Clickbank. Rahsia Clickbank telah menyediakan laman web yang hebat. Kerja anda untuk menjana pendapatan dengan clickbank telah dipermudahkan dimana anda cuma perlu masukkan ID Clickbank kemudian uploadkan dihosting anda. Anda boleh memgetahui dengan lebih lanjut rahsia clickbank dan 50 produk tambahan Rahsia Clickbank di sini.


 Powered by Max Banner Ads